Pahang Dan Kesesakan Lalu Lintas | downgila

Saturday, January 16, 2016

Pahang Dan Kesesakan Lalu Lintas

lebuhraya pantai timur downgila sesak shukri azriy hafeiz saidin

Gua sungguh tak paham. Lebuhraya Pantai Timur sekarang dah meng-apply sistem Touch N Go. Dah tak boleh bayor pakai duit syiling lagi. Punya la leceh. Tak ke menyusahkan orang kampung yang kadang-kadang cuma nak ke KL setahun sekali. Dah tu nak guna Touch N Go kat mana? Lipis mana ada tol.

Yang lagi pelik, jalan kat tol tu jem seperti anjing juga. Ingat lepas dah pakai touch N Go dah tak jem le. Last-last sama je juga jem. Taktik nak kutip duit lebih je sebenarnya Touch N Go ni.

Jadi, gua dah buat kira-kira semalam. Kereta yang balik Bentong ada lebih kurang 847 biji. Yang balik Raub ada lebih kurang 1280 biji. Kereta balik Lipis ada dalam 1338 biji termasuk bas gua.

Masalahnya sekarang apa pasal highway Karak semalam dekat 18 juta kereta lalu sampai gua terpaksa memandu 12km/j selama 3 jam? Siapa nak jawab ni? Lelaki Taiping? Popo?

Macam mana pun nasib baik pengetahuan jalan shortcut gua penuh di dada. Gua ingat nak jual peta jalan shortcut kat warga Kelantan raya tahun depan. RM12 ribu sekeping.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...