downgila: 2014

Tuesday, December 09, 2014

Makan Best Di Kuala Lipis

student power poster occupy kuala lipis

"Kat Lipis ni kat mana tempat makan best?" tanya satu kutu yang baru pertama kali tiba di Kuala Lipis sambil kepala tak duduk diam pandang ke luar tingkap kereta.

"Kentaki Fried Chicken..." jawab gua.

"Kentaki tu kat Kolumpo pun ada! Maksud gua makanan orang sini laa. Lu orang Lipis takkan tak tau?" balas kutu tu semula tak puas hati.

Gua diam. Fikiran gua melayang teringat perjalanan hidup gua dari darjah tiga sampai ke darjah enam. Dari tingkatan 1 sekolah asrama sampai ke tingkatan 5. Dari semester 1 belajar repair laptop sampai ke semester 10. Dari kerja berlari di Kolumpo sampai ke kerja dengan bangla dekat site. Dari perut gua size 28 ke size 31.

Sesungguhnya setiap kali gua balik Lipis, gua makan nasik dekat rumah.

Friday, November 28, 2014

Pengalaman Gua Menonton Silap Mata

magnet

"Kau nak nengok mejik tak?" tanya abang gua baju sekolah tak tanggal kepala ingat nak main. Masa tu gua sama abang gua tak reti lagi cakap Kuala Lipis. Kita orang cakap Johor lagi sebab baru pindah dari Kluang.

Serta merta gua panik. Tak mungkin abang gua ada belajar subjek magis di Sekolah Padang Tengku. Gua yang baru saja sarung but getah Popeye 'rare' tinggi atas buku lali terus tangguh projek main gua petang tu dan setuju nak tengok abang gua punya magis. Lagipun show abang gua free. Tapi sebenarnya kalau gua cakap tak nak tengok pun, mesti kena tengok juga. Macam laa gua tak tahu.

Abang gua ajak gua pergi ke meja rotan di ruang tamu. Permukaan meja tu sekeping cermin. Gua duduk bersila tepi meja. Abang gua bawa keluar seketul benda hitam macam batu lalu meletakkannya diatas meja. Dada gua jadi berdebor masa tu.

"Jangan jangan inilah yang digelar geliga sakti!!" detik hati gua bila terpandang batu hitam milik abang gua.

Abang gua tenang letak tangan bawah meja balik cermin. Betul-betul bawah batu hitam tu. Kemudian dia suruh gua tengok batu hitam atas meja cermin tu betul-betul. Gua dengar cakap dan fokus tengok batu tu betul-betul.

Tanpa disangka-sangka, tiba-tiba batu atas cermin meja tu bergerak-gerak. Batu tu macam follow tangan abang gua pula. Bila tangan abang gua ke kiri, batu tu pun ke kiri. Bila tangan abang gua ke kanan, batu tu ke kanan juga. Tak sekali pun batu tu degil.

"Mejik, mejik..." kata gua sambil angguk angguk kepala.

Abang gua senyum nipis.

Lepas show tu, gua terus bertekad untuk belajar di Sekolah Kebangsaan Relong dengan bersungguh sungguh dan masuk MRSM Kuala Lipis.

***

"Ada lagi tak batu tu? Nak la satuuu..." ejas gua sambil terkial-kial sarung but getah 'rare' gua semula.

Wednesday, November 19, 2014

Raja Melayu

raja melayu malay royals

Sekarang ni banyak betul kes kena tahan sebab hina raja la hina itu hina ini.Yang best semua duk hina pakai Pesbuk je. Tak payah jumpa raja pun boleh hina raja. Kalau macam orang dulu-dulu, nak hina raja kena jumpa raja, tunggu raja keluar istana baru boleh maki. Tu pun lepas tu sure kena bedal dengan melayu lain.

Gua rasa ada satu cara yang boleh kasi raja raja melayu ni betul-betul jadi 'king'..." kata gua kepada Abg Jo.

