PETI SEJUK ADALAH RAHMAT | downgila

Monday, September 05, 2011

PETI SEJUK ADALAH RAHMAT



Tadi sebelum tido, gua mengidam pulak nak minum teh 'o' suam suam satu. So gua pun pergi la amek itu satu uncang Lipton dan terus ke filter air gua, niat nak amek air panas. Tiba tiba, gua dengar aisbok (peti sejuk) dekat sebelah filter tu berbunyik semacam. Bunyik macam "voooorrrr" "vooorrrr" gitu.

Gua pelik ah, bila gua toleh, gua nampak yang peti ais tu tak tutup rapat. Hoih. Ni kes membazir letrik ni yang gua tak berapa selesa badan ni. Ye la. Kalau kita tak tutup aisbok lama, banyak letrik nak guna bagi sejuk balik aisbok tu. Gua pun cuba tutup, rupanya memang macam ada sangkut sangkut. Macam ada sesuatu yang menghalang aisbok tu dari ditutup rapat.

Bila gua bukak, gua nampak tempat isi sayur tu tak habis ditolak kedalam so pintu aisbok tak boleh tutup rapat, bila gua dah tolak kedalam, boleh ah tutup aisbok. Gua terus terfikir. Style tak reti bersyukur ada aisbok la ni jadi sambil lewa tutup tak rapat. Zaman gua kecik kecik dulu, rumah nenek gua mana ada aisbok. Simpan barang macam ayam, ikan, sayur yang beli kat pekan sari semua kat rumah orang.  Macam pinjam aisbok secara tak langsung jugak ah.

Masa gua balik raya kat Lipis dulu waktu gua 8 tahun, time tu gua duduk Johor lagi, gua ada terperasan arwah nenek gua suruh mak gua amek ayam kat rumah jiran sebab nak buat rendang. Gua pelik ah, apasai tak simpan kat rumah sendiri. Rupanya rumah nenek gua tak kenal lagi apa tu aisbok sendiri. Apatah lagi "Peti ais" dan "Refrigerator"

"Ne..aok pergi rumoh Selamah nun pergi amek ayam, keh nak masok rendang ni..", nenek gua memberi arahan kepada mak gua

Mak gua pun berjalan la ke rumah Makcik Selamah yang letaknya 100 m jugak ah dari rumah nenek gua sebab nak amek ayam yg ditumpangkan je. Seksa jugak la bila gua pikir. Tapi nenek gua rilek je selama ni tak ada aisbok. Zaman dia anak dara dulu sure2 la Selamah tu pun tak ada aisbok. Selamah tu pun tak lahir lagi sebab dia baya baya mak gua jugak. Respek gua dekat orang zaman dulu.

Lu orang berapa lama la sangat boleh survive tak ada aisbok? Manja sangat lu orang ni

Apa yang gua nak bagitau kat sini, walaupun nenek gua pinjam aisbok orang je, rendang dia tetap padu. So, arwah nenek gua ni memang hero. 

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...