downgila: June 2016

Friday, June 24, 2016

Hari Jumaat & Helmet


Gua perasan dah lama, kenapa bader-bader yang pergi solat Jumaat naik motor ni tak pakai helmet. Soalan gua; bila pergi solat Jumaat, tuhan jamin tak kena langgar lari ke? Kang kalau dah kena langgar mula la bersepai kepala. Kopiah tu tak boleh nak ejas kasi tak pecah punya. Kahkahkah.

Dulu gua rebel juga, jenis taknak pakai helmet hari Jumaat. Tapi lepas eksiden dengan Sarawak, gua mula sedar yang kalau masa gua eksiden tu gua tak pakai helmet, muka gua tak mungkin masih kekal kacak seperti Eddie Murphy hingga ke hari ini. Pakai helmet ni jugak boleh mengurangkan kemungkinan lu orang boleh kena saman.

Tahun 2016 ni gua tak tahu ada saman ke tidak sebab gua dah kurang bawak motor tak pakai helmet ni. Tapi lu orang bayar saman kat kaunter ke? Tak leceh ke? Gua tak boleh sangat beratur panjang-panjang ni.

Thursday, June 16, 2016

Kesejahteraan Jalan

spoket motor sprocket

Kelmarin aku pergi kerja macam biasa. Jalan Jurutera ni bonggol dia kemain banyak, mungkin untuk menunjukkan yang kehidupan seorang jurutera penuh dengan liku-liku yang kadang-kadang boleh memancitkan tayar motor.

Kemudian petang semalam aku balik semula ikut jalan yang sama. Aku tak teringat langsung spoket aku dah setahun lebih tak ganti. Habis tajam macam gigi musang dah spoket tu. Kakakaka. Nasib baik aku ingat lagi cara membawak motor.

Tu je la aku nak cerita.