downgila: July 2012

Monday, July 30, 2012

Pengalaman Gua Puasa III : Ke Sekolah!

downgila gamep01nt pengalaman puasa sekolah

Sambungan dari SINI

Pada waktu pagi pula, gua perlu ke sekolah, gua rasa yakin. Member-member semua sibuk saling bertanya. "Hah puasa ke tak..?". Steady je gua. "Puasa.." Budak budak tak puasa biasanya dia down sikit. Banyak diam aje. Dekat sekolah masa tu pantang nampak member terkorek hidung. " Haa..batal puasa..". Nampak member tergigit pensel terus pandai pandai " Abis laa batal puasa ko..". Ada yang lagi bengap, dengar gua terkentut terus "Hah! kentut! Batal puasaaa!". Ada yang naik risau kena batalkan puasa sampai kelahi kelahi..

Yang best masa puasa ni, bila masuk waktu rehat, dah takde nak berlari lari tak tentu hala. Takde dah nak main pegang tiang ke, main ting ting ke. Cuma budak budak India je sibuk main gelongsor bukit.

Gua pulak time rehat biasanya berehat di perpustakaan. Sungguh ilmiah. Sebenarnya bukan berehat sangat. Sepatutnya kat kelas masa tu ada sesi mengaji. Disebabkan mengaji gua bersepah, gua pecut ke perpustakaan. Mana boleh makwe makwe sekelas dengar gua mengaji..Dan yang penting gua tak sanggup kena tarik sekben di bulan Ramadan.

Bersambung..

Thursday, July 26, 2012

Katil Bujang

Gua sebenarnya bukanlah jejaka yang kemas dan metroseksual. Sejak dari line line tingkatan atas, semangat mengemas katil adalah sangat nipis.

Prinsip gua mudah. Kemas katil ni kerja perempuan. Gua lelaki, tidur aje lah. Janji ada selimut kuning dengan bantal gua, lu kasi gua celah mana pun gua boleh lena. Kais kais sikit terus tidur. Sangat bujang.

Pukul 6.30 pagi gua terjaga nak pergi kerja.

"Amboi sakit betul belakang badan ni tidur atas charger nokia"

downgila katil bersepah

Notakaki : Bantal tu arwah nenek gua bagi masa umur gua 12, selimut tu dapat masa masuk Alam Shah umur 13. Rare tu. Takde jual kat IKEA

Monday, July 23, 2012

Pengalaman Gua Puasa II : Sahur

fasting downgila ramadhan sahur mengantuk sleepy kid

Sambungan dari SINI

Akhirnya pada darjah 3, gua berhijrah ke Kuala Lipis, sekaligus mendapat sinar Ramadhan. Tambahan pula pakcik gua menawarkan ganjaran lumayan sempena Ramadhan. Tawaran 50 sen untuk sehari berpuasa tidak gua lepaskan. Gua mula berpuasa. Dalam kepala tak habis habis membuat congakan hasil berpuasa. Gua yakin RM15 dalam tangan. Pistol letup kuat kedai aci dah terbayang. Bag terbaru ada gambar Mask Rider Black juga mula menguasai minda. Itu belum masuk lagi kaset Salleh Yaakob dan pensel picit 'Shaker' model terkini.

Hari mula mula hendak berpuasa. Gua dikejutkan untuk bangun sahur. Peh Darjah 3 brader, selagi tak cukup 9 jam tidur, mana boleh bangun pagi pagi buta. Lainlah kalau bangun sebab nak menonton rancangan seperti alam ria cuti sekolah.

Pengalaman pertama bersahur tahun tu memang ngeri. Mata memang tak boleh bukak langsung. Nak ke dapur pun dah bersepah sepak remote TV dan kucing. Sampai kat meja makan, dah tak kisah. Lauk rusa ke, kijang ke, ikan pari ke, ayam masak merah ke, udang masak petai ke semuanya tak pergi. Selera memang tak mari. 2-3 suap pun seksa. Itu kalau ada lauk ikan banyak tulang je, terus surrender. Mata tertutup mana boleh cari tulang..Kadang kadang tu rasa nak menangis kena bangun sahur. 2-3 kali basuh muka baru habis nasi.

Tapi lauk yang gua akan terbukak jugak mata bila ada depan adalah Tempe goreng kunyit mak gua. Hirisan hirisan nipis tempe yang rangup ditambah sedikit masin masin adalah sangat champion. Mana ada lagi tempat kat dunia ni boleh lawan tempe goreng mak gua, bagitau sikit kat mana?

