Pengalaman Gua Puasa II : Sahur | downgila

Monday, July 23, 2012

Pengalaman Gua Puasa II : Sahur

fasting downgila ramadhan sahur mengantuk sleepy kid

Sambungan dari SINI

Akhirnya pada darjah 3, gua berhijrah ke Kuala Lipis, sekaligus mendapat sinar Ramadhan. Tambahan pula pakcik gua menawarkan ganjaran lumayan sempena Ramadhan. Tawaran 50 sen untuk sehari berpuasa tidak gua lepaskan. Gua mula berpuasa. Dalam kepala tak habis habis membuat congakan hasil berpuasa. Gua yakin RM15 dalam tangan. Pistol letup kuat kedai aci dah terbayang. Bag terbaru ada gambar Mask Rider Black juga mula menguasai minda. Itu belum masuk lagi kaset Salleh Yaakob dan pensel picit 'Shaker' model terkini.

Hari mula mula hendak berpuasa. Gua dikejutkan untuk bangun sahur. Peh Darjah 3 brader, selagi tak cukup 9 jam tidur, mana boleh bangun pagi pagi buta. Lainlah kalau bangun sebab nak menonton rancangan seperti alam ria cuti sekolah.

Pengalaman pertama bersahur tahun tu memang ngeri. Mata memang tak boleh bukak langsung. Nak ke dapur pun dah bersepah sepak remote TV dan kucing. Sampai kat meja makan, dah tak kisah. Lauk rusa ke, kijang ke, ikan pari ke, ayam masak merah ke, udang masak petai ke semuanya tak pergi. Selera memang tak mari. 2-3 suap pun seksa. Itu kalau ada lauk ikan banyak tulang je, terus surrender. Mata tertutup mana boleh cari tulang..Kadang kadang tu rasa nak menangis kena bangun sahur. 2-3 kali basuh muka baru habis nasi.

Tapi lauk yang gua akan terbukak jugak mata bila ada depan adalah Tempe goreng kunyit mak gua. Hirisan hirisan nipis tempe yang rangup ditambah sedikit masin masin adalah sangat champion. Mana ada lagi tempat kat dunia ni boleh lawan tempe goreng mak gua, bagitau sikit kat mana?

Bersambung SINI


15 comments:

  1. mak aih..tempe kemain fav ko ye.

    ReplyDelete
  2. terbaik kot tempe goreng...

    ReplyDelete
  3. ada. kat bangi. embah aku suke masak sambal tempe

    ReplyDelete
    Replies
    1. still xlej lawan. aku dah rasa yg embah kau masak tu

      Delete
  4. Orang kate kalau makan tempe banyak, nnti ais krim keras mcm org jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah username apasal macam tu! penipuan ni!!!

      Delete
  5. aku tulis nama aku, tapi dia autocorrect jadi mcm tu. hmm...realiti kehidupan. jgn la jeles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhahahahahhaha tu kelakar. serius

      Delete
  6. tempe goreng sama kicap pedas .
    pehh mabellous lah pegi nye .
    sahur2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. peh kicap pulak kena yg Kipas Udang pergh

      Delete
  7. cm sedap je sahur nanti makan tempe.. nyumssss

    ReplyDelete
  8. siot lah. kan aku dah lapar skrg baca entri kau. cis!

    ReplyDelete
  9. HAHA.
    pengalaman lbh krg same

    bab tempe tu mmg terbaik la..

    ReplyDelete
  10. Shaker mase ni top sial. sume dok berebut

    ReplyDelete
  11. mak gua masak tempe goreng kunyit paling sedap kat banting. lu leh datang rasa kalau mahu. haha..

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...