downgila: November 2013

Thursday, November 28, 2013

Kempen

pilihanraya umum universiti malaya pro m universiti malaya teh dick shen nur atiqah binti mohd jani

Sekarang ni musim pilihanraya dekat UM. Musim dimana yang calon tak pernah-pernah tegur orang jadi terlebih ramah, tiba-tiba semua jadi caring, dan calon yang tak pakai tudung boleh secara magis pakai tudung dengan kemas. Gua macam biasa, tak amek port sangat mende alah macam ni.

Tadi masa gua balik dari kelas, gua tengok kat mana mana tempat yang boleh sangkut, dah tergantung poster-poster calon wakil apa benda entah. Gua harap ada calon yang janjikan internet berkelajuan 800 Mbps. Itu jam gua bantu kempen tak kira panjat DTC ke bangunan mana.

Apa gila internet sekarang nak bukak pesbuk chat dengan makwe pun amek masa setengah jam lebih?

Tuesday, November 26, 2013

Tokei Gambir

Mohd Zulkhalid Afandi Universiti Malaya

Harini besday Sarawak, gua malas nk 'wish' dekat Pesbuk, gedik sangat. Gua wish dekat blog terus. Semoga menjadi engineer yang berjaya dan sentiasa menjadi rajin dan janganlah asyik nak mengeteh masa tengah kerja. Doakan perjuangan gua dan Bangi disini. Majulah gambir untuk bumi kenyalang. Auuuu aaaauuuuuuuuuu. Eh macam bunyi anjing. Macam mana entah bunyi kenyalang?

Sunday, November 24, 2013

Calon Suami Mithali

Harini gua semacam buang tebiat, biasanya kalau gua kemas bilik, gua tegang cadar sikit-sikit dengan susun buku atas meja je. Tapi hari ni entah jin baghdad mana masuk dalam badan gua, habis gua 'all-out' kemas bilik.

Taktik gua macam ni, mula-mula gua tutup kipas, panjat meja dan lap kipas. Lap kipas pulak ada dua level. Level mula mula gua lap dengan air sabun kasi bunuh semua bakteria degil yang melekat dekat bilah kipas. Lepas dah solid dan berkilat, gua teruskan dengan stage kedua, gua lap dengan surat khabar. Lap dengan surat khabar ni penting supaya bilah kipas sentiasa kering dan bila bukak kipas, habuk tak melekat balik sebab bilah kipas tu basah.

Lepas dah berpuas hati dengan hasil kipas, gua ke sapu sampah. Sebab gua taknak sapu dulu dari awal tadi adalah, gua malas nak sapu dua kali, sebab kalau lu orang tak tau lagi, bila lu lap kipas, habuk dia jatuh ke atas lantai hasil daripada tarikan kuasa graviti. Jadi bila gua sapu selepas lap kipas, kerja akan jadi sekali harung dan menjimatkan masa dan tidak nampak terlalu bodoh sapu lantai 2 kali.

mop lantai kolej kediaman kelima universiti malaya sukmum 2013

Seterusnya, gua cilok sabun lantai makcik cleaner dan gua bancuh dengan air. Bancuhan yang betul amatlah kritikal masa ni. Kita tak mahu bilik terlalu wangi ataupun tak wangi langsung. Kalau terlebih sabun, lantai akan menjadi terlalu licin dan bau sabun akan sangat kuat. Lebih air nanti tak wangi la bilik. Baik tak payah pakai sabun. Selepas gua dah bancuh, (Maaf, rahsia bancuhan sabun dan air gua tak mahu dedahkan disini atas sebab-sebab peribadi), gua mengerah keringat mengemop lantai. Habis segala ceruk bilik gua mop. Lepas tu pun gua mop pulak dengan air biasa untuk bilas air sabun tadi.