"Cara ni bukan saja dapat meningkatkan kuasa raja-raja, malah boleh membasmi gejala sosial, meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan negara..." sambung gua serius.

"Malah pendekatan yang gua fikir ni ada ciri-ciri islamik... Eh arabik." sambung gua lagi sekali.

Anee D'sayang datang sambil di tangannya air teh gua. Gua hirup teh belah atas. Bila teh tu kena gigi, gua dah dapat rasakan mamak ni ada campur air gula sikit dalam teh tu. Gua daring mamak yang tengah tarik teh kat tempat buat air. Tarikan teh mamak tu makin rendah dan merendah diri. Gua senyum nipis.

"Caranya, raja-raja ni kena buat piramid..." sambung gua semula.

"Yes... Piramid." ulang gua mantap.

Sunday, November 16, 2014

Restoran Barra Shah Alam

Gua tak paham apa yang best sangat dekat Barra Shah Alam ni? Semalam gua ke sana, 45 minit habis menunggu nan kosong dengan ayam tandoori. Macam cilake jeeee. Nasi goreng ayam barra tu pulak kuat betul rasa perencah maggi. Kalau gua datang makan sini selalu silap haribulan rambut gua jadi macam stail rambut Najib.

Sunday, November 09, 2014

Baju

 Radzi Mohd Taib Alumni Sekolah Alam Shah Bucida Court TTDI

Semalam masa gua ke TTDI untuk melepak tengok Liverpool Noobshit melawan Chelsea dengan Lelaki Taiping, Afif Fadhuli dan yang lain, gua terserempak (lagi) dengan Radzi Kapten Halimi Rumah Keenam. Budak SAS bila dah jumpa member sekolah, tetiba la jadi lekat dekat situ.

Last-last gua jadi ke melepak bersama Radzi, sorang lagi budak SAS dan makwe beliau sebab meja tu ada sate. Masa tengah lepak Radzi tegur baju gua.

"Gua tengok lu dari dulu asyik pakai baju ni je.Tak ada baju lain ke?"

Haram baru gua perasan dah lama betul gua tak beli baju baru. Last gua shopping baju 2 tahun lepas. Baju hitam pun dah pudar jadi kelabu. Persoalannya sekarang, gua tak ada bela hantu tapi kemana duit gua pergi la sial?

Notakaki: Makwe yang melepak dengan kita orang semalam bagitau gua nampak lebih matang dari Radzi. Pergh, mungkin inilah efek kerja dengan bangla agaknya.

Thursday, October 30, 2014

Ragam Manusia

Hujung minggu lepas gua pulang ke kampung halaman, ingatnya nak tangkap gambar bersama keluarga. Tapi abang gua ada kat Raub, adik perempuan gua dekat Sabah, abang ipar gua dekat Hospital Lipis, adik gua yang lelaki lagi la haram gua tak jumpa lama dah.

Pada petang Sabtu tersebut, gua berkesempatan ke kedai Aji dengan motor Kriss abah gua. Seperti biasa apabila melepasi kelajuan 40 km/j maka perlahan-lahanlah motor lama bersopak-sopak itu terbang sampai ke petak parkir Majlis Daerah Lipis di Centrepoint yakni bangunan paling canggih dan hancing di Kuala Lipis.

Semasa terbang disebabkan di siang hari maka ramailah orang yang ternampak lalu menunjuk-nunjuk ke arah gua yang sedang memandu kereta di udara. Yang cemburu dan iri hati akan menuduhlah yang bukan-bukan bahawa gua ini kononnya ada membela jin Baghdad, mempunyai nuklear di rumah, berdamping dengan iblis dan segala macam tohmahan. Dan yang menuduh bukan-bukan itu bukanlah orang yang pelajarannya tidak baik. Kalau bukan guru sains pun, di dalam kumpulan itu ada peguam, majistret kelas dua, doktor pembedahan dan pengurus bank. Jelas banyak antara kita ini sudah lupa akan wawasan 2020.