Bersambung SINI

Saturday, July 21, 2012

Pengalaman Gua Puasa I

downgila pengalaman puasa fasting ramadhan al mubarak

Masa tu gua darjah 2. Tahun 1998, gua mula berjinak jinak dalam arena Puasa. Masa tu cabaran terbesar adalah untuk tidak korek hidung dalam dalam. Sebelum itu, gua haram tak pernah berpuasa dan memang tak pernah into bulan Ramadhan Al Mubarak.

Gua tak tahu langsung kewujudan sahur, terawih dan kurma. Selain bunga api dan mercun naga pusing pusing atas lantai, yang gua tau, time berbuka, gua tak boleh ada kat meja makan tempat ahli keluarga gua yang berpuasa berbuka. Gua pergi layan cerita Mospaeda dulu kemudian baru menyibuk makan kuih kuih rare. Masa tu gua dapati kuih kuih ramadan memang sedap dan datang dengan pakej warna yang menarik.

Yang paling gua tak boleh lupa ialah air. Bulan bulan tak puasa, cukup susah gua nak dapat minum air sirap atau oren ketika makan malam. Balik balik air peti, air kosong, air suam, air masak, air jerang dan air mati. Bila bulan puasa, peh ajaib. Macam macam air. Ada spesis air yang haram gua tak pernah jumpa dan rasanya sungguh sedap seperti air mata kucing, selasih, air buah-buahan dalam tin dan tebu. Sampai gua rasa dah tak steady kalau setakat minum sirap.

Bersambung...

Monday, July 16, 2012

Berlawan Dengan Hujan

rain riding rainy days down gila

Betul, hari ini cuaca berangin sangat. Langit pulak jenis tak cerah. Dia lebih ke gelap dari pagi. Cuaca macam ni sangat lah dialu-alu kan oleh pekerja pekerja site seperti gua. Tak payah berjemur tengah panas. Lu orang kerja dalam opis bawah ekon apa tau seksa kerja tengah panas?

Dalam pukul 3.45 hujan rintik rintik mula turun. Gua jadi tak tentu arah. Perlukah gua balik sementara hujan masih renyai atau duduk di site ni sampai pukul 5 sebab abang Ibrahim minta gua tunggu kalau kalau ada lori konkrit datang. Disebabkan gua licik dan tampan, gua nekad untuk balik awal sementara hujan belum mencurah curah.

Siap letak mp3, henpon, wallet, kamera dan buku log didalam plastik bag, gua beransur pulang.

"Balik ka boss?", tegur Sodikin. Seorang pemuda Indonesia 20-an yang berasal dari Jawa Barat.

"Ha'ah balik, nak buat apa tunggu sini. Bukan boleh tuang konkrit hujan hujan macam ni.", jawab gua tegas sambil kaki menyetat motor.

"Vrooom vroom..", selepas memanaskan enjin dalam 2 saat gua mulakan perjalanan. Tak ada pandang belakang dah. Jalan dekat site ni pulak satu hal. Lubang sana lubang sini. Kalah jalan dekat depan Sungai Jelai. Gua terpaksa mencilok kan cilok kiri denagn penuh komited sambil menyanyi riang lagu Rihanna Umbrella.

"Under my umbrella, under my umbrella eh eh eh eh", sungguh riang.

Tetapi nyayian riang gua tidak tahan lama, sampai depan One Utama, hujan tiba tiba jadi lebat gila babi. Jalan jadi jem. Semua kereta memperlahankan kereta. Gua jadi resah, baju dah mula basah. Gua cilok cilok juga tapi tidak lagi menyanyi riang.

Dalam seminit hujan menjadi semakin lebat. Lebat gila babi kuasa dua. Jalan jadi kabur. Gua mula berhati hati dan membawa motor di bahu jalan takut dilanggar dari belakang. Sepanjang perjalanan banyak gila kereta yang lalu lopak air lalu memercikkan air banyak gila kepada gua yang membawa motor.  Gua jadik basah macam pukimak. Tertelan air tak payah cakap la. Gua kira kira ada la 2 liter jugak tertelannye.

Selepas dalam 5 kali gua kena simbah dengan air lopak, keadaan diri gua jadik sangat menyedihkan. TIBA TIBA! motor gua jadik semacam. Dari bunyik dia "Vroom vroom" dia tukar ke "Pehh Pehh Cekelepehhh!"