Selepas bilik dah wangi, sampai masa untuk keringkan lantai daripada air air basuhan lantai tadi. Untuk bahagian ni, gua guna entah apa nama mende alah tu. Dia macam wiper kereta tapi batang penyapu. Makcik makcik cleaner guna tu untuk keringkan lantai sebab bila sapu je air semua mengikut. Hah gua pakai mende alah tu lah. Lap air keluar dari bilik dan pasang balik kipas untuk mengeringkan lantai dengan lebih kering.

Selepas lebih kurang 40 minit membanting tulang, hasilnya, bilik gua wangi, lantai bersih, dan juga kipas bersih. Tapi masa gua hantar balik mop ke tandas tadi, gua nampak air basuhan lantai tu menitis seperti air terjun ke tingkat bawah. Habis basah baju-baju bader Palapes tingkat bawah tu. Hah itu je lah yang makin tak bersih. Kah kah kah, padan muka. Siapa suruh pemalas naik tangga nak duduk tingkat bawah-bawah je.

Thursday, November 21, 2013

Pengalaman Gua Di Alam Shah: Zine Rare

Tadi masa gua kemas-kemas beg lama, gua satu 'zine' yang rare dan sudah diberhentikan pengeluarannya sekarang. Zine yang gua jumpa adalah buku panduan yang gua dapat masa masuk sekolah dulu. Gila babi antik ni. Bau lipas dia tak payah cakap lah. Kah kah kah bila tengok balik gua eja nama rumah sukan gua pun salah. Tulisan pun bajet art je conteng conteng gitu. Biasalah, umur baru 13. Deodorant pun tak pakai lagi.

Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur Sekolah Sultan alam shah putrajaya

Yang ni pulak dekat muka surat akhir zine ni. Lukisan gua masa ni serupa gampang. Lukis mata senget macam buah rambai lepas tu gua cover-cover macam pakai spek sebelah. Kah kah kah.  Dah la mamat ni ada tambi. Kenapa gua lukis pun gua tak pasti. Kalau lu orang pandang betul-betul, gua ada tulis statement 1Malaysia dekat sebelah kiri. Ini membuktikan yang gua jauh lebih smarvo dari Najib dan menteri-menterinya yang menjerit-jerit di dalam Parlimen. Tapi bila gua pikir balik. Lukisan gua masa ni pun lagi lawa dari lukisan Bangi sekarang.

Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur Sekolah Sultan alam shah putrajaya

Gua pun mengambil keputusan untuk 'go-through' zine ni. Gua buat teh O panas, ambil bantal letak dekat kerusi, tepuk-tepuk sikit. OK solid. Gua bukak lagu Avril Lavigne dan mula membaca satu demi satu muka surat. Sampai muka surat 32 gua berhenti dan gua jadi ke gelak secara king. Sekolah gua rupanya larang pelajar bercumbu-cumbuan. Pergh gila babi. Yang lagi power, tak boleh melambai ke pelajar perempuan.

Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur Sekolah Sultan alam shah putrajaya

Lima tahun gua duduk sekolah, tak pernah ada pun pelajar perempuan dekat dalam kelas untuk dilambai-lambai. Separa perempuan tu ada la sekelompok dua. Itu pun banyak kat bilik band je. Kah kah kah.

Wednesday, November 20, 2013

Menang RM19K Dari Shell

Tadi gua bangun gua check telefon bimbit gua. Ada satu SMS.

"RM0. Tahniah! Sim kad anda telah meraih hadiah PERCUMA RM19,000 dari SHELL HELIX bla3... "

Ni dah kali ketiga gua dapat mesej yang sama. Gua menyirap. Gua balas.

"Faking laa..."

Gua tekan send. Tarak. Tak lepas. Tak cukup sen.

Lu memang nasib baik bader 'Shell'. Tapi yang peliknya ada jugak lagi melayu yang kena tipu lalu membuat laporan polis. Polis dah tak lalu nak layan.

Sunday, November 17, 2013

Pusat Teknologi Maklumat Universiti Malaya


Lu orang jangan tak tau internet UM serupa palat sekarang. Yang peliknya, masa internet laju, gua jadi tak ada apa nak buat. Tapi bila nak buat kerja tu lah internet jadi slow sampai nak bukak Google pun amek masa 2 minit. Dalam keadaan fedap serta baran, gua pekena telepon Pusat Teknologi Maklumat UM (PTM) dengan harapan masalah ini dapat lah diselesaikan.

