Perhimpunan Pagi | downgila

Wednesday, June 29, 2011

Perhimpunan Pagi

Waktu gua sekolah rendah dulu dulu, tiap-tiap hari mesti ada perhimpunan pagi. Pukul 7.30, semua dah kena beratur menghadap bangunan sekolah. Awal betul. Tak ada langsung nak timbang rasa dengan jadual tidur gua. Sebab itu kadang-kadang gua kena makan roti canai isi kuah dal lipat dua sambil naik motor pegi sekolah bapak gua hantar. Time ni kitorang dah pindah Pahang. Bapak gua dah pencen.

Biasanya setiap pagi semua pelajar akan mulakan perhimpunan dengan menyanyikan lagu sekolah. Gua pun dah tak berapa ingat dah dia punya senikata. Bukan sikit tak ingat , senang cerita gua lupa! Selesai lagu sekolah, lagu kedua menyusul. Lagu kedua ini berbeza mengikut hari. Ada hari kena nyanyi lagu negeri Pahang, ada hari yang kena Asma Ul Husna, ada hari yang pekena lagu Malaysia Sejahtera apa benda entah.

Tapi yang paling gua suka, setiap hari rabu ada satu lagu 'mainstream' yang kami kena nyanyikan beramai-ramai. Lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Lagu yang bila dengar je mesti gua terbayang muka Rashid Sidek dengan misai nghhh dia.

Bila mula saja lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh itu, 2-3 orang kutu mesti buat-buat gaya smash. 2-3 kutu baris sana pula buat-buat gaya angkat smash. Kemudian yang belah belakang kasi drop satu. Ada yang cuba-cuba main net.

Gua pula tetap steady. Sedaya upaya gua cuba dapatkan ton suara Nash. Sampai sekarang tak jadi. Kejadah??

p/s : Ini adalah cover magazine yang gua akan publish dalam projek power gua nanti

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...