Kenapa Gua Tak Suka HP Mahal 2 | downgila

Monday, September 12, 2011

Kenapa Gua Tak Suka HP Mahal 2


Sambungan dari sini

Bila mak gua miskol, ada lelaki angkat. Dengan harapan yang tinggi lelaki tu sedang memegang henpon gua, mak gua pun mintak pegangkan dulu, dengan salam ap apun xde

"Cik, kau cik tengah pegang henpon tu, tolong la jangan bawak lari henpon tu, pegang la sekejap, tu henpon anak saya", jelas mak gua

Gua pun menunggu penuh sabar dan suspens, kaki rasa nak terajang semua menda kat dalam kereta, nasib baik takda apa yang nak diterajang. Yang ada adik gua dengan ayah gua. Memang tempah neraka la nak terajang ayah.

Sekali mak gua senyum senyum tersengih. Gua pelik suda

"Apasal mak? Orang tu nak tolong pegangkan?", gua bertanya dengan sangat eksited

"Tak lah, tadi tu angah. Mak tersilap tepon. Angah dah pelik dah tepon tepon dia merayu tolong pegang henpon"

Bugima.

Mak gua salah nombor. Yang mak gua halo halo tadi adalah abang gua. Gua terus putus harapan. Memang henpon gua dah arwah la rasanya. TAPI, mak gua semangat dia waja sikit. Dia tetap miskol nombor gua. Dan yang seronoknya, henpon gua masih berbunyik trut trut

Dah jalan lebih kurang 2 km, jumpa la satu U-turn. Celaka betul susah gila nak carik U turn. Gua rasa kerajaan patut ambil berat isu ni. Pihak pemaju tol pun sama. Banyakkan la u turn kalau dekat highway tu, kan dah susah kalau ada hal emergency macam ni. Kalau patut buat seminar ke apa kita buat.

Bapak gua terus memecut sampai 140 km/h, dengan kadar kelajuan yang marabahaya, gua sampai ke Stesen Petronas tadi. Sepanjang perjalanan tu gua miskol henpon gua. Memang berbunyik lagi. Sampai depan petronas gua berlari pecut kot.

Tapi tiba tiba gua nampak ada kereta proton modified mana entah masuk parking yang sama dengan bapak gua tadi. Sejurus lepas tu henpon gua hilang signal. Terus tak ada truut truut lagi. Okeh. dah nak masuk part dramatik

Gua jadi kaku. Gua berdiri tegak memandang driver wira modified tu keluar dari kereta sambil membukak spek. Tangan gua masih lagi memegang henpon bapak gua ditelinga. Tiada lagi truut truut bergema ditelinga gua.

Gua berjalan slow slow kearah wira modified, dan dibawah tayar belakang belah kanan, gua nampak cover henpon gua pecah. gua angkat henpon gua slow slow, bila gua nak slide, dah tak boleh, memang padat kena gelek. Dua kali la jahanam betul punya wira apasal masuk parking tu jugak banyak lagi parking kosong.

Kalau dia tak datang, henpon gua masih selamat
Kalau la bapak gua bawak 160km/h, henpon gua masih selamat.
Kalau la gua tak turun mengada ngada nak waffle, henpon gua masih selamat
Kalau gua terperasan awal 5 minit henpon gua hilang, henpon gua masih selamat

Gua terus berlalu pergi membawa henpon gua yang syahid. Gua lintas itu highway dan meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lipis. Gua tak bersuara pun sepanjang perjalanan balik. Perjalanan pun jadi macam tak seronok mengenangkan RM 700 gua melayang macam tu je. Henpon baru guna 3 bulan.

Balik rumah gua masuk bilik dan terus gua capai gitar gua. Tuning kasi Drop D. Kasi nampak dia punya frust.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...