"Selamat pagi kak, saya nak buat laporan wifi kolej lima ni slow sangat-sangat. Nak buat kerja pun jadi payah"

"Ohh..kalau wifi, adik telepon nombor ni..03-79674001"

"Ohh yeke..ok kak, terima kasih."

Gua pun telepon le. Lepas gua telepon, akak dekat situ pulak suruh telepon lagi satu nombor lain. Katanya diorang tak handle bahagian Wifi. Apa yang diorang handle gua tak tahu. mungkin handle bahagian bergosip di opis dan bisnes online menjual shawl dan vitamin palsu di pesbuk.

Lepas dapat nombor, gua pun telepon le. Yang akak nombor 3 tu suruh lagi telepon satu lagi nombor. Katanya PTM bahagian wifi bukan dalam UM pulak, ada dekat luar. Kah kah kah, serupa cilake. Lepas gua telepon, akak no 4 pun angkat.

"Eh bila masa pulak PTM dekat luar dik, bukan bukan. PTM bahagian wifi dekat dalam UM, bla bla bla", akak nombor 4 membebel clear tak clear, dan dia pun turut memberi satu lagi nombor lain untuk gua hubungi. Bila gua tengok elok-elok, nombor yang dia bagi adalah nombor pertama yang gua telepon tadi.

Dah tu agak-agak gua nak telepon siapa ni cibai?

Wednesday, November 13, 2013

Mencuci Mata

pervert face momonosuke one piece
Lama dah gua tak berenang lepas bahu gua patah tempoh hari. Tadi gua ambil keputusan untuk pergi berenang. Dekat kolam renang gua terserempak dengan Ed. Katanya dia dah round ke 19. Gua baru 5. Tengok-tengok jam dah pukul 6.15.

Siren pun berbunyik menandakan masa berenang dah habis. Semua orang dalam kolam renang seorang demi seorang beratur untuk naik keatas. Bader bader sador, pakcik tua dan amoi-amoi juga turut sama naik.

Gua je 'stay' dalam kolam renang.

Amboi cerah betul mata gua sekarang. Kalau macam ni memang esok gua kena berenang lagi. He he he.

Tuesday, November 12, 2013

Besok Midsem

Besok sepatutnya gua ada ujian pertengahan semester subjek Steel Design. Gua dengan Bangi buat muka talam jeee dalam kelas sebab semua junior. Nama pun repeat. Itupun kalau si Bangi datang. Kalau tak datang? Gua buat lawa sorang-sorang dalam kelas. Patutnya gua study sekarang ni. Entah daripada mana tiba-tiba je gua lukis tangan. Nak buat apa dengan tangan jangan tanya gua.

tangan
drawing of hand sketch downgila anatomy
downgila azwan tangan hand drawn

Monday, November 11, 2013

Catatan Hari Ini II

lowyat plaza malaysia times square printer murah

Gua dah sampai Kolumpo tadi pukul 11.30 pagi. Naik bas pukul 9 dari Lepeh. Lepas tu gua terus shoot Lowyat sebab ada nak beli spare-part laptop sikit. Ceritanya semalam masa gua buat clean kipas dekat laptop, gua secara tak sengaja ter-vacuum sekali ada satu lock yang lock-kan wayar dalam laptop ni. Ah celaka nak cakap pun pepalih susah. Senang cerita bila tak ada bende tu, laptop gua tak boleh nak on.

Harini kat Lowyat orang ramai gila babi. Ada yang cari Samsung Galaxy, ada carik iPhone, ada yang carik laptop dan macam macam lagi. Gua je datang lowyat cari kedai Pakistan. Sebab kalau pergi kedai cine memang sah-sah kena tipu. Cuci kipas pun dia tibai sampai beratus apatah lagi kalau mintak beli mende 'rare' macam ni. Nak suruh melayu nanti katanya siap Rabu, Khamis minggu depan pun tak siap-siap. Last-last gua buat sendiri, spare part carik dengan Pakistan.

