downgila: April 2013

Monday, April 29, 2013

Mari Menari

Ubat bila anak sedara gua menangis. Pasang SNSD. Setel. Ish ish ish. Entoh sape yang ngajor.



Sunday, April 28, 2013

Hari Karnival Sekolah Alam Shah 2013

hari karnival sekolah alam shah 2013

Tadi pagi gua pekena ke Putrajaya melawat sekolah lama. Ada hari karnival. Hari karnival ni dulu, masa zaman gua sekolah, punya laaaa pung pang pung pang! gila babi punya havoc. Gua kabor mende betul ni. Masa tu la semua 'abang-abang' tingkatan 5 nak pekena seluar jeans, seluar dockers kaler coklat, kodroi dan lain lain. Kasut pulak masa tu tgn scene kasut Vans yang besar gedabak tu. Ada yang pakai kasut sukan pun tak kisah la janji bukan kasut kulit hitam yang dah pakai hari hari ke kelas.

Tapi tadi pagi gua pergi hari karnival sekolah dalam pukul 10.30, jalan dekat padang, jumpa kawan lama, Ezri, Sarang Buaya, Isam, Amazon dan Jambang. Seterusnya gua meneruskan perjalanan mencarik burger madu PKBM yang kalau zaman gua dulu merupakan burger paling menaik sekali. Pergh daging burger yang lembut, dicelup didalam madu, kemudian dengan sos lada hitam lagi menjadikan burger tersebut sungguh powa...tekstur dia...tekstur....

Tapi gua kecewa, tak ada burger PKBM, tak ada apa apa. Sekolah gua senyap macam bodoh.

"Ni Alam Shah ke perpustakaan saiz jumbo? Senyap nokhorom..."

Tak ada kelihatan budak berlari lari pergi carik stok telur dekat bilik, tak ada jugak gerai yang banyak. Sikit gila gerai. Gua tengok budak budak sekolah pun semua dah jadi skema. Semua pakai baju rasmi, baju masuk dalam seluar, seluar pulak slack hitam, kasut hitam. Semua kot.

Oi apa cerita ni?? Apa formula yang warden sekolah sekarang bagi dekat bebudak ni jadi semua mendengar kata ni. Senyap gila kot sekolah. Tingkatan 1 dengan Tingkatan 5 pun dah tak ada beza. Gua rasa sekolah gua sikit sikit dah bertukar menjadi sekolah baik-baik. Entah-entah Tingkatan 1 dengan Tingkatan 5 ada yang berkawan makan maggi sama sama dekat prep petang. Entoh le.

Lu bayangkan, ada ke liveband pakai baju rasmi masuk dalam seluar, kasut hitam. Lu pernah nampak metalicca rocking dekat ROCK AM RING pkai baju rasmi diorang? Pernah? Puih..

Last last gua pusing sekolah tangkap gambar je. Dalam pukul 12.30 gua balik sebab ada hal lain pulak. Gua tak rasa nak datang dah hari karnival tahun depan . Kah kah kah. Tapi bila pikir balik sebenarnya bagus la budak semua dah dengar cakap. Budak pun makin pandai ye dok. Ikut demeh la.

Lampiran

Ni la kelas gua masa gua tingkatan 4. Cat belakang tu gua dengan kawan kawan kelas yang cat. Dah 7 tahun tak tukar tukar lagi. Pemalas sungguh. Kelas ni jugak merangkap set pengambaran untuk video High Definition INI

sekolah alam shah slipkyes

Lepas tu masa gua ronda ronda area kelas tu. Ada satu kelas ni, dekat depan sekali ada tersusun elok buku tajuknya "Transformasi Najib". Kah kah kah tak ada buku lain ke. Letak la buku Kemahiran Hidup ke geografi ke kajian tempatan ke apa yang lain.

buku transformasi najib sekolah alam shah
sekolah alam shah hari karnival 2013 radzi taib
Bersama kapten Halimi (2004) rumah keenam. 'Abang' ni masa gua tingkatan 2 dia tingkatan 5. Pengawas. Mungkin masih single. 

Saturday, April 27, 2013

Baju Raya

progress najib for malaysia tshirt

Baju ni antara baju free yang sedak jugak dipakai. Cop pun cantik juga. Slek ada slogan "Najib For Malaysia" je jadik kurang padu.

