Orientasi Yang Macam Mana | downgila

Thursday, June 16, 2011

Orientasi Yang Macam Mana

Kat mana-mana tempat belajar biasanya akan ada satu minggu pertama yang dipanggil minggu orientasi atau minggu suai kenal. Tak kira sama ada di Universiti 1Malaysia, Universiti Nurhaliza atau Sekolah Menengah Kebangsaan Steven Gerrard. Gua tak tahu faedahnya besar mana, tapi mungkin berguna dalam menemukan gua dengan member member gua sekarang. Tapi sebenarnya gua time orientasi dulu gua senyap jek. Geng geng gua sekarang ni yang macam banyak joget joget buat cheers. Haha. gua mantain Low- Profile.

Program minggu orientasi ini biasanya akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti intelek dan berfalsafah yang gua dah banyak kali jumpa masa zaman sekolah seperti pijak surat khabar yang ada muka Rais Yatim ramai-ramai dan pejam mata layan kaset nasyid. Gua cuma ambil serius semasa taklimat-taklimat penting khususnya pasal pelajaran dan perjanjian elaun kerajaan yang lumayan bernilai RM45 sebulan. Selebihnya gua tido dan kadang kadang gua berborak dengan kawan gua. Slang kelantan dia memang superb.

Sebenarnya dalam masa terdekat gua nak masuk UM gua dah gtaw bapak gua yang gua tak nak pergi orientasi. Gua bukan tak tau nanti kena buat itu buat ini macam lahanat. Apa lagi yang diorang nak kenalkan UM ni kat gua? Gua dah duduk UM setaun lebih dah. haha. tp last last gua pergi jugak. Selamat bader bader "fasi" suma kawtim. yang fasi makwe pon ok. At least kolej gua la.

No comments:

Post a Comment

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...