downgila: September 2011

Friday, September 30, 2011

Habis Lupa Semua Formula



Gua nak yang baju kuning dekat minit 0:12 dengan yang baju hitam dekat minit 1:39. Boleh?

Thursday, September 29, 2011

Pengajaran : Jangan Tahan Berak


Pagi semalam macam biasa la kan. Rutin harian gua, ngeteh macam biasa. Tapi semalam gua memang tak tahu macam mana gua boleh sakit perut sangat pagi tu. Bangun pagi pagi sakit perut memang tak 'cool'. Tapi gua tahan lagi. Gua gagahkan diri bukak laptop, bukak twitter etc. Pastu gua terjumpa entri INI, ni pun antara blog peberet gua. Gua syok sangat baca sampai sanggup tahan gua punya berak.

Tapi dalam 3 minit je gua mampu bertahan. Masuk minit ke empat memang stuff gua dah mentolak tolak dinding bontot untuk keluar, gua pun bangun untuk ke tandas dengan secepat mungkin. Waktu waktu macam ni lah lu orang akan menyesal tak pergi berak awal awal tadi. Stuff sangat tak dapat ditahan lagi.

Tuesday, September 27, 2011

Air Panas Dari Langit


Biasanya hari hari gua akan catatkan kat blog ni apa highlight of the day dalam kehidupan seharian gua. Tapi hari ni gua rasa bersalah pulak nak tulis entry ni. Cerita dia start pagi tadi. Gua sekarang dah mula berjinak-jinak dengan karier meminum air panas. Macam air teh, air nescafe dan sewaktu dengannya.

Minum air panas baru nampak abang-abang. Budak kecik je minum air ais macam teh o ais, teh ais, horlick ais. Gua kan dah abang abang, kena ah minum air teh panas. Seperti hari hari biasa, pagi pagi, pukul 8 je gua akan terjaga dari tidur.

Monday, September 26, 2011

FRIGHT NIGHT MOVIE REVIEW


Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh
Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Bodoh Cerita Bodoh  Bodoh Gila Bodoh Nak Mampos Bodoh Lahanat Apasal Kau buat Cerita Ni Bodoh Kenapa Aku pergi Beli cerita Bodoh  ni!!

Tu je review yang gua mampu buat. Dah memang cerita ni bodoh. Sesiapa yang berhajat nak beli tak payah la membazir duit beli cerita ni. Gua pun tak tahu macam mana Collin Farrel boleh terima nak berlakon cerita Bodoh  ni. Yang best dalam cerita ni makwe main character dia hot je. Yang lain semua Bodoh.

Sunday, September 25, 2011

KECEMASAN


Banyak dah entri gua cakap pasal orang lain bangang, Telekom bangang, Rosmah bangang, Max 247 bangang. Apa kata sekali sekala kita cakap pasal kita yang bangang.

Gua minggu depan dah naik 21 tahun tapi gua baru tahu kalau kita ada emergency atau kecemasan bila guna henpon tak boleh miskol 999 dan mengharapkan 999 kol balik. Bila kol 999, tak naik pun emergency call

Kita kena kol 122.


112 SEBENARNYE~

Lu orang yang baca ni tau ke tak? haha. Ke sama je lembap macam gua?

Thursday, September 22, 2011

Besok Gua Start Kerja


Disebabkan duit gua mengalir macam hingus sem ni sebab INI, gua terpaksa mencari alternatif untuk menggantikan duit yang hilang. Bila gua survey member member, banyak idea yang diorang bagi. Tapi beberapa je yang boleh pakai. Antara alternatif yang gua pertimbangkan adalah

  1. Meragut
  2. Bermain gitar sambil bergoyang goyang badan didepan bukit bintang atau pasar seni. Nanti ada la orang bagi duit seringgit dua
  3. Merompak kedai mapley
  4. Kerja part time

Wednesday, September 21, 2011

Art Kenyang Tanpa Keluar Duit


Semalam besday senior gua, dia dah nak grad Sem ni, kitorang sebagai junior yang steady telah men-selebret besday beliau dekat McD. Gua dengan beberapa kutu 5th yang lain lepas habis meeting pasal interaksi senior junior terus gerak pergi McD. 

Gua dekat sini bukan nak cerita pasal apa jadi time sambutan besday tu. Sambutan besday kot. Takkan kitorang nak bogel bogel menari. Mestilah buat surprise, ada kek yang mantap, ada organizer yang sponsor kek mantap, ada lilin lilin, pastu nyanyi lagu hepi besday tu. Macam tu lah. Gua kat sini nak cerita pencapaian tertinggi gua didalam art mengepau makanan orang semalam.

Monday, September 19, 2011

Bini Baru Gua


Sejak akhir akhir ni ni memang gua busy gila baby punya. Campur pulak dengan open house yang tak stop stop. Memang murah rezeki. Terima kasih la gua ucapkan kepada yang mengajak gua pergi open house diorang. 3 Hari jugak gua tak jumpa dewan makan sebab makan kat open house.

Lepas tu kolej gua buat gila. 3 hari takda internet. Selamat 3 hari tu jugak gua dah pergi open house. Kalau tak memang mati kutu la gua duduk dekat bilik. main Call Of Duty yang 20 kali gua habis.