Jangan salah anggap. Gua bukan tak suka Najib. Kalau lu tukar kat baju tu Najib jadi siapa siapa pun tak sedak juga. Contoh macam "Afif Fadhuli For Malaysia" ke, "Johnson Alengaram For Malaysia" ke. Sama je feeling dia. Tak turn on.

Baju free woi. Ambil saja. Kalau nak buat pakai raya nanti boleh laa. Dah tak banyak tinggal. Ada dua tiga helai je. Kalau nak angkat, lu orang terus kontek Waniey K. Gua tak ada pegang

Tuesday, April 23, 2013

Karangan Merepek Nak Dekat Pilihanraya Ni

Muay thai k1 max

Salam sejahtera. Melihatkan semua orang asyik je nak berkelahi lagi lagi dah dekat pilihanraya ni, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar. Sebelum itu, biarlah saya katakan yang saya ini bukan Pro-kerajaan mahupun Pro-pembangkang. Pro-Liyana Jasmay mungkin. Saya di pihak neutral di sini

Saya nak ajak kamu semua supaya berfikiran realistik. Ya realistik. Saya pun pengguna petrol dan mendapat subsidi minyak. Tapi saya hanya guna motor. Kerajaan telah menanggung kos ini saban tahun. Namun, cuba kita fikirkan, berapa peratuskah pemberian subsidi ini betul betul kena pada golongan sasar?

Dan di Malaysia, adakah orang miskin (golongan sasar) ini pakai kereta turbo, Mercedes, BMW, Perdana dan lori? JawapannyaTIDAK. Rata rata mereka pakai motor KRISS. Sebaliknya, mereka yang berplat mahal dan berpelekat khas di hadapan kereta (golongan bukan sasar) yang lagi banyak guna minyak, ye lah meeting semua jauh jauh. Kena la pakai banyak minyak. Kereta pulak jenis enjin 18 juta liter pakai minyaknye. Last last golongan sasar tak guna sangat pun subsidi minyak.

Apa kata, kos subsidi minyak ini, kita laburkan dalam pemberian biasiswa. Yela, nak dapat biasiswa kena tunjuk slip gaji mak bapak ye dak? Dan saya yakin seratus peratus hal ini akan dapat ditujukan pada golongan sasar jika semuanya telus. Ya, TELUS. Sebab itulah rata rata anak orang kerja Petronas dapat biasiswa Petronas dan belajar di UTP. Sebab tak telus. Kita tak mahu yang kaya lagi raya, yang miskin makin rikin. Kita bukannya India dan Indonesia.

Dan dengan biasiswa atau lebih tepat ‘elaun minyak’ ini, dapat lah kita kurangkan aktiviti penyelewengan subsidi minyak yang mana melibatkan tak kira orang pembangkang mahupun orang kerajaan. Kalau ada penyelewengan juga dalam ‘elaun minyak’ ini, senanglah pembangkang nak tuduh orang kerajaan. Kikiki.

Dah la, saya rasa lebih baik lesing saje kepala kamu semua sebab asyik berkelahi aja. Tak bawa apa apa penyelesaian. Yang bawa penyelesaian adalah jalan penyelesaian. Perangai macam Mesir. Tomoi karang, bisu.

Thursday, April 18, 2013

Sapa Like Video Ni Mak Dia Hitam



Persatuan Lelaki Sejati Semalaysia telah bermesyuarat malam semalam dan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kaum lelaki di Malaysia dilarang melakukan gaya "Gwiyomi". Menurut presiden jika terdapat ahli melakukan gaya tersebut maka keahliannya akan dilucutkan dan dipaksa menjadi ahli persatuan Baby AA atau dikenali Baby Azwan Ali.

Sekian. Selamat mengundi. gwiyomi Cute Malaysian boy doing Gwiyomi malaysia gwiyomi gwiyomi tutorial

RIP Sum 41

RIP sum 41 steve stevo leave sum 41 Stevo Leaves Sum 41 After 17 Years

Kalau nak susun band band yang gua layan, ada banyak, tapi nombor satu, yang paling king, paling powa, dan paling hensem seharusnya Sum 41. Gua ingat lagi masa tu gua form 1, kecik lagi, ketua bilik gua kasi dengar lagu Sum 41 tajuk Rhythms. Lepas tu slow slow gua pekena Still Waiting, Over My Head, Hell Song, Fat Lip last last semua album gua dengar.

