Serius La! : Kesalahan Blogger Newbie | downgila

Tuesday, June 28, 2011

Serius La! : Kesalahan Blogger Newbie

meoww!

Kali ni gua nak serius sikit. Bukan merepek macam selalu dan bukan jugak pasal sekolah gua. Ni pasal apa yang gua nampak pada sesetengah blogger yang semangat blogging dia awal awal saja. Gua sebagai blogger yang agak lama dah berblogging. PEH gua terbongkak disitu. Sori. Gua sebagai blogger yang dah lama, gua nampak la jugak kenapa blogger blogger newbie ni sekejap je semangat. Antara sebab sebabnya adalah....Read more...


1. Terlalu semangat awal awal blogging tu
 Ni macam so-called 'blogwalking' tu la. Sebenarnya gua tak berapa setuju dengan blogwalking ni. Pada pendapat gua kalau lu orang blogwalking pastu datang SPAM kat shoutbox orang tulis macam

"wahh..nice entry, singgah la blog saya pulak", atau macam
"Ooo..baru tau..jom baca entry baru kat blog saya", dan macam
"Wah! nice blog! Blogwalking sini, hit me back"....Nampak sangat lu datang paste ayat tu pastu blah. Tahi

Gua rasa ni semua annoying sial. Pada gua kalau lu orang buat macam ni, lagi la gua tak datang blog lu. Pada gua, visitors ramai tak penting, yang penting adalah orang yang datang tu baca apa yang korang tulis. Kalau lu orang datang semak semak kat shoutbox orang, orang tu pon visit la balik. Memang visitors ramai. Tapi diorang baca ke apa yang korang tulis? Tak kan. so?? Buat apa korang tulis panjang panjang? Macam setan

Nasihat gua, korang cari la blog yang korang betul betul suka baca dan follow macam biasa je la. Berkawan la dengan bloggers lain, Jangan blogwalking membabi buta. Kalau korang ada kawan ramai kan nice

2. Blog bersepah sepah 
Ni macam banyak sangat widget suruh follow bagai bajet cute. Nampak tak professional langsung, Nampak budak budak. Dengan lagu yang auto start lagi. Loading page jadik lambat jawabnya ADIOS

3. Semangat hangat hangat tahi twitter
Bila orang dah tak ramai datang blog lu, mula la lu jadik gelabah tak tentu pasal, pastu malas update blog. sebulan sekali. pastu tulis macam "ohh dah lama tak update. dah berhabuk dah". Memang la berhabuk kalau lu orang tulis sebulan sekali macam tu, mesti orang ingat lu orang tengah koma. Tak tulis dah blog. Ingat pesan abang gamepoint ni. Biar visitor sikit janji orang baca. Adat la awal awal. Jarang la orang tu baru harini buat blog seminggu dah meletop. Slow slow la. Gua punya Cracksevens tu dulu awal awal sehari dalam 20 orang je datang. Tapi gua update jugak hari hari. Yang penting kena berterusan

4. Jangan sombong.
Kalau lu orang power kat sesuatu mende tu, jangan la sombong, orang mintak tolong, kita tolong yang mana boleh, kawan la dengan semua orang. Tak rugi pon lu orang ramai kawan. Gua jenis friendly, kawan je dengan semua orang, hari ni kita tolong orang, mana tau kita susah nanti, orang yang lu tolong tu pulak tolong lu. Kan? Biar bahasa kasar tapi jangan sombong, Ingat!

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...