Tak Sihat | downgila

Friday, November 01, 2013

Tak Sihat

zombie run malaysia 2013 nadrah jaafar

Tadi masa solat Jumaat, hari panas betul. Bukan lagi tahap boleh buat bergurau. Terik sampai tak boleh nak bukak mata luas-luas. Mujurlah solat Jumaat ni laki saje. Kalau tidak, kan ke gua akan mengalami rugi? Lepas gua sampai bilik, tiba-tiba entah dari mana, berdentum guruh. Banyak kali pulak tu. Pergh, tengah-tengah panas boleh guruh banyak kali.

Petang pulak hujan lebat. Hari jadi sejuk. Cuaca yang asyik sekejap bertukar-tukar ni sangat lah gua tak gemar. Tapi nak buat macam mana. Macam la gua boleh order hari ni nak cuaca panas ke sejuk ke dekat Tuhan. Nak dijadikan cerita, gua selsema ni sejak semalam, macam sipi-sipi jugak lagi nak demam.

Ini berita tak baik ni. Gua harap selsema ni boleh la baik besok sebab Ahad ni gua ada Zombie Run bersama Ruhana, Salak, dan kawan-kawan Ruhana yang gua harapkan semuanya makwe. Apa gila semua larian gua asyik nak pandang muka Salak je? Boleh membara jugak hati.

Notakaki: Doakan gua baik besok weh, gua nak betul join Zombie Run ni, untung-untung dapat jumpa zombie muka macam Nadrah Jaafar.

12 comments:

  1. get well soon bader .
    Zombie Run tu event apa pulak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro. Aku pun xpasti. Ni 1st time masuk. Macam kena habiskan lari sebelum nyawa kena rampas dgn zombie. Lebih kurang macam tu laa

      Delete
    2. Alamak .
      Malaysia dah ada zombie ke ?
      Marabahaya ni .

      Delete
  2. Patut la nak demam. Sebab tuhan tu xnak bagi ko lari dengan awek2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wehhhhh senntap gilaaaaaa hahahahahha

      Delete
    2. hahahah... direct punya komen XD

      Delete
    3. hahaha tu ah...sentap terok aku. ok aku solat maghrib dulu

      Delete
  3. apa benda zombie run ni wehh..brapa km kena lari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5km je pun. Tapi ni bukan standard larian biasa tu. Ni kau kena elak2 dari zombie. Aku rasa lari pun bukan atas jalan.

      Delete
  4. Aku ingat gambar yang ko tepek tu gamba orang tengah masak rendang. Bila aku letak cursor kat gamba, rupa dia dah jadi lain. Perghh!! serammm~

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...