Jenis Jenis Perokok 3 | downgila

Wednesday, June 22, 2011

Jenis Jenis Perokok 3

JENIS 3 :Hisap rokok time berborak dalam kumpulan kecil di table kedai makan tapi hembus asap ke tepi.
Hah kalau yang macam ni, kita boleh conclude kan diorang ni jenis yang penyayang. Seorang yang caring. Meluat pula gua guna perkataan caring ni. Diorang ni jenis tak suka menyusahkan orang lain dan mungkin jenis pemalu atau penakut. Tapi diorang ni memang jenis orang baik-baik. Tahu asap rokok ni boleh membahayakan orang sekeliling dan sanggup berkorban mengherotkan mulut demi kesihatan orang lain di persekitaran. Bagi mereka biarlah sendiri buat, sendiri tanggung dan jangan ada yang terkorban kerana perbuatan sendiri. Jenis ni kalau kena tangkap curi motor, kawan-kawan yang terlibat mungkin selamat kerana risiko untuk dia petik nama orang lain, kurang. 

                                                                                          credit bader PP

3 comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...