SUM 41 LIVE DERYCK WHIBLEY LIVE
STEVE JOCZ STEVO32 LIVE

Sum 41 jugak antara band yang gua sanggup spend duit lebih beli CD ori dekat Speedy. Beli CD bukan main-main punya feeling brader. Betul. Walaupun gua dan menipu dah macam adik-beradik, tapi kali ni gua tak menipu. Sebenarnya gua tak bajet pun feeling dia lain macam kalau dengar CD ori.

Sebelum Sum 41, gua haram tak pernah angkat CD dari Speedy. Tapi masa tu gua percaya, lepas ni kalau Sum 41 keluar CD ori, lagi baik gua kumpul duit beli daripada berjalan tak ingat maghrib.

Lepas tu tahun lepas diorang datang buat live dekat KL, gua keluar duit jugak nak pekena tengok diorang secara live (go SINI).

Mula mula Dave keluar, gua dah tak sedap hati, Deryck asyik sakit, ni Stevo pulak keluar. Dah, pada gua Sum 41 dah bukan Sum 41. Tak kira la siapa yang ganti Stevo lepas ni. Habis la, music sekarang dah la lagu bodoh nak mampos. Lady Gaga, Pit Bull, campur lagi band band budak emo. Apa nak jadi pun entah la.

I'm sorry to announce that I've decided to leave Sum 41.

Touring with the band has been an amazing experience that has taken us far beyond our old practice space in my parent's basement to countless countries around the world. I've had the opportunity to see and experience so much and for that I am truly grateful.

I just want to thank all of our fans for making the last 17 years possible. I had a blast.

Thanks again,

Stevo
"Agaknya inilah yang dikatakan 'down gila'..." kata gua sendirian. RIP Sum 41. Lu orang akan sentiasa diingati. Cewah Stevo Leaves Sum 41 After 17 Years Sum 41 Drop Off Arena Tour Due To Reoccurring Medical Issues

Sunday, April 14, 2013

Teh Power

susu ibu neuner's still tea

Ni apa benda ni? Gua jumpa masa kat tangga tadi. Usha kiri kanan tak ada orang gua angkat bawak balik bilik. Boleh minum ke tidak ni? Abby Abadi nak kira macam mana? Arghhh cilaka 'curious' betul!

*****

Weh cibai lu tenung lama lama apasal. Bini orang tu. Dasar buaya darat.

Friday, April 12, 2013

Font: Vitesse (Vitesse Medium Free Download)

vitesse font download  Hoefler & Frere-Jones
vitesse font download  Hoefler & Frere-Jones
vitesse hoefler jone download preview
vitesse font direct download free  Hoefler & Frere-Jones

Font ni gua baru dapat tadi. Font dari pembuat font professional yg sgt pemes iaitu Hoefler & Frere-Jones. Terus gua test drive. Cun.

Font ni antara font yang smart juga untuk dibuat poster sebab dia ada weight yg tebal. Kalau nak beli buat poster raya nanti boleh laa. Dah tak banyak tinggal. Ada belas belas je.

Gua dengan baik hati nak kasi download Vitesse Medium free. Go SINI 

Kalau nak angkat yang full (ada 12 weights), lu orang terus kontek/download, go SINI. Gua tak ada pegang. Malas gua nak pergi pejabat pos.

Thursday, April 11, 2013

Tangan Kata Jangan, Otak Kata Silakan

DOWNGILA MEAT SPIN

Gua tengah sedap layan Trouble Trouble Trouble Taylor Swift. Sekali gua ternampak member 2 orang berborak sambil 'spiking' english. Gua terbaca dan baca. Tiba tiba kawan yang sorang ni tweet:


"Apa ni 'Meat Spin'...", gua jadi tertanya tanya. Lalu terus jari secara automatik google. Dari keputusan google gua, Benda ni mesti benda bodoh dan membazir masa ni. Otak  cakap jangan klik link pertama tu. Tangan diserang cibai mengada-ngada nak jugak klik.