Berbalik kepada perjalanan gua, akhirnya tidak sampai 3 minit, gua sudah di kaki bangunan Centrepoint. Bangunan itu kalau dikira peratusan peniaganya amatlah sedikit dari kaum melayu sendiri. Yang mungkin ramai peniaganya melayu cuma satu deret kedai makan di tingkat paling bawah.

Tapi malangnya walaupun mereka berniaga makan, mereka hanya mempunyai kepakaran memohon lesen perniagaan dan memohon premis sahaja. Maka makanan yang dihasilkan mereka semacam rasa papan alas lesen meniaga itu kesudahannya. Kasihan.

KUALA LIPIS CENTERPOINT

Kedai yang dituju gua adalah kedai Aji. Kedai Aji ini menjual makan yang ringan-ringan. Menu kebiasaannya adalah kuih kuih pelbagai jenis dan yang sepanjang masa digoreng adalah pisang goreng dan cucur sayur. Minuman yang ditawarkan pula yang utamanya adalah cendol. Kerana petang itu teduh, gua pilih untuk duduk di meja yang tak berbumbung. Udaranya lebih baik.

Gua memesan satu gelas teh tarik. Petang itu meja-meja dan bangku-bangku banyaknya diduduki oleh orang-orang pejabat yang baru tamat waktu kerja. Tidak kira dari pejabat mana, kerajaan mana, syarikat mana, semuanya berkumpul di situ untuk minum petang bertemu satu sama lain. Sesuailah dengan namanya Centrepoint. Tapi rasa gua mat kerajaan tak ada sebab mat kerajaan mana kerja hari Sabtu.

Oleh kerana petang itu gua duduk seorang diri, jadi susah pula hendak mengelak dari memerhatikan orang-orang di meja sekeliling.

"Aok de mana sekarang?" tanya satu mamat berbadan gempal yang bangun dari bangku yang gua kira ingin pulang ke rumah sesudah selesai urusan di situ tetapi singgah sebentar di meja sebelah kerana kebetulan terserempak dengan satu kawan lamanya. (*de=di)

Tubuhnya bersarung baju yang bagus. Seluar dan sepatunya pun bagus. Jam tangannya bagus. Telefon bimbitnya juga bagus dengan sistem bunyinya baik sekali. Boleh jadi dia itu kalau bukan pegawai pun, penolong pegawai. Kalau bukan penolong pegawai, mungkin kerani yang paling kanan. Kalau bukan kerani yang paling kanan pun, mungkin juga kakitangan yang paling rajin mengisi borang pinjaman bank.

"Keh sekarang de Kesihatan!" jawab kawannya yang kurus kering. Mereka nampak seronok ketika saling bertanya begitu. Sementelahan kedua-duanya di dalam kelas yang sama.

"Hoih, tak mudoh aok..." balas mamat gempal itu tersengih-sengih.

Cuba andaikan kalau kawannya yang kurus kering menjawab,

"Keh sekarang tak buat mende pun. Ngambik upoh mesin rumput je. Malam pulok karang meniaga burger de tempat berenti bas ekspres."

Yang mamat berbadan gempal itu agak-agaknya mungkin akan begini,

"Laaa... matnye gitu? Cari la kerja pasal sikit. Aok tu bukan makin ke muda!" (*mat=kenapa)

Keh keh keh. Kalau tak sama macam itu pun, lebih kurang macam itulah jadinya pada perkiraan gua.

Sehingga habis segelas teh, habis sepinggan cucur sayur (tidak lama duduk, tus air liur pula gua berasa hendakkan cucur sayur) bermacam-macam ragam dan tabiat yang tidak boleh tidak tengok itu dapat ditonton di satu bangku itu saja. Semasa gua memanggil Aji untuk mengira harga makan dan minum gua, Aji tersengih-sengih datang dan secara tiba-tiba menghulur tangan hendak bersalaman.

