HISAP ROKOK JENIS SEMBUR MERATA | downgila

Thursday, September 01, 2011

HISAP ROKOK JENIS SEMBUR MERATA


Bila hari raya je, rumah gua mesti tak pernah kosong, mesti ada orang dari pagi sampai petang. Gua jenis bila ramai sangat orang ni gua jadi baran dah rimas. Lagi lagi bila ada kawan kawan abang gua atau kawan kawan ayah gua, yang datang rumah gua pastu jenis suka hisap rokok dalam rumah pastu jenis main sembur merata.

Dia tak tahu ke gua baru je sembur Ambi-Pur pewangi Green Tea nak bagi rumah gua bau mengancam macam dekat  genting? Yang gua tak suka dia jenis suka bila ada budak kecik, macam anak sedara gua, dia nak jugak sembur. Macam setan. Budak kecik mana boleh terdedah sangat dengan asap rokok. Nanti besar besar jadi bodoh. Juga boleh mendatangkan banyak lagi kesan buruk kat budak budak tu. Go SINI

Gua tak kesah pun nak hisap rokok. Tapi tak payah ah nak sembur merata, bukan rumah kau pun.

Bader bader jenis macam ni biasanya jenis berlagak dan besar kepala. Kalau dalam grup PLKN, dia saje yang betul. Orang lain salah. Suka arah arah orang. Kalau lu orang naik motor dengan bader bader macam ni memang bahaya. Tak ada langsung nak ingat ingat orang tersayang. Tahu nak laju saja. Rasa hormat kat orang tak ada. Pentingkan diri sendiri dan tak ada nak fikir depan dia ada mat-mat yang tak hisap rokok ke, mat-mat SXE ke, atau perempuan mengandung dan anak saudara gua yang comel. Elok sound je...

modern warfare 2, battlefield 3 beta, call of duty modern warfare 3, mw2, call of duty , modern warfare 3, mat sabu, merdeka, balai polis

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...