Pengalaman Gua Puasa I | downgila

Saturday, July 21, 2012

Pengalaman Gua Puasa I

downgila pengalaman puasa fasting ramadhan al mubarak

Masa tu gua darjah 2. Tahun 1998, gua mula berjinak jinak dalam arena Puasa. Masa tu cabaran terbesar adalah untuk tidak korek hidung dalam dalam. Sebelum itu, gua haram tak pernah berpuasa dan memang tak pernah into bulan Ramadhan Al Mubarak.

Gua tak tahu langsung kewujudan sahur, terawih dan kurma. Selain bunga api dan mercun naga pusing pusing atas lantai, yang gua tau, time berbuka, gua tak boleh ada kat meja makan tempat ahli keluarga gua yang berpuasa berbuka. Gua pergi layan cerita Mospaeda dulu kemudian baru menyibuk makan kuih kuih rare. Masa tu gua dapati kuih kuih ramadan memang sedap dan datang dengan pakej warna yang menarik.

Yang paling gua tak boleh lupa ialah air. Bulan bulan tak puasa, cukup susah gua nak dapat minum air sirap atau oren ketika makan malam. Balik balik air peti, air kosong, air suam, air masak, air jerang dan air mati. Bila bulan puasa, peh ajaib. Macam macam air. Ada spesis air yang haram gua tak pernah jumpa dan rasanya sungguh sedap seperti air mata kucing, selasih, air buah-buahan dalam tin dan tebu. Sampai gua rasa dah tak steady kalau setakat minum sirap.

Bersambung...


16 comments:

  1. biasalah tu. bulan puasa ni, bulan jumpa air pelik-pelik.

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  3. mencabar juga story pose kau ye sampai bersambung

    ReplyDelete
  4. cet. suke korek hidung kau kecik-kecik dulu? lolololo

    ReplyDelete
  5. setiap entri kau pasti tak mengecewakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pakai IP um ni, blog lu xleh access..
      "Your connection to this server has been blocked in this server's firewall."

      Delete
  6. selamat pose GP .
    jangan ponteng² .
    ahahahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saudara. sama sama ya, kita tidak ponteng

      Delete
  7. selamat berterawih gp haha.

    ReplyDelete
  8. yg penting bulan puasa air tebu dh jadi mainstream .kih3

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...