KENAPA GUA TAK SUKA HP MAHAL | downgila

Saturday, September 10, 2011

KENAPA GUA TAK SUKA HP MAHAL


Dulu dulu, masa gua kecik kecik, cita cita tu nak jadi doktor, pastu nak ada kereta besar, maderfaker punya besar, rumah besar pastu dengan henpon mahal. Mahal sangat sampai orang pakai Iphone ke, Blackberry ke, CSL ke semua rasa rendah diri.

Tapi nafsu gua untuk membeli henpon baru terbantut sampai umur gua 18 tahun saja. Sekarang gua dah tak ada nafsu tengok Iphone 5 ke, Galaxy Tab ke sume jadah henpon mahal mahal. Gua setia dengan BB gua yang tahan lasak ni. Tapi ada sebab jugak kenapa tiba tiba nafsu gua nak beli henpon mahal mahal tu hilang.

Masa tu tahun 2008, henpon gua time tu boleh la dikategorikan sebagai 'power'. Masa tu gua beli RM700. Tu pun dapat murah sebab gua dengan 2 org lagi kawan gua beli 3 sekali. Dapat ah diskaun price RM20. Sony Ericsson W910i.

Antara yang menyebabkan ramai orang jeles dengan gua sebab pkai henpon ni adalah bila gua tengah dengar lagu, gua tak payah tekan button next untuk ke lagu seterusnya, gua shake shake je. Gila hebat dan 'cool'. semua orang tengok muka jadik masam nak satu henpon macam gua sebab henpon gua je ada shake shake.

Tapi nak dijadikan cerita, jodoh gua dengan henpon gua tak lama, sebab hepon gua kena gelek baik punya dengan kereta bapak gua sendiri, habis lunyai. Masa tu gua baru abes Asasi. Haritu gua balik, bapak gua datang amek. Masa dalam kereta, gua sedang asyik layan lagu I'm Yours yang tengah hit time tu. Sampai tertido gua. Masa tido ni gua tak boleh ah nak ulas apa apa.

Sedar sedar gua dah dekat Petronas, bapak gua stop kejap. Petronas tu dekat highway Pantai Timur tu, gua nak keluar jugak pergi pekena waffle kat situ. Orang cakap waffle kat situ padu. Gua nak keluar sekejap pastu gua terus letak hp dekat lubang yang bila lu nak tutup pintu tu, lu kena pegang lubang tu. apa jadah nama dia pun gua tak tahu. Tapi lubang tu muat muat la henpon gua.

Hah siapa tahu apa nama lubang tu?

Bila gua dah siap melahap 3 waffle butter+kaya, gua masuk balik kereta, tak tahu macam mana henpon gua boleh jatuh dari lubang tu. Gila misteri nusantara. Lepas tu, bapak gua reverse. Rasa la jugak macam ada tergelek sesuatu tapi tak rasa sangat sebab bapak gua bawak Hilux. Tak tahu Hilux? Go SINI.

Lepas tu kitorang pun bergerak meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis, dalam 2 minit gerak, gua tetiba nak pekena lagu Sum 41 sekali, capai capai henpon gua tengok tengok dah takde. Babi gua cemas nak mati time tu. Gua tengok henpon gua dah tak ada dalam lubang tu.

Gua dah saspek mesti jatuh time dekat Petronas tadi. Nak U-turn tak ada uturn pulak dekat highway tu. Gua dah tak senang duduk. Terus gua suruh mak gua miskol HP gua satu kali.

"Truuuttt Trutttt", Henpon masih berbunyik truutt2 menunjukkan yang henpon gua masih bernyawa dan masih sempat diselamatkan.

Tiba tiba..

"Hello?", ada seorang lelaki angkat telefon tu........

Bersambung Sini.....


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...