****

Lepas tu, gua pekena makan ikan bakar dekat Jalan Bellamy tu. Kedai peberet tak bukak harini. Gua makan kedai sebelah, Ikan pari dia tak sedap. Dah nak bakar baru nak celup dalam sambal buat apa? Tak meresap la rasa rempah tu dalam isi ikan. Patutnya kalau tengah hari ni nak bakar, pagi tadi lagi dah perap ikan tu dalam sambal tu. Barulah daging dia rasa jadi menaik. Payoh le...mende-mende remeh macam ni pun takkan nak tunggu gua jugak yang ajar? Ish ish ish.

medan ikan bakar jalan bellamy jalan bukit petaling downgila

Ceritanya mak gua ada bagi bekal sambal goreng jering dengan nasik. Gua melahap sampai tiga pinggan nasik lalu menjadi kenyang seperti nohorrom. Sampai bilik gua memang penat, tapi nak tidor tu tak boleh pulak. Perut kenyang sangat. Gua on laptop dan online dulu. Zaman moden dan materialistik ni kena cek emel selalu bader, mana tau ada satu dua order nak mintak gua design buat bisnes kad. Online punya online tengok-tengok dah asar. Takkan gua nak tidor selepas asar? Nanti makin bengap pulak gua. Jadi gua bersiap-siap untuk berjogging.

****

Disebabkan aktiviti gua dirumah yang aktif dengan makan dan tidor, gua bertindak bijak dengan berjogging secara perlahan-lahan. Makwe pun tak ramai lagi hari Ahad macam ni. Semua kat rumah lagi besok baru balik. Jadi gua mengambil keputusan untuk berjogging di Bukit Cinta, ingat harini nak buat 'hill-sprint'. Sampai separuh jalan gua jadi mengah macam lembu. Last last gua patah balik. Pepalih sungguh demeh. Baru berapa hari duduk rumah ni dah jadi macam ni, kalau sebulan? Silap-silap gua beralih ke scene Herbalife pulak nanti.

****

Sedar sedar je sekarang ni dah pukul 10.50 malam. Mata gua dah berair lantaran mengantuk lantas gua cuba baring dari tadi, golek ke kanan, ke kiri semua tak kena sebab cine sebelah bilik ni bising menjerit-jerit serupa monyet. Gua harap pihak kolej dapat pantau benda-benda macam ni. Jangan sampai remaja mula membuat rusuhan kaum sebagai tanda protes. Yang penting jangan sampai gua tidor bukak seluar pulak nanti.

Tuesday, November 05, 2013

Cuti Midsem

Besok gua start balik rumah untuk cuti mid-sem. Mula-mula gua malas juga balik. Tapi mak gua licik dengan menggunakan teknik jering untuk memancing gua balik.

"Cuti ni abang taknak balik ke? Jering banyak ni. Hari-hari mak goreng sambal jering"

Lu gila? Kalau letak kentaki sebelah sambal jering mak gua pun gua sauk sambal jering mak gua dulu. Hek eleh taknak makan jering sebab mulut busuk konon. Puih bajek-bajek omputehhh je aok neh.

Selamat bercuti.

Sunday, November 03, 2013

Cosway Zombie Run 2013

Gua baru balik ni. Penat pun tak habis lagi. Penat lari takdelah sangat. Dalam poster cakap 5 KM, tapi gua rasa gua lari tadi ada lah dalam 3 KM je. Penat gelak tengok Salak landing meniarap dalam selut masa nak lompat tak jugak. Entah apa yang penat gua tak tau, tapi gua penat. Memang seronok larian ni sebab gua join dengan kawan-kawan. Tapi, pengurusan dia serupa gampang. Antara pihak penganjur yang paling bodoh pernah gua jumpa selain Nike We Run KL 2012 tahun lepas. Kata start pukul 8 tapi 9.30 tak start-start lagi. Setan.