Semasa gua menghulurkan tangan untuk menyambut salam Aji, baru gua sedar rupanya Aji tak nak salam pun, beliau ingin mengira berapa cucur yang gua ambil. Cilakak.

Gua pulang dalam keadaan malu. Sama macam bila lu tadah doa khutbah jumaat tapi rupanya doa dah habis lepas tu lu buat buat gosok hidung. Puihh!

Tuesday, September 16, 2014

Rilek Brader

Weh sekarang ni gua bukak Pesbuk yang ni kawen, yang tu kawen, yang ni anak sorang, yang tu bertunang, yang tu anak lagi sorang. Apasal semua orang macam nak mempermainkan perasaan gua ni? Slow la sikit demeh! Gua dah la baru keluar hospital kena denggi minggu lepas. Sekarang tengah MC lagi hati bengkak. Sekarang gua tengah rilek-rilek lunjur kaki dekat rumah sebab Khamis ni kena pergi hospital balik amek darah lagi. Cilakak.

Haritu masa dekat hospital, nurse tu sambil-sambil amek darah gua, buat ramah sikit. Gua panggil dia akak. Dia cam "Jangan la panggil sy akak. Umur awak berapa?"

"Nak masuk 24",ujar gua.

Friday, September 05, 2014

Weh pinjam card nanti aku bayar balik.

Woi serious siapa ada Mastercard/Maestro aku nak beli barang online ni daripada United Kingdom, haram tak boleh pakai Bank Islam pulak nak bayar.

Emel: crackse7en@gmail.com
Whatsapp: 013-9128561

Makwe dialu-alukan.

Wednesday, September 03, 2014

Amek Hati

old man smiling senyum gembala kambing

Ni gua nak bagi tips, kalau la makwe lu ke, boss ke, kawan perempuan ke siapa siapa la tanya lu orang

"Kau agak-agak umur aku berapa?"

Lu agak umur dia, lepas tu lu tolak la 8 tahun. Contoh macam lu rasa nakram tu umur dalam 35, lu cakap la dia 8 tahun lagi muda. Baru la dia kembang sikit sambil tersipu-sipu malu.

Hah? 35 tolak 8 berapa?? Apa? Nak carik kalkulator dulu? Tak boleh congak je? Lu orang memang bebal.

Sunday, August 24, 2014

Penangan Hantu

kena hempap semasa tidur ubat sleep paralysis

Gua baru sampai KL ni. Balik kampung hujung minggu ni. Jiran rumah gua ni itu hari mengadu kena cekik dengan hantu kat bapak gua. Kecoh juga le rumah. Kena pulak time tu kenduri. Jiran gua ni orang besar kat lombong emas kat Kuala Lipis ni. Dulu kerja kat oversea. Gaji dia tak payah cakap le. Sedangkan cleaner rumah dia pun pakai Satria Neo.

Lepas kena cekik dengan hantu tu terus dia chow itu jam juga dengan lampu tak tutup, tingkap terbiar, kipas berpusing. Chit.. apa punya penakut. Ish..gua pulak yang naik risau tengok. Ye laa kang bil mahal. Alamak dia orang kaya. Baru gua ingat. Ada le dalam 2-3 hari rumah tu terbiar macam tu. Walaubagaimanapun gua haram tak percaya pun bab hantu cekik orang nih. Ye laa hantu boleh ke cekik orang? Kalau kena kacau logik kot. Perasaan je tu. Amacam? Korang percaya? Amboi cakap besar pulak. Kang kena cekik baru tau. Takpe malam ni sebelum tidur gua baca 4 qul. Ustazah Liza kabor boleh halau hantu.

Sunday, August 10, 2014

Orang Banyak

sunway BRT bus rapid transit survey

Kerja kerja piling di site gua berhenti rehat pagi. Gua kasi can bangla-bangla gua pekena rokok dengan minum pagi. Padahal gua yang nak pekena minum. Apakejadah bekerja tanpa pekena neskepe+roti+usha makwe nurse lalu lalang?

