Pengalaman Gua Di Alam Shah : Gua Dan Koperasi | downgila

Sunday, June 26, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Gua Dan Koperasi

Tepat pukul 10.30 malam, prep malam tamat. Automatik gua terjaga. 'Instinct' waktu balik gua memang tinggi. Pelajar-pelajar lain merebas kemas buku-buku, bangun dan berlari turun pergi surau dan solat Isyak.

Lepas dah solat Isyak mula la semua berkejar kejar pergi kantin. Entah apa yang sedap sangat mee makcik kantin tu. Dah la brader buat air tu hari hari muka macam tak mandi. Air pula satu jenis saja yang dia buat. Balik-balik teh 'o' ais. Sekali-sekala buatlah air selasih ke, air kiwi ke, air neskepe tarik gelas kecil ke.

Koperasi pun penuh. Berebut-rebut budak. Sampai yang rendah boleh jadi tinggi. Semua sibuk nak makan aiskrim la, nak makan kacang, nak minum air karbonat, nak makan asam, Nak carik baju rasmi la, baldi la, baju batik. Meriah koperasi. Gua saja yang datang nak beli setem.

Gua periksa duit gua. Ada sehelai duit kertas RM5 dengan rekabentuk baru. Duit akhir. Kalau habis, gua memang bengkrap. Muda-muda dah pandai bengkrap. Ni semua salah mapley yang songlap duit gua haritu. Sekarang gua dah miskin. Gua bertarung di kaunter koperasi.

"Bagi setem 30 sen, 5 keping." minta gua dengan nada serius. Kepala pakai songkok. Gua hulur duit RM5 gua tadi. Bukan main susah nak hulur. Kepala dan leher penuh keliling gua. Bau macam-macam.

Gua tunggu dengan sabar. Tak lama budak koperasi menghulur setem yang gua minta bersama duit baki.

Gua pandang duit baki. Cepat-cepat gua beredar dari kaunter koperasi.

Baki yang gua dapat ialah RM48.50.

Syukur alhamdulillah.

Lima minit kemudian, gua 'repeat' pergi angkat itu air karbonat, kacang-kacang, asam-asam, aiskrim, mee makcik kantin, teh 'o' ais. Semoga koperasi sekolah gua terus mencatat keuntungan tinggi di dalam setiap mesyuarat tahunan. Aminnn...

13 comments:

  1. mana aku kenal. ni time kat skolah lama

    ReplyDelete
  2. wa! itu hari lu suda kasi mapley untg. lain hari lu pulak ada untg oh! ini mcm bnyk ONG lorrr.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Ong kan....ni nama dia 'KARMA' HAHAHAHAH

    ReplyDelete
  4. pergh...mmg terbaek dak koop skolah ko ni..klu kat skolah aku diorg 'debit' brg2..payung la,tie skolah,dadih...hahahaha

    ReplyDelete
  5. Dadih pon ada? maju koop skolah kau

    ReplyDelete
  6. dadih tu penting bro...kire dessert pas mkn la..hahaha..

    ReplyDelete
  7. walawey kalo aku bagi seploh hinggit leyh dapat sratos tak? cantek la koop kau. kalah koop aku yang dibanjiri bebudak nak bli aiskim singgit. huhu.

    ReplyDelete
  8. Macha pukimak songlap duit koperasi! Hhahahahahhahahha. haapy besday warriors!

    ReplyDelete
  9. apakah rezeki itu? ...haha

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...