Gua sepatutnya lari slot 8 pagi. Masa nak register boleh pulak terjumpa kutu-kutu basketball Alam Shah. Gua juga dapat berjumpa pengawas paling hensem semasa gua tingkatan 2, saudara Kucai yang suka bergayut di pintu grill sambil menjerit "Form 2! Cepat clear!!!".  Lepas dah peluk peluk muah muah semua kita orang meneruskan haluan masing-masing. Masa dah habis larian gua tak nampak dah diorang semua. Terkorban dengan zombie muslimah kat 2nd checkpoint tu mungkin.

Cosway Zombie Run 2013 SAFEHOUSE Don't Stop Running Sekolah Alam Shah Old boys

Peluang bergambar bersama kutu-kutu Alam Shah tidak gua lepaskan. Ada senior gua, ada junior, ada yang gua tak pernah nampak. Mungkin masuk sekolah lepas gua habis dan sedang 'on the way' menjadi bodoh di PASUM. Dari kiri, Mahmud (bukan nama sebenar), Ahmad (bukan nama sebenar, 0408), Kucai (0004, Single dan kaya), Padeli (bukan nama sebenar, 0004), Radzi (0004, Single), Gua (0307), Jameel (bukan nama sebenar).

Selepas penat menunggu saje dan berpeluh terutama di bahagian ketiak untuk nak mendapatkan sijil dengan medal finisher, kita orang juga dapat bergambor bersama dua ekor zombie yang menjaga finishing line. Mungkin ni zombie yang tak lepas saringan masa nak pilih zombie yang laju. Tengok je tau 2 ekor ni lembap. Baju pun masuk dalam seluar apa cerita? Zombie kelas atasan lulusan Cambridge mungkin.

Cosway Zombie Run 2013 SAFEHOUSE Don't Stop Running

Event ni di-sponsor oleh Snickers, masa event tu, bader-bader yang jaga Snickers boleh main campak-campak je Snickers. Ada juga gua jumpa segerombolan makwe melayu yang berperangai tak senonoh bermain batu seremban guna Snickers. Jenis tak reti bersyukur.

Cosway Zombie Run 2013 SAFEHOUSE Don't Stop Running

Jadi sebagai konklusi, gua dapat medal, sijil yang tak dapat tangkap gambornye sebab tertinggal dalam kereta, dengan snickers banyak nak mampus. Siapa nak boleh la kontek gua melalui emel. (makwe diutamakan).

Friday, November 01, 2013

Tak Sihat

zombie run malaysia 2013 nadrah jaafar

Tadi masa solat Jumaat, hari panas betul. Bukan lagi tahap boleh buat bergurau. Terik sampai tak boleh nak bukak mata luas-luas. Mujurlah solat Jumaat ni laki saje. Kalau tidak, kan ke gua akan mengalami rugi? Lepas gua sampai bilik, tiba-tiba entah dari mana, berdentum guruh. Banyak kali pulak tu. Pergh, tengah-tengah panas boleh guruh banyak kali.

Petang pulak hujan lebat. Hari jadi sejuk. Cuaca yang asyik sekejap bertukar-tukar ni sangat lah gua tak gemar. Tapi nak buat macam mana. Macam la gua boleh order hari ni nak cuaca panas ke sejuk ke dekat Tuhan. Nak dijadikan cerita, gua selsema ni sejak semalam, macam sipi-sipi jugak lagi nak demam.

Ini berita tak baik ni. Gua harap selsema ni boleh la baik besok sebab Ahad ni gua ada Zombie Run bersama Ruhana, Salak, dan kawan-kawan Ruhana yang gua harapkan semuanya makwe. Apa gila semua larian gua asyik nak pandang muka Salak je? Boleh membara jugak hati.

Notakaki: Doakan gua baik besok weh, gua nak betul join Zombie Run ni, untung-untung dapat jumpa zombie muka macam Nadrah Jaafar.