Pengalaman Gua Puasa III : Ke Sekolah! | downgila

Monday, July 30, 2012

Pengalaman Gua Puasa III : Ke Sekolah!

downgila gamep01nt pengalaman puasa sekolah

Sambungan dari SINI

Pada waktu pagi pula, gua perlu ke sekolah, gua rasa yakin. Member-member semua sibuk saling bertanya. "Hah puasa ke tak..?". Steady je gua. "Puasa.." Budak budak tak puasa biasanya dia down sikit. Banyak diam aje. Dekat sekolah masa tu pantang nampak member terkorek hidung. " Haa..batal puasa..". Nampak member tergigit pensel terus pandai pandai " Abis laa batal puasa ko..". Ada yang lagi bengap, dengar gua terkentut terus "Hah! kentut! Batal puasaaa!". Ada yang naik risau kena batalkan puasa sampai kelahi kelahi..

Yang best masa puasa ni, bila masuk waktu rehat, dah takde nak berlari lari tak tentu hala. Takde dah nak main pegang tiang ke, main ting ting ke. Cuma budak budak India je sibuk main gelongsor bukit.

Gua pulak time rehat biasanya berehat di perpustakaan. Sungguh ilmiah. Sebenarnya bukan berehat sangat. Sepatutnya kat kelas masa tu ada sesi mengaji. Disebabkan mengaji gua bersepah, gua pecut ke perpustakaan. Mana boleh makwe makwe sekelas dengar gua mengaji..Dan yang penting gua tak sanggup kena tarik sekben di bulan Ramadan.

Bersambung..


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...