Calon Suami Mithali | downgila

Sunday, November 24, 2013

Calon Suami Mithali

Harini gua semacam buang tebiat, biasanya kalau gua kemas bilik, gua tegang cadar sikit-sikit dengan susun buku atas meja je. Tapi hari ni entah jin baghdad mana masuk dalam badan gua, habis gua 'all-out' kemas bilik.

Taktik gua macam ni, mula-mula gua tutup kipas, panjat meja dan lap kipas. Lap kipas pulak ada dua level. Level mula mula gua lap dengan air sabun kasi bunuh semua bakteria degil yang melekat dekat bilah kipas. Lepas dah solid dan berkilat, gua teruskan dengan stage kedua, gua lap dengan surat khabar. Lap dengan surat khabar ni penting supaya bilah kipas sentiasa kering dan bila bukak kipas, habuk tak melekat balik sebab bilah kipas tu basah.

Lepas dah berpuas hati dengan hasil kipas, gua ke sapu sampah. Sebab gua taknak sapu dulu dari awal tadi adalah, gua malas nak sapu dua kali, sebab kalau lu orang tak tau lagi, bila lu lap kipas, habuk dia jatuh ke atas lantai hasil daripada tarikan kuasa graviti. Jadi bila gua sapu selepas lap kipas, kerja akan jadi sekali harung dan menjimatkan masa dan tidak nampak terlalu bodoh sapu lantai 2 kali.

mop lantai kolej kediaman kelima universiti malaya sukmum 2013

Seterusnya, gua cilok sabun lantai makcik cleaner dan gua bancuh dengan air. Bancuhan yang betul amatlah kritikal masa ni. Kita tak mahu bilik terlalu wangi ataupun tak wangi langsung. Kalau terlebih sabun, lantai akan menjadi terlalu licin dan bau sabun akan sangat kuat. Lebih air nanti tak wangi la bilik. Baik tak payah pakai sabun. Selepas gua dah bancuh, (Maaf, rahsia bancuhan sabun dan air gua tak mahu dedahkan disini atas sebab-sebab peribadi), gua mengerah keringat mengemop lantai. Habis segala ceruk bilik gua mop. Lepas tu pun gua mop pulak dengan air biasa untuk bilas air sabun tadi.

Selepas bilik dah wangi, sampai masa untuk keringkan lantai daripada air air basuhan lantai tadi. Untuk bahagian ni, gua guna entah apa nama mende alah tu. Dia macam wiper kereta tapi batang penyapu. Makcik makcik cleaner guna tu untuk keringkan lantai sebab bila sapu je air semua mengikut. Hah gua pakai mende alah tu lah. Lap air keluar dari bilik dan pasang balik kipas untuk mengeringkan lantai dengan lebih kering.

Selepas lebih kurang 40 minit membanting tulang, hasilnya, bilik gua wangi, lantai bersih, dan juga kipas bersih. Tapi masa gua hantar balik mop ke tandas tadi, gua nampak air basuhan lantai tu menitis seperti air terjun ke tingkat bawah. Habis basah baju-baju bader Palapes tingkat bawah tu. Hah itu je lah yang makin tak bersih. Kah kah kah, padan muka. Siapa suruh pemalas naik tangga nak duduk tingkat bawah-bawah je.

17 comments:

  1. Lu nak keje dekat mid tak? Ade opening untuk cleaner. kahkahakhakah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi gua habis belajor dulu. hahahaha

      Delete
  2. molek gak la sesekali jin baghdad tu rasuk lu kan..untung2 leh jadi menantu jin..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa untung jadi menantu jin? boleh terbang?

      Delete
    2. ko anggap je bapak jin tu tak letak hantaran ribu-ribu..dah kire untung la tu..hahaha..

      Delete
  3. aku nak cc ke mak sape ni wan?

    ReplyDelete
  4. berguna gak inspection hari ahad selama 4 tahun. aku tau, form 5 ko malas kemas bilik. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Form 5 dah ada form 2, buat apa nk kemas. korang la jugak mengajar kitorang dulu hahahahah

      Delete
  5. err adakah ini downgila blogger ohsem mber gua dedulu. peh sejak bila blog cenggini?
    cun. turun s.alam xcakap.


    btw cuci lantai pakai sabun tu babies licin. moga hg jumpa bini solehah na.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha baru je lagi. Aku selalu je g blog kau tp xleh komen

      Delete
  6. berapa lama lah jin baghdad tu nak masuk badan kau?? Haih..bertahun betul nak masuk. eheh~ eh lama tak panggil kau azaz!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah dib n dib. aku sedar akhirnya

      Delete
  7. gp gp gp gp ;-)

    ReplyDelete
  8. haha. rajin betul ye hang.

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...