Malu Di Hari Jumaat | downgila

Friday, June 17, 2011

Malu Di Hari Jumaat

Tadi gua datang solat jumaat lambat sikit sebab gua lambat balik dari HKL. Lepas balik gua terus bergegas pergi masjid. Sampai masjid orang dah ramai. Jawabnya sembahyang kat luar la gua.. Gua pon bentang sejadah dah tros duduk. Imam start baca khutbah...

Gua dengar bahasa arab. Gua yang tengah mamai mamai nak bagi diri selesa pon tak berapa nak fokus dekat khutbah. Bila dengar je bahasa arab gua teros angkat tangan ingatkan doa. Dalam 10 minit jugak gua 'berdoa'. Bader sebelah dah pandang lain.

Gua baru sedar imam tu baca khutbah dalam bahasa arab. Ohh gua tros buat buat tengah lap lap muka cover sambil malu gila baby. 

2 comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...