Art Kenyang Tanpa Keluar Duit | downgila

Wednesday, September 21, 2011

Art Kenyang Tanpa Keluar Duit


Semalam besday senior gua, dia dah nak grad Sem ni, kitorang sebagai junior yang steady telah men-selebret besday beliau dekat McD. Gua dengan beberapa kutu 5th yang lain lepas habis meeting pasal interaksi senior junior terus gerak pergi McD. 

Gua dekat sini bukan nak cerita pasal apa jadi time sambutan besday tu. Sambutan besday kot. Takkan kitorang nak bogel bogel menari. Mestilah buat surprise, ada kek yang mantap, ada organizer yang sponsor kek mantap, ada lilin lilin, pastu nyanyi lagu hepi besday tu. Macam tu lah. Gua kat sini nak cerita pencapaian tertinggi gua didalam art mengepau makanan orang semalam.

Gua belajar art ni dekat sekolah. Sorang member gua yang bernama Faris Rashid atau nama sebenar dia Faris Rashid jugak yang ajar gua. Dia ni kira memang 'pro' gila dalam kaedah kaedah nak kenyang tanpa keluar duit. Bila kita tanya. 

"Faris. power betul kau pau orang kan. Kengkadang orang tu tak sedar pun dia kena pau"

Dia akan jawab

"Nak hidup bro....", hahaha. macam haram.

Bahan bahan yang diperlukan untuk menjayakan art ini adalah

  1. Muka yang steady, Muka tak boleh buat lapar sangat. Nanti orang akan saspek yang kita memang lapar dan datang untuk pau semata mata.
  2. Tempat yang sesuai, sesuai tu macam kalau ada ramai orang, baru boleh start. Contoh contoh tempat yang biasanya akan dipenuhi dengan pengepau ni adalah Kantin sekolah, Kafe di Fakulti dan sambutan besday, Bila ramai ramai, orang akan kurang perasan dengan aktiviti pau yang kita sedang lakukan
  3. Keberanian yang true. Penakut dan pemalu tak boleh berjaya dalam art ni
Gua dan sarawak. Gua pun tak tau apa masalah gua sekarang bila tangkap gambar muka nak ketat je.

Okeh. Ni apa yang gua buat semalam, gua datang buat muka tak lapar. Bila member tanya

"gp, kau tak de beli pape ke?"

Gua steady je jawab

"ohh. aku dah kenyang, Tak apa lah", so disitu, gua dah dapat kurangkan rasa curiga member member gua

Bila besday boy sampai, semua orang akan nyanyi nyanyi. Masa tu, gua caduk dulu sikit sikit fries. Muka kena buat macam steady, Yang penting jangan gabra.

Bila semua orang dah duduk, ni la klimaks dia. Lu kena target mana tempat yang paling banyak makanan. Semalam gua memang dekat tengah tengah, So, semua makanan memang menghala dekat gua. Bila ada orang offer burger ke apa, gua buat stone je. Kira macam nak cakap yang gua taknak la. Bila dia dah agak agak nak habis, baru gua mintak

"Bro, sikit burger?", ayat kena simple

Lepas tu, member lu orang MESTI cakap macam ni

"Nah, ambik je lah semua. Aku dah kenyang. Dah nak offline ni"

Masa tu lu orang jangan banyak bunyik, cepat cepat sambar dan habiskan. Lepas dah habis, masuk langkah seterusnya

Carik member member yang muka macam dah tak larat nak makan. Maybe sebab pedas, kenyang atau tak ada mud (period, teringat mak etc) lu orang buat buat berborak. Pastu diorang mesti akan offer apa apa. Jangan memilih, Sauk sahaja.

Setelah gua praktis kaedah ni dari sekolah. Semalam la habuan gua paling banyak.

Burger nak dekat 3 bijik. Sundae, fries nak dalam 2 bekas, Mcflurry oreo, Mcflurry strawberry, Ayam goreng pedas McD seketul. Kek awesome 3 slices. Air entah berapa cawan.

Yang penting gua tak keluar sesen pun.

Terima kasih kawan kawan 5th, Umi, pika yg organize, Kutu kutu 5th, Aloi, Afif, Shuk, Salak, Popo dan ramai lagi. Lain kali buat la besday kat McD lagi. hahaha

Biar nampak kesian dan saving, Yang penting kenyang.

Gerak dulu

Notakaki : Epi besday Syahmi senior tercinta

4 comments:

  1. WIN ART ! aku pro jutsu ni !

    ReplyDelete
  2. second.. nice thief dude.. :P

    ReplyDelete
  3. pergh! dah tahap pro kot.. huhu~ memang art laa.. haha..

    ReplyDelete
  4. haha..pasni kantoila ko..sumpah!

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...