Gua pergi satu gerai mamak di celahan lorong. Gerai Rahman. Kecil je gerai dia. Tapi neskepe dia pepalih solid. Lagipun kalau gua pergi kedai Rahman ni memang tak payah nak order dah. Air neskepe gua memang datang secara auto.

Nak dipendekkan cerita, gua dah siap minum. Jadi gua mula berkira-kira hendak blah. Gua pun simpan semua peralatan lepak gua dalam kocek. Time nak bangun dari kerusi, baru gua perasan. Tangan kanan gua yang pegang cawan neskepe kecik tadi ada tompok hijau putih. Gua panik.

Gua usha cawan gua minum tadi. Peh..tempat pemegang dia ada tahi burung!!

Gua karate meja sekali dengan tangan kiri dan terus blah dengan mata menyorot ganas.

"Huh..susah betul jadi orang kebanyakan ni.." kata gua berjalan laju sambil menahan terjeluak.

Wednesday, July 30, 2014

Saturday, July 26, 2014

Update secara langsung gua balik kampung

8.30
Gua mula bergerak dari Pantai Hillpark jam 8:30pm. Housemate gua hantar ke stesen LRT universiti.

9.15
Gua sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan. Pakcik gua plan nak amek gua kat sini. Pergh..last gua berhenti dekat stesen ni masa tingkatan tingkatan atas. Haram gua tak kenal langsung tempat ni. Makcik yang berniaga kuih tu pun dah takdek.

10.15
Pakcik gua sampai. Mari balik. Pahang power.

11.15
Gua nak tidur sekejap. Penat dari pagi tak tidur.

12.30am
Wehhhhh cibai gua baru di Bentong. Kereta bersusun macam lego. Gua ingat dah sampai, bangun bangun baru dekat Bentong. Dah tu bila nak sampai Lipis??

Gua rasa kerajaan negeri Pahang patut la buat jalan 2 lorong. Ape mende ni negeri punya banyak balak tapi jalan satu lorong ni. Faking!

Sunday, July 20, 2014

Zakat Fitrah Membersihkan Harta

MASJID MOSQUE Sultan Selim Mosque

Lama betul gua tak kemaskini blog. Tak ada laptop. Ni minggu lepas baru beli satu laptop baru. Baru boleh kemaskini. Kalau lu orang tahu, sekarang ni bulan pose, lu orang dah bayar zakat belum? Masa mula-mula gua into scene zakat, rasa berdebor je nak pergi bayar. Mana le tau kot-kot kena uji-uji macam ambik penilaian asas fardhu ain masa darjah 6 dulu. Kot-kot kena tanya "puasa penuh ke tak penuh?" guna mikrofon masjid. Sampai ada satu peringkat, rasa macam nak hafal semua surah surah lazim je sebelum pergi bayar.

Gua into scene zakat ni sejak ada duit sendiri. Bapak gua tak suruh, gua sendiri yang volunteer.Biasanya gua pergi bayar zakat di Masjid Bapong yang terletak kira-kira 3 kilometer mengikut jalan kereta. kalau ikut jalan semak dari dapur rumah gua, mungkin 1 kilometer. Tapi kalau tergelincir masa menurun bukit bawah pokok manggis tu, memang balik rumah semula le makan murtabak. Seluar cantik ada satu je. Takkan nak pakai seluar jean koyak lutut pergi bayar. Pakai kain pelikat? Hehe..macam tak ngam je..

Biasanya gua akan bertolak ke masjid selepas reda kenyang berbuka. Lebih kurang sebelum isyak. Sebelum pergi, gua akan mandi sepenuh hati. Zaman-zaman punk habis sekolah dulu ingat senang ke nak dapat peluang mandi lama-lama. Asyik sibuk je dekat kelas pergi prep.

