Baring Baring | downgila

Saturday, June 11, 2011

Baring Baring

Hari ni gua keluar pegi Mid valley. Peh, hari ni mid valley dah macam sangkar ayam. Ramai gila orang. Gua nak jalan kat jusco pon terpaksa kuncup dan kembangkan badan gua sebab orang terlalu ramai. Ada apa pon gua tak pasti. Yang penting dekat tingkat empat ada pameran india apa ntah. Takkan orang ramai sebab tu? tak mungkin tak mungkin.

Gua dah puas berjalan gua balik la apa lagi. Gua start motor, lepas panas engine dalam 3 saat gua gerak. Hari pon macam nak hujan. Sebelum gua sampai bilik gua pergi keluar duit dulu. Duit gua dalam poket tinggal 10 ringgit sen sen. Gua keluar duit 6 juta. Ada 2-3 makcik pakcik berbisik sesama sendiri. Mungkin cemburu agaknya.Gua sampai bilik terus pecut masuk bilik pekena baring. Sedap betul rupanya baring ni. Tak guna kerja gaji RM18 ribu sebulan kalau tak dapat baring kan?

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...