downgila: January 2016

Friday, January 22, 2016

Melihat Negeri Orang

weird food bizarre food Vietnam dog

Besok gua akan fly ke Vietnam sampai Isnin. Boleh tahan nerves bila lu orang google scene makanan kat Vietnam ni. Segala jenis ular, ulat raja, lipas, biawak goreng semua ada. Anjing pun silap-silap boleh jadi goreng kunyit. Gua kesian ke anjing dekat Vietnam sebab hidup pun mesti kena fikir-fikir bila masa nak keluar taknak terserempak dengan manusia.

Oleh itu, sekarang gua tengah buat kira-kira berapa banyak megi cup gua kena bawak untuk ke Vietnam selama 4 hari ni. Sambil-sambil tu gua dah boleh la stop tengok gambar makanan Vietnam ni untuk mengelakkan terjeluak.

Saturday, January 16, 2016

Pahang Dan Kesesakan Lalu Lintas

lebuhraya pantai timur downgila sesak shukri azriy hafeiz saidin

Gua sungguh tak paham. Lebuhraya Pantai Timur sekarang dah meng-apply sistem Touch N Go. Dah tak boleh bayor pakai duit syiling lagi. Punya la leceh. Tak ke menyusahkan orang kampung yang kadang-kadang cuma nak ke KL setahun sekali. Dah tu nak guna Touch N Go kat mana? Lipis mana ada tol.

Yang lagi pelik, jalan kat tol tu jem seperti anjing juga. Ingat lepas dah pakai touch N Go dah tak jem le. Last-last sama je juga jem. Taktik nak kutip duit lebih je sebenarnya Touch N Go ni.

Jadi, gua dah buat kira-kira semalam. Kereta yang balik Bentong ada lebih kurang 847 biji. Yang balik Raub ada lebih kurang 1280 biji. Kereta balik Lipis ada dalam 1338 biji termasuk bas gua.

Masalahnya sekarang apa pasal highway Karak semalam dekat 18 juta kereta lalu sampai gua terpaksa memandu 12km/j selama 3 jam? Siapa nak jawab ni? Lelaki Taiping? Popo?

Macam mana pun nasib baik pengetahuan jalan shortcut gua penuh di dada. Gua ingat nak jual peta jalan shortcut kat warga Kelantan raya tahun depan. RM12 ribu sekeping.

Thursday, January 14, 2016

Balik Awal

Semalam CEO gua mengamuk sebab ramai yang balik awal masa dia tengah berucap. Gila babi semua jadi tak tentu arah kahkahkah tau takut. Dah macam masa peperiksaan akhir. Semua orang nak tiru jawapan kawan kenapa balik awal.

Masa gua periksa dulu pun sama jugak. Cuma ramai kawan gua budak UM tak pernah nak kasi jawapan kalau gua tanya masa periksa. Jenis mencari keberkatan Tuhan.

Yang kelakarnya, gua masuk periksa kertas Applied Hydraulics, ada tiga kertas graf atas meja. Start je periksa semua orang berkira-kira ke pembaris dan membuat graf. Eh apa pukimak kebodohan gua terserlah apabila gua tak tau soalan mana yang nak kena pakai kertas graf. Kah kah kah.

Akhirnya gua buat buat senyum sikit ke Dr. Faridah lepas tu keluar awal. Padan muka pensyarah tu.

Gua dapat F.