Selesai mandi, gua berdepan tugas sukar iaitu mencari pakaian sesuai ke masjid. Selepas puas selongkar almari, barulah dapat baju melayu yang dah tak berapa dengan seluar slack yang dah bau almari. Dah settle semua, usha-usha sikit buku PAFA adik gua, sauk murtabak sepotong, cilok kunci motor bapak gua, gua start motor dan terus merempit ke masjid. 

Sampai masjid gua, gua parking motor dan usha line dulu. Kemudian gua akan tersengih-sengih masuk ke perkarangan masjid. Motor vespa banyak sticker amil zakat tu dah ada nampaknya. Selalunya mesti ada sekor-dua kutu melepak di meja moreh yang sedar kelibat gua. Hek eleh macam tak pernah tengok orang pergi masjid..

Di satu sudut di dalam masjid, dah bersila amil zakat dengan buku resit dan karung duitnya. Ada juga gua dengar khabar angin dekat negeri selangor sana, dia punya amil zakat terer tak terer boleh pakai Mercedes. Tapi amil zakat kampung gua ni nampaknya baik-baik dan amanah orangnya. Gua biasa lalu depan rumah dia. Tak ade Mercedes.

Hah masa ni kemuncak berdebar dia dah datang. Gua tersengih-sengih bersila tunggu turn. Pakcik-pakcik depan gua ni kadang sampai 18 kepala nak kena bayar. Ada yang nama anak sendiri pun lupa.

Bila sampai turn gua. Gua kasi IC. Dia bagi satu potongan ayat suruh baca. Peh bahasa melayu pulak tu. Tersengih je gua tengok. Gua passing dalam 5-6 ringgit je kot masa tu. Kemudian gua bersalaman dengan erat dan membaca niat dengan seikhlasnya. Kacang gila. Membazir je berdebar tadi.

Siap saja berzakat, rasa macam berbunga-bunga hati. Balik rumah girang je. Muka berseri-seri dan rasa macam orang baik-baik. Balik rumah naik motor rasa macam nak menyanyi nasyid.

Akhirnya tahun itu berjaya gua menyempurnakan zakat buat kali pertama secara solo. Tahun seterusnya, gua dah tak risau dan lebih konfiden. Tahun ni rasanya kena bayar kat kolumpo sebab gua mencari rezeki di kolumpo sekarang. Sini lagi senang, tak payah cari baju melayu. Dekat supermarket pun ada orang kutip. Hah esok lusa boleh le pergi.

Semoga semua mendapat moral dari cerita saya tadi. Sekian, selamat menunaikan rukun Islam yang ke..hehe cari sendiri. Takkan itu pun gua nak bagitau.

Tuesday, June 24, 2014

Masih ada

Gua kemaskini blog ni sebab gua nak bagitau gua sihat aje. Sebab gua tak usik lama blog ni adalah kerana laptop gua akhirnya arwah. KO. Adios. Die. Sterben.

Gua dah habis exam. Kelakar pulak rasa bila kau masuk UM dulu tapi junior kau yang habis peperiksaan lagi awal. Tak apa lah. Janji habis ye dok.

Esok gua balik Lipis. Lu orang yang dekat Kolumpo ni enjoy la sedut asap jerebu. Gua nak sedut udara segar di kampung halaman.

Monday, June 09, 2014

Mencarut

Ya, carut ni bukan perkara indah. Bukan semua orang boleh kena carut. Ada orang sampai berdarah hidung lepas kena carut dengan bos. Ada orang sanggup mengenepikan maruah sendiri bila dicarut kerana dicarut lebih tak bermaruah daripada maki hamun, naik tangan dekat stesen bas.

Ada ke patut cerita mencarut. Gua sebenarnya tidaklah begitu menitikberatkan perkara carut carut dalam rutin harian. Bagi gua benda ni biasa. Mencarut biasa. Dicarut biasa. Gua tak kisah punya kalau dicarut. Gua mampu buat muka lali. Ye laa apa sangatlah perkataan perkataan carut tu. Main bapak ke, mak ke, kepala babi ke, fuck sana sini ke, serupa haiwan ke. Gua tetap orait. Cakap je semua yang kesat kesat. Gua lali, steady dan kalis carut.