Tangan: Nak klik ke taknak klik? Klik? Ke tak payah?

Otak: Klik laaa kemak, bukan susah.

Tangan: Serius?

Otak: Klik la sial. Susah sangat.

Tap! Gua klik link pertama.

FAKING!!!!!!

Setan setan setan setan!!! Yang lagi setan rumet gua ada dekat belakang, pandang gua semacam terus. Fak! Lu orang jangan pergi google 'Meat Spin' lepas tu klik link pertama tu. Gua dah bagi amaran keras dari kerajaan ni.
Search item : harlem daphne iking parlimen bubar pru13 justin bieber monyet diana remy ishak pasaraya NSK rumpai laut collagen ops daulat sulu menteri papagomo rusdi ramli nora danish menteri pertahanan kiram spm najwa latiff seksi hak rozita berita terkini lahad ops daulat pengganas

Wednesday, April 10, 2013

Gatal

hujan kuala lumpur Rain on 5th Avenue

Sekarang Kolumpo asal petang je hujan. Lebat dengan segala kilat pun datang satu pakej. Ni gua tengah sedap sedap main pesbuk tetiba baru teringat kain tuala ada dekat ampaian tak angkit angkit dari pagi. Hah makan...Basah kuyup.

Tapi takpalah lagi sebab tau basah sebab hujan. Ni pagi tadi gua nak mandi, ambil tuala dekat ampaian pun basah juga. Mana datang hujan gua tak tahu. Gua syak ni Tukachil la ni sedap sedap basuh lantai tingkat atas lepas tu dia main simbah je air basuh lantai ke bawah.

Patut la badan gua dah start gatal gatal. Tiu nia seng..

Tuesday, April 09, 2013

Job: Bisnes Card Untuk Byrawlins

byrawlins business card

Ini adalah bisnes card yang gua buat untuk bader Rawlins. Blog dia kat SINI. Gua buat ada 5 variasi kaler. Yang dalam preview tu satu kaler je.

Bader ni sangatlah awesome. Gua buat dia tak ada komplen pape pun. Jadi segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih bang, murah rezeki.

Yang nak tempah jugak jangan malu malu kontek gua macam biasa dekat Twitter >> @HeyAzwan. Atau emel gamep01nt@yahoo.com.

Notakaki: Peh sekali pandang gua baca kontek tu jadi mende lain pulak. Bahaya bahaya. Kontek dalam bahasa melayu mende?

Friday, April 05, 2013

Malang Tak Berbau

helmet rempit scrambler

Tadi masa gua nak pergi solat Jumaat, gua sarung la helmet Arai gua. Tetiba bader bilik hujung tegur.

"Weh gp, nak pergi mana?"

"Masjid lah, solat jumaat.", jelas gua.

"Apasal pakai helmet?"

"Apasal kau tak pakai?", jawab gua dengan 'smarvo' sambil start motor dan berlalu pergi.

Ingat adik adik. Pergi solat jumaat tak menjamin kau takleh eksiden, kepala kau tak pecah terhantuk dekat divider lalu mati ditempat kejadian.

Hiks.

Wednesday, April 03, 2013

Rehat

Itu hari gua pergi klinik sebab asal pukul 6 je gua pening. Doktor cek dia kata telinga gua ada problem sebab selalu sangat dengar lagu kuat kuat. Taik telinga dah masuk kedalam. Patut lah bila gua korek tak keluar apa apa tapi selalu pening. Doktor kasi ubat makan dengan ubat titis kasi cair itu taik telinga. Ubat titis gua pakai. Ubat makan gua tolak tepi. Licik.

Jadi, sejak akhir-akhir ini kepala gua diserang sakit berdenyut-denyut sampai rasa nak 'penampor' tengok student lalu depan gua berjalan terenjut-enjut..Jadi gua nak berehat sekejap sambil baca buku bau susu yang gua baru beli dekat Popular itu hari guna voucher buku. Terima kasih kerajaan. Gua belum daftar mengundi lagi.

utopia high lawak slaium downgila

Notakaki: Buku bau susu sebab monyet serang bilik gua itu hari buat parti bogel mandi dengan susu gua. Anjing punya monyet. Buku ni pulak lepas gua pekena baca haram tak lawak langsung. Membazir duit aje. Puih