Motor mati.

"Cilake......."

Gua turun dari motor dan tolak motor. Masa tu gua dah tak rasa seperti rakyat Malaysia. Gua rasa seperti rakyat Myanmar dan juga Indonesia. Baju lencun basah. Safety Boot gua dah macam kolam renang penuh air. Gua gagahkan jugak tolak motor sampai ke Stesen Minyak Shell. Air mencurah curah ke muka dan badan. Sabar gua semakin nipis.

*****

Gua rehat dalam 20 minit kasi hujan reda dan cuba untuk hidupkan balik motor. Cubaan serta cubaan gagal.

"Pukimak lah!!", gua menjerit marah sambil menyepak motor. Tiba tiba kedengaran satu suara menyampuk.

"Bawok2 le bace bismillah sikit kalau yek pon", tegur siput babi yang kebetulan berteduh di stesen minyak Shell juga masa tu.

 Gua jadi segan. Kali kelima belas tu gua cuba start sekali dengan bismillah.

"Bismillahirrahmanirrahim...."

"Vrommm!", Motor gua kembali mengaum. Tapi bunyiknya kurang mantap seperti biasa. Selepas berterima kasih dengan siput babi, gua meneruskan perjalanan ke kolej. Lepas ni memang gua tak nak lagi harung hujan lebat naik motor. Macam cilake seksa dia.

Sekarang ni kat mana gua nak keringkan safety boot ni besok nak kerja lagi? Kalau ada peti ais boleh jugak kasi letak bawah peti ais. Besok mesti kering macam kasut sekolah dulu dulu.

Saturday, July 14, 2012

Pikom PC Fair 2012

Sejak hari Jumaat itu hari, telah berlangsung satu event yang gua last pergi masa Tingkatan 2, carik mp3. Jadi 8 tahun kemudian, gua akan kembali menghangatkan Pikom PC Fair yang telah berlangsung 2 hari. Esok hari last. Gua nak carik kamera la sikit. Nak buat tangkap gambor dekat site tu buat bukti yang gua pergi kerja hari hari.

Seperti biasa,siapa nak cuci mata tengok makwe cina baju tak cukup kain sila la tuju KLCC besok, ada la diorang duk promote kamera ke laptop tu besok. Yang nak belanja gua makan nasik sila bagitahu awal awal senang kita deal tempat.

Kenapa lu orang kena tuju KLCC besok?

Apple - MacBook Pro with Retina display


Apple - MacBook Pro with Retina display pikom pc fair 2012 klcc

Apple - MacBook Pro with Retina display

Ada laptop baru... (tak dapat beli sebab mahal hanjeng, pegang pegang try guna pun jadilah)




Ada henpon baru


Pamela Anderson see-thru dress at the David Hassellhoff roast
Ada Pamela Anderson

Wednesday, July 11, 2012

Stamina

penat downgila muhdalina

Gua baru balik kerja ni, penat. Yang gua pelik, hari hari kerja gua duduk tengok bangla buat kerja, buat levelling sikit, makan, baca Metro, makan, makan lagi. Metro second round pastu balik. Bila sampai bilik, penat jugak. Celaka, apa cerita 'stamina' jogging hari hari?

Rasanya malam ni gua dah boleh pergi telefon mak gua dekat Lipis apply telur ayam kampung belakang rumah sedikit dalam 10 bijik sekali dengan  madu. Kalau muat bekas tu masuk la sekali Tongkat Ali dgn Oligo Koko.

Friday, July 06, 2012

Nasi Beriani Bangla

bangla downgila nasi beriani

Gua sejak kebelakangan ni memang akan cerita pasal praktikal gua aje lah. Nasib la lu orang.

Jadi ceritanya macam ni tuan tuan. Walaupun abang Ibrahim Mentega (bukan nama sebenar) yang supervise gua ni selalu tengking bangla "Kemak punya bangla" "Oi lancau pegang la tegak tegak" "Oi! korang berborak apa sial?",dia masih boleh dikategorikan sebagai seorang supervisor yang baik. Baru dua hari lepas dia belanja  Pizza. Baik gila. Bangla tempat lain kena macam mana gua tak tau la. Kompem la lebih teruk dan ekstrem.

