Hari Karnival Sekolah Alam Shah 2013 | downgila

Sunday, April 28, 2013

Hari Karnival Sekolah Alam Shah 2013

hari karnival sekolah alam shah 2013

Tadi pagi gua pekena ke Putrajaya melawat sekolah lama. Ada hari karnival. Hari karnival ni dulu, masa zaman gua sekolah, punya laaaa pung pang pung pang! gila babi punya havoc. Gua kabor mende betul ni. Masa tu la semua 'abang-abang' tingkatan 5 nak pekena seluar jeans, seluar dockers kaler coklat, kodroi dan lain lain. Kasut pulak masa tu tgn scene kasut Vans yang besar gedabak tu. Ada yang pakai kasut sukan pun tak kisah la janji bukan kasut kulit hitam yang dah pakai hari hari ke kelas.

Tapi tadi pagi gua pergi hari karnival sekolah dalam pukul 10.30, jalan dekat padang, jumpa kawan lama, Ezri, Sarang Buaya, Isam, Amazon dan Jambang. Seterusnya gua meneruskan perjalanan mencarik burger madu PKBM yang kalau zaman gua dulu merupakan burger paling menaik sekali. Pergh daging burger yang lembut, dicelup didalam madu, kemudian dengan sos lada hitam lagi menjadikan burger tersebut sungguh powa...tekstur dia...tekstur....

Tapi gua kecewa, tak ada burger PKBM, tak ada apa apa. Sekolah gua senyap macam bodoh.

"Ni Alam Shah ke perpustakaan saiz jumbo? Senyap nokhorom..."

Tak ada kelihatan budak berlari lari pergi carik stok telur dekat bilik, tak ada jugak gerai yang banyak. Sikit gila gerai. Gua tengok budak budak sekolah pun semua dah jadi skema. Semua pakai baju rasmi, baju masuk dalam seluar, seluar pulak slack hitam, kasut hitam. Semua kot.

Oi apa cerita ni?? Apa formula yang warden sekolah sekarang bagi dekat bebudak ni jadi semua mendengar kata ni. Senyap gila kot sekolah. Tingkatan 1 dengan Tingkatan 5 pun dah tak ada beza. Gua rasa sekolah gua sikit sikit dah bertukar menjadi sekolah baik-baik. Entah-entah Tingkatan 1 dengan Tingkatan 5 ada yang berkawan makan maggi sama sama dekat prep petang. Entoh le.

Lu bayangkan, ada ke liveband pakai baju rasmi masuk dalam seluar, kasut hitam. Lu pernah nampak metalicca rocking dekat ROCK AM RING pkai baju rasmi diorang? Pernah? Puih..

Last last gua pusing sekolah tangkap gambar je. Dalam pukul 12.30 gua balik sebab ada hal lain pulak. Gua tak rasa nak datang dah hari karnival tahun depan . Kah kah kah. Tapi bila pikir balik sebenarnya bagus la budak semua dah dengar cakap. Budak pun makin pandai ye dok. Ikut demeh la.

Lampiran

Ni la kelas gua masa gua tingkatan 4. Cat belakang tu gua dengan kawan kawan kelas yang cat. Dah 7 tahun tak tukar tukar lagi. Pemalas sungguh. Kelas ni jugak merangkap set pengambaran untuk video High Definition INI

sekolah alam shah slipkyes

Lepas tu masa gua ronda ronda area kelas tu. Ada satu kelas ni, dekat depan sekali ada tersusun elok buku tajuknya "Transformasi Najib". Kah kah kah tak ada buku lain ke. Letak la buku Kemahiran Hidup ke geografi ke kajian tempatan ke apa yang lain.

buku transformasi najib sekolah alam shah
sekolah alam shah hari karnival 2013 radzi taib
Bersama kapten Halimi (2004) rumah keenam. 'Abang' ni masa gua tingkatan 2 dia tingkatan 5. Pengawas. Mungkin masih single. 

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...