Bagi gua itu semua tak professional, tak intelek, tak Fadzillah Kamsah. Tapi gua rasa bukan gua je yang lali. Bukan gua je yang steady bila dicarut.Ada juga orang lain yang steady macam gua. Kerajaan pun steady macam gua. Dr Mahathir pun steady macam gua. Kapitalis steady, Mat mat racist steady, geng geng nazi steady, kutu kutu politik steady, bos bos major label steady, hardcore bodoh sombong steady, hardcore berlagak otai steady, kaki kaki rasuah steady, NTV7 steady, McDonalds steady, Coca cola steady, Abang abang sexist steady, laki pukul bini steady, mak bapak dera anak steady, atuk atuk rogol cucu steady, doktor testing haiwan steady, orang kaya kedekut steady, LPF steady, ISA steady, Razak Mohaideen steady, mat mat rempit steady dan terdapat ramai lagi yang steady.

Emm..bila tengok kalender, bulan Ramadhan dah dekat. Sekarang ni entah bulan apa. Ada baiknya gua start kurangkan lah bab-bab mencarut ni. Anak-anak sedara tengok tak elok nanti demeh ngikut.

Tuesday, June 03, 2014

Nasib Masing Masing

Kengkadang bila lu duk sedap layan Pesbuk, terjumpa jugak kawan-kawan yang lu tengok hidup mewah je. Baru habis SPM mak ayah dah kasi kereta. Tak payah pening pening kepala nak beli kereta sendiri. Kereta pulak dapat mini cooper. Tak main la kereta nasional seperti proton saga BLM. Sebab proton punya kereta kalau langgar pokok, 90% ke alam barzakh jawabnya. Belum umur 20 dah boleh jalan-jalan dekat London, Amerika dan macam macam lagi. Lu? Duduk depan laptop dan hanya mampu berangan bila la lu nak ada kereta sendiri sambil tekan butang like.

Nak buat macam mana. Itulah hidup. Bila gua rasa faktab nak mampus rasa dunia ni tak adil gila babi, kena cepat cepat bawak bertenang dan fikir, ramai lagi yang sebaya, yang tak dapat pun sambung belajar. Apa yang boleh gua buat adalah usaha lagi kuat. Biar lah hidup gua tak mewah tapi semua hasil titik peluh sendiri, berkat doa mak ayah. Itu lah gua cakap, nasib masing masing.

Saturday, May 17, 2014

Kuch Kuch Hota Hai

Gua bangun tidur pagi je hari gelap. Gua terus pasang lagu Hujan "pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang". Bodoh jugak lirik Hujan ni. Apa kaitan hari gelap dengan abang lu? Nama abang lu Mohd Hujan ke? Lepas tu gua terus bersiap-siap bangun dan menggeliat. Selepas menggeliat, gua mengambil langkah drastik untuk baring dan ke tidur semula. Pukul 9.30 baru bangun balik.

Hari mula hujan lebat. Gua mula bukak laptop dan memandang assignment yang gua perlu buat. Babi satu apa gua tak paham. Tenung punya tenung sedar-sedar dah pukul 3 petang. Gua bersiap-siap untuk mandi. Tengah-tengah jalan ke bilik air, kedengaran lagu Kuch Kuch Hota Hai dipasangkan. Gua rasa ni mesti TV3 yang pasang ni. Palapes pulak jenis semua Mat Bunga. Memang minat sangat cerita-cerita gini.

kuch kuch hota hai poster download

Gua teruskan perjalanan ke bilik air. Sedang gua memberus gigi, gua teringat, dulu zaman kecik-kecik, asal hari Sabtu je, gua dan keluarga mesti tersadai depