RIP Sum 41 | downgila

Thursday, April 18, 2013

RIP Sum 41

RIP sum 41 steve stevo leave sum 41 Stevo Leaves Sum 41 After 17 Years

Kalau nak susun band band yang gua layan, ada banyak, tapi nombor satu, yang paling king, paling powa, dan paling hensem seharusnya Sum 41. Gua ingat lagi masa tu gua form 1, kecik lagi, ketua bilik gua kasi dengar lagu Sum 41 tajuk Rhythms. Lepas tu slow slow gua pekena Still Waiting, Over My Head, Hell Song, Fat Lip last last semua album gua dengar.

SUM 41 LIVE DERYCK WHIBLEY LIVE
STEVE JOCZ STEVO32 LIVE

Sum 41 jugak antara band yang gua sanggup spend duit lebih beli CD ori dekat Speedy. Beli CD bukan main-main punya feeling brader. Betul. Walaupun gua dan menipu dah macam adik-beradik, tapi kali ni gua tak menipu. Sebenarnya gua tak bajet pun feeling dia lain macam kalau dengar CD ori.

Sebelum Sum 41, gua haram tak pernah angkat CD dari Speedy. Tapi masa tu gua percaya, lepas ni kalau Sum 41 keluar CD ori, lagi baik gua kumpul duit beli daripada berjalan tak ingat maghrib.

Lepas tu tahun lepas diorang datang buat live dekat KL, gua keluar duit jugak nak pekena tengok diorang secara live (go SINI).

Mula mula Dave keluar, gua dah tak sedap hati, Deryck asyik sakit, ni Stevo pulak keluar. Dah, pada gua Sum 41 dah bukan Sum 41. Tak kira la siapa yang ganti Stevo lepas ni. Habis la, music sekarang dah la lagu bodoh nak mampos. Lady Gaga, Pit Bull, campur lagi band band budak emo. Apa nak jadi pun entah la.

I'm sorry to announce that I've decided to leave Sum 41.

Touring with the band has been an amazing experience that has taken us far beyond our old practice space in my parent's basement to countless countries around the world. I've had the opportunity to see and experience so much and for that I am truly grateful.

I just want to thank all of our fans for making the last 17 years possible. I had a blast.

Thanks again,

Stevo
"Agaknya inilah yang dikatakan 'down gila'..." kata gua sendirian. RIP Sum 41. Lu orang akan sentiasa diingati. Cewah Stevo Leaves Sum 41 After 17 Years Sum 41 Drop Off Arena Tour Due To Reoccurring Medical Issues



Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...