Pengajaran : Jangan Tahan Berak | downgila

Thursday, September 29, 2011

Pengajaran : Jangan Tahan Berak


Pagi semalam macam biasa la kan. Rutin harian gua, ngeteh macam biasa. Tapi semalam gua memang tak tahu macam mana gua boleh sakit perut sangat pagi tu. Bangun pagi pagi sakit perut memang tak 'cool'. Tapi gua tahan lagi. Gua gagahkan diri bukak laptop, bukak twitter etc. Pastu gua terjumpa entri INI, ni pun antara blog peberet gua. Gua syok sangat baca sampai sanggup tahan gua punya berak.

Tapi dalam 3 minit je gua mampu bertahan. Masuk minit ke empat memang stuff gua dah mentolak tolak dinding bontot untuk keluar, gua pun bangun untuk ke tandas dengan secepat mungkin. Waktu waktu macam ni lah lu orang akan menyesal tak pergi berak awal awal tadi. Stuff sangat tak dapat ditahan lagi.

Gua berdiri je terus rasa nak terkeluar dah. Gua panik. Bilik gua dekat hujung aras. Jauh dari tandas. Gua tolak pintu. Pintu masih berkunci. Ahhh jahanam betul kunci ni kenapa susah sangat nak bukak. Masa tu gua dah berdiri separuh. Memang tahap king punya tahan. kalau gua berdiri sure terkeluar. Gua jalan slow slow tapi dengan kadar yang agak laju ke tandas. Sampai di depan tandas...Penyesalan gua semakin menebal.

Elok gua nak masuk, pakcik cleaner tu tengok gua, buat muka Pokerface dan tutup pintu. Dia cakap dia tengah bersihkan tandas. Pergi tandas bawah.

Celaka.

Masa tu gua rasa nak terjah je dekat dalam tandas tu. Tapi disebabkan gua hormat warga emas, gua batalkan niat. Stuff gua memang dah dekat hujung hujung jalan dah. Gila babi punya kritikal. ( Usha gambar untuk gambaran yang lebih jelas ).


Gua terpaksa membuat keputusan last minit, Kalau gua bangun dan berlari. Memang pasti stuff gua akan terkeluar sikit. Kalau gua jalan slow-slow, silap haribulan terkeluar semua. Gua pilih yang pertama. Gua bangun, dengan sikit musik patriotik "Jika kau fikirkan kau boleh (GO SINI)" bergema di telinga gua, gua bangun dan berlari ketandas bawah. Tak ada pandang belakang dah.

Gua dapat rasa stuff gua ada terkeluar sikit. Bila gua masuk tandas, gua buang stuff gua sehabis baik. Lepas dah lega dan flush, gua cek seluar gua dekat bahagian bontot. Tak ada kesan stuff.

Alhamdulillah.

Gua pakai balik seluar, balik bilik, sambung baca apa yang gua tinggal tadi.

Notakaki : Lu orang tak payah nak geli sangat. Macam la lu orang tak pernah terkeluar sikit stuff masa tahan berak. 

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...