Bini Baru Gua | downgila

Monday, September 19, 2011

Bini Baru Gua


Sejak akhir akhir ni ni memang gua busy gila baby punya. Campur pulak dengan open house yang tak stop stop. Memang murah rezeki. Terima kasih la gua ucapkan kepada yang mengajak gua pergi open house diorang. 3 Hari jugak gua tak jumpa dewan makan sebab makan kat open house.

Lepas tu kolej gua buat gila. 3 hari takda internet. Selamat 3 hari tu jugak gua dah pergi open house. Kalau tak memang mati kutu la gua duduk dekat bilik. main Call Of Duty yang 20 kali gua habis.
Hari Sabtu haritu jugak, gua dengan rasa sedikit serba salah telah mengahwini sebijik gitar yang gua beli dekat Sungei Wang. Duit gua kumpul lama dah. Nak pakai duit biasiswa rasa bersalah dekat rakyat Malaysia yang bayar tax, gua pun kumpul la duit sendiri.

Duit ni gua dapat dari

  • Duit raya
  • Blog Cracksevens sikit sikit
  • Format dan repair laptop
  • Duit perlindungan budak budak kolej gua sebab kolej ni kan gua paling senior. So diorang kena bayar ah bulan bulan duit perlindungan
Lepas kumpul kumpul dapat la gua angkat satu Ibanez V70-CE. Ni antara gambar yang sempat gua tunjuk.


        Built-in tuner kat atas

Gua beli gitar ni harga RM 7000 sekali dengan Bag, Tuner, Pick Ernie Ball, & Strings baru Dunlop, macam berbaloi la jugak. Sebab Strings dunlop tu saja harga dah RM 220. 

Setakat ni gua berpuas hati dengan kualiti bunyik dia, semua mantap. Cuma yang gua kurang puas hati sikit. gap strings dia dengan fretboard agak tinggi. Lepas gua antar kedai alter sikit dia punya rod dekat dalam tu, baru sedap. Strings yang dia bagi pun sampah. Kena tukar baru. Tapi takpa la sebab gua dapat strings sekali dalam set gitar tu.

So kepada adik adik yang minat gitar cuba la kumpul duit sendiri beli gitar. Feeling dia lepas bertahun tunggu dan berpuluh2 laptop gua format adalah sangat sangat bidadari. Memang puas. Tak sama dengan kau mintak kat mak bapak. Rasa sayang dia lebih sikit kalau lu orang beli sendiri. Apa kelas jadik anak laki tapi barang semua mintak mak bapak? Tak steady langsung

Gua ada banyak benda nak cerita tapi nak turun interaksi senior-junior kolej. Nanti ada masa gua tulis lagi. 

Gerak Dulu

Notakaki : Semua kiraan dan harga didalam post ini adalah didalam gandaan sepuluh. Pandai pandai kira harga asal


23 comments:

  1. haha..cantik,,nak pegang boleh?

    ReplyDelete
  2. kau buat aku terkesima tgk harga tali kaw 220. terkena aku.

    ReplyDelete
  3. bagus bagus, gua tabik lu bro kumpul duit sendiri nak beli gitar ni.

    *eh jap apasal laha aku cakap mcm ni.=.=

    All the best. nnt boleh laa ajar sy main gitar. hehe ;D

    ReplyDelete
  4. berapa bijik anak dah kau berjaya hasilkan ?

    ReplyDelete
  5. wahhh!!! akhirnye dpt gak gitar yg dihajati..congrats ye..nnt bleh r akak dgr skill awk main gitar 2 sdp ke x..huhu :P

    ReplyDelete
  6. @Ahmad Uzair Pegang boleh, main x boleh. ahhahaha

    ReplyDelete
  7. @fiqofreak Haha. gitar aku 7000 kau x terkesima pulak?

    ReplyDelete
  8. @Farida Amira Ajar men piano dulu. amacam. haha. barter ah

    ReplyDelete
  9. @S41KEN20 Haha. pinjam boleh. dtg UM. bawak gitar wan sekali

    ReplyDelete
  10. @ekabukanmakcikkau. Stakat ni blom ada lg. baru dua hari lepas kot kawen. apa nak laju2

    ReplyDelete
  11. apajadah 7k?? strings 200?? schecter syn kalah sial . hahahahaha

    ReplyDelete
  12. Hahah. ni ibanez gp kot

    ReplyDelete
  13. woa~ sexy dowh bini lu.. huhu.. 7k? mak ai.. gandaan seploh? owh.. ok.. haha.. xD

    ReplyDelete
  14. sg wang rm 7000 ? mcm tipu je.. :P neway kumpul duit dri duit perlindungan kolej junior? mcm buli je.. XD

    ReplyDelete
  15. @kierra - baca la notakaki tu. hahahaha

    ReplyDelete
  16. mainkan lagu cromok-another you sekali tengok.

    ReplyDelete
  17. lps nie ble request lgu kat gp bwt vlogging .. :)

    ReplyDelete
  18. Babi aku mati mati ingat 7000

    ReplyDelete
  19. @Anonymous Haha Another You dah khatam time form 4 dah

    ReplyDelete
  20. @govin78 Selamat kau baca sampai abes. Adik aku nampak 7000 tros gtaw mak aku. Mak aku sampai call tanya betul ke x

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...