Disebabkan bader ni baik, bangla bangla pun selalu la buat makan makan untuk kita orang. Ada satu hari ni, gua bosan gila babi dekat site, habis paper gua dah baca dari muka surat depan sampai muka surat belakang sekali, nak pergi tengok bangla buat kerja gua malas. Gila apa duk tengok bangla berus lebihan lebihan konkrit dekat batang besi 40mm tu? dah la panas.

Disebabkan gua licik, gua start motor dan pergi memonteng dekat The Curve, jalan jalan cuci mata. Makwe dekat The Curve ni pulak jenis comel comel belaka, ikut punya ikut itu makwe, dia masuk dalam Tesco Extra bersebelahan dengan The Curve, tiba tiba gua terserempak dengan seorang pekerja bangla gua. Tangan dia penuh dengan plastik bag barang barang dapur. Ah! itu belakang cerita. Gua pun apa lagi panggil la itu bangla dengan nada boss

"Lu apasal tak kerja ni? buat apa dekat ini Tesco?", tanya gua tegas

"Oh boss, sorry boss,saya beli ini barang masak jugaaa, tengah hari ini mahu masak beriani"

"Ni  Ibrahim Mentega tahu tak lu pergi Tesco?"

"Tak tahu boss, bos jangan la bagitau diaaa",nada sedikit merayu.

Mood gua masa tu pula baik, gua lepaskan beliau.dan meneruskan proses usha usha makwe Tesco pula.

****

Dalam pukul 12.30 gitu, datang sorang bangla ke kabin gua, masa tu yang ada dalam kabin tu gua, abang Ibrahim Mentega dan seorang lagi abang. Bangla ni jemput kitorang makan nasik beriyani dekat rumah dia orang. Kita orang bertiga pun apa lagi, sauk saja. Benda free siapa taknak. Gua dah muak juga hari hari makan nasik dengan tempe nak saving duit punya pasal.

Sampai je dekat rumah bangla bangla tu, nasik beriani panas dh tersedia di atas meja. Ayam masak warna kuning (bukan masak lemak) sudah terhidang di dalam bekas besen besar. Gua pun dengan tak baca doa terus sauk la itu nasik beriani panas.

"Fulamak, sedap siot bangla ni masak" ujar gua memuji, nasik dalam pinggan ada lagi sesuap. Dalam hati ada niat nak tambah lagi.

"Memang sedap, kari dia lain rasa dengan kari Melayu, ni mana pakai santan, tapi masakan bangla ni satu je la slek.....", balas abang  Ibrahim Mentega meninggalkan gua tertanya tanya.

"Apa dia?"

"Masakan dia ni, kau makan je bila dah siap, tak payah tengok macam mana diorang masak"

"Eh?"

Serentak dengan itu, keluar seorang bangla tinggi tak pakai baju muka berminyak bawak extra ayam dan menambah ayam tersebut ke dalam besen ayam didepan gua.

"Tambah la lagi bosss". UNCLE SEEKERS POSITIF DADAH JENIS MORFIN

Nakharam, gua saspek dia ni la chef nasik briani dengan gulai ayam ni yang padu dan sendat sampai gua rsa nak tambah lagi ni.

"Ah sakit......", kata gua di dalam hati. Masa tu dalam kepala gua mula la terbayang macam macam. Enth apa la yang bangla duk letak dalam gulai ni.

Gua letak tangan dekat mulut menahan terjeluak. Abang Ibrahim Mentega pandang gua dan senyum "hehe" sambil mencapai nasik tambah.

Notaberiani : Lu pernah rasa nasik beriani bangla? Apa? Tak pernah? Makan nasik beriani Pelita je? Lu memang malang!

Thursday, July 05, 2012

Tuesday, July 03, 2012

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Sekali Mula La Nanti Nak Buat Lagi

tangan di dada mata ke atas Farahin Mohd Jais

Waktu tepat pukul 12, waktu rehat bagi pekerja di site gua.

Suasana sunyi. Semua mata menumpukan perhatian kepada gua yang sedang berdiri di hadapan. Seperti guru berpengalaman, gua bersuara..

"Ehem ehem...Saya punya misi sekarang, sebelum umur 30, saya nak naik haji.."

Satu site histeria. "Hak tuih..!!" saja dekat 9 kali gua dengar. Yang buat tangan ke dada mata keatas macam cilake ada 5.

Gua senyum 'hehe'

Betul. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Notahaktuih: gambar makwe tu gua cilok dari SINI. Pergi la tengok tengok blog dia. Kalau dia tak buat muka macam tu, dia ni comel juga (Ayat pancing makwe)