Karangan Merepek Nak Dekat Pilihanraya Ni | downgila

Tuesday, April 23, 2013

Karangan Merepek Nak Dekat Pilihanraya Ni

Muay thai k1 max

Salam sejahtera. Melihatkan semua orang asyik je nak berkelahi lagi lagi dah dekat pilihanraya ni, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar. Sebelum itu, biarlah saya katakan yang saya ini bukan Pro-kerajaan mahupun Pro-pembangkang. Pro-Liyana Jasmay mungkin. Saya di pihak neutral di sini

Saya nak ajak kamu semua supaya berfikiran realistik. Ya realistik. Saya pun pengguna petrol dan mendapat subsidi minyak. Tapi saya hanya guna motor. Kerajaan telah menanggung kos ini saban tahun. Namun, cuba kita fikirkan, berapa peratuskah pemberian subsidi ini betul betul kena pada golongan sasar?

Dan di Malaysia, adakah orang miskin (golongan sasar) ini pakai kereta turbo, Mercedes, BMW, Perdana dan lori? JawapannyaTIDAK. Rata rata mereka pakai motor KRISS. Sebaliknya, mereka yang berplat mahal dan berpelekat khas di hadapan kereta (golongan bukan sasar) yang lagi banyak guna minyak, ye lah meeting semua jauh jauh. Kena la pakai banyak minyak. Kereta pulak jenis enjin 18 juta liter pakai minyaknye. Last last golongan sasar tak guna sangat pun subsidi minyak.

Apa kata, kos subsidi minyak ini, kita laburkan dalam pemberian biasiswa. Yela, nak dapat biasiswa kena tunjuk slip gaji mak bapak ye dak? Dan saya yakin seratus peratus hal ini akan dapat ditujukan pada golongan sasar jika semuanya telus. Ya, TELUS. Sebab itulah rata rata anak orang kerja Petronas dapat biasiswa Petronas dan belajar di UTP. Sebab tak telus. Kita tak mahu yang kaya lagi raya, yang miskin makin rikin. Kita bukannya India dan Indonesia.

Dan dengan biasiswa atau lebih tepat ‘elaun minyak’ ini, dapat lah kita kurangkan aktiviti penyelewengan subsidi minyak yang mana melibatkan tak kira orang pembangkang mahupun orang kerajaan. Kalau ada penyelewengan juga dalam ‘elaun minyak’ ini, senanglah pembangkang nak tuduh orang kerajaan. Kikiki.

Dah la, saya rasa lebih baik lesing saje kepala kamu semua sebab asyik berkelahi aja. Tak bawa apa apa penyelesaian. Yang bawa penyelesaian adalah jalan penyelesaian. Perangai macam Mesir. Tomoi karang, bisu.

22 comments:

  1. "Yg bawak penyelesaian adalah jalan penyelesaian" =.='

    ReplyDelete
  2. Betul tu! Biasiswa tu patutnya kasi kat golongan macam gua. Bukan anak-anak petronas yang gaji 50k dan tak reti bersyukur kehadrat Illahi. Mari bangkit ya akhi!

    ReplyDelete
  3. lu bertanding ke tidak pru kali ni gp?

    ReplyDelete
  4. bab ni aku sokong. hah! mana lahabau yang sibuk nak ubah-ubah ngan rakyat diutamakan tu??? Pakai ni sebagai manifesto lagi padu!

    ReplyDelete
  5. mana entry moto hilang mana? salah sendiri xnak publish. salah orang je nak cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sempitnya otak. Bila masa la aku post salah org. Aku melawak je kot. yg kau nk butthurt sgt apasal.

      Delete
    2. Aih bang? Abang butthurt balik ke? Moto mana moto?

      Delete
    3. lololol anon butthurt tetibe awatnye??? hahahah

      Delete
    4. biar je lah dia. haha. xde pekdah duk layan

      Delete
    5. sakit punggung ?
      ok dah 'meeting'
      alhamdulillah .

      Delete
  6. Hidup Malaysia!!!

    ReplyDelete
  7. 'metting semua jauh jauh' ke 'meeting semua jauh jauh' ?
    guane ?

    ReplyDelete
  8. best tol baca blog u ;) selamba ya ya jek..

    ReplyDelete
  9. hidup YB GP!!

    ReplyDelete
  10. Hidup YB... Harap nanti menang.. Haha..

    ReplyDelete
  11. haha..sila bersedia jadi MB dalam masa 5 tahun lagi.

    ReplyDelete
  12. yeah.. TELUS. itu yang paling rakyat inginkan..

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...