Wednesday, September 14, 2011

CUKAI / TAX 6% PREPAID DI-POSTPONED


Tadi gua tengah sedap tidur sebab tengah hujan tetiba Celcom hantar mesej dekat gua. Power gila gua celcom ada hantar dekat gua. Bunyiknye begini

"RM0. Dear Valued customer, please note that the implementation of 6% service tax on all prepaid reloads & starter packs has been deferred . Please visit www.celcom.com.my"

Tuesday, September 13, 2011

Apa Jadah Panggil Gua Adik?


Hari Ahad haritu gua balik la UM kan. Tahun ni gua kena duduk dekat Blok E, jauh dari member member gua yang duduk dekat blok sebelah. Ada la beberapa je jejaka kacak dan comel dan awet muda yang terpilih dapat duduk dekat Blok E ni. Kiranya blok E ni memang Eksklusif la.

Gua bukan cakap kosong beb. Lepas gua sampai, gua terus bergegas pergi pejabat nak register nama dah isi isi borang apa banyak nak mati dah tandatangan sana sini. Lepas tu gua terus la angkat barang barang gua naik tingkat 4. Sampai atas memang gua mengah. Kalau hari hari macam ni memang badan gua akhir tahun ni gua jadi Aaron Aziz ah. Taf gitu

Monday, September 12, 2011

Kenapa Gua Tak Suka HP Mahal 2


Sambungan dari sini

Bila mak gua miskol, ada lelaki angkat. Dengan harapan yang tinggi lelaki tu sedang memegang henpon gua, mak gua pun mintak pegangkan dulu, dengan salam ap apun xde

"Cik, kau cik tengah pegang henpon tu, tolong la jangan bawak lari henpon tu, pegang la sekejap, tu henpon anak saya", jelas mak gua

Saturday, September 10, 2011

KENAPA GUA TAK SUKA HP MAHAL


Dulu dulu, masa gua kecik kecik, cita cita tu nak jadi doktor, pastu nak ada kereta besar, maderfaker punya besar, rumah besar pastu dengan henpon mahal. Mahal sangat sampai orang pakai Iphone ke, Blackberry ke, CSL ke semua rasa rendah diri.

Tapi nafsu gua untuk membeli henpon baru terbantut sampai umur gua 18 tahun saja. Sekarang gua dah tak ada nafsu tengok Iphone 5 ke, Galaxy Tab ke sume jadah henpon mahal mahal. Gua setia dengan BB gua yang tahan lasak ni. Tapi ada sebab jugak kenapa tiba tiba nafsu gua nak beli henpon mahal mahal tu hilang.

Wednesday, September 07, 2011

ROMPAKAN DI KEDAI MAMAK



Wahai rakyat Malaysia tak payah la buat kerja desperate macam ni. Sesungguhnya gua lagi respek bader bader yang isi minyak dan makcik cleaner. At least dioragn carik kerja duit halal.

Tapi yang penting sila fast forward ke minit 0:23..mamat yang amik cash register tu terjatuh padan muka haha bodoh

Jadi, sebagai konklusi, jom sama2 amalkan ilmu kebal kiyai salleh batu pahat biar lahanat2 ni semua masuk dalam. waklu waklu!!!

Tuesday, September 06, 2011

BUKAN MENIRU NYE PUN -- MAX 24:7

Arrow tu tersalah pulak. Bontot arrow tu menunjukkan apa yang gua nak tunjuk.

Selak selak surat khabar hari ni tiba tiba...

Melihat kepada demam K-Pop ini, Aesar Mustaffa, penyanyi, penari, serta komposer, mengambil inisiatif untuk mengadakan uji bakat bagi mencari 10 jejaka yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang penghibur.

Dengan itu wujudlah Max 24:7, kumpulan yang mempertaruhkan konsep Malaysian Pop. Kemunculan mereka sedikit sebanyak mengambil inspirasi dari kumpulan muzik pop terkenal Korea, Super Junior.

Monday, September 05, 2011

PETI SEJUK ADALAH RAHMAT



Tadi sebelum tido, gua mengidam pulak nak minum teh 'o' suam suam satu. So gua pun pergi la amek itu satu uncang Lipton dan terus ke filter air gua, niat nak amek air panas. Tiba tiba, gua dengar aisbok (peti sejuk) dekat sebelah filter tu berbunyik semacam. Bunyik macam "voooorrrr" "vooorrrr" gitu.

Gua pelik ah, bila gua toleh, gua nampak yang peti ais tu tak tutup rapat. Hoih. Ni kes membazir letrik ni yang gua tak berapa selesa badan ni. Ye la. Kalau kita tak tutup aisbok lama, banyak letrik nak guna bagi sejuk balik aisbok tu. Gua pun cuba tutup, rupanya memang macam ada sangkut sangkut. Macam ada sesuatu yang menghalang aisbok tu dari ditutup rapat.

Saturday, September 03, 2011

APA YANG STUDENT BUAT MALAM EXAM


Gua rasa memang ni la pie-chart yang paling sesuai dengan kehidupan gua di UM sepanjang 4 semester yang lepas. Lu orang dekat mana ? Jangan cakap tak sama dan bajet bajet duduk dalam yang part warna hijau pulak bila malam exam. Nak kena lastik?

Thursday, September 01, 2011

HISAP ROKOK JENIS SEMBUR MERATA


Bila hari raya je, rumah gua mesti tak pernah kosong, mesti ada orang dari pagi sampai petang. Gua jenis bila ramai sangat orang ni gua jadi baran dah rimas. Lagi lagi bila ada kawan kawan abang gua atau kawan kawan ayah gua, yang datang rumah gua pastu jenis suka hisap rokok dalam rumah pastu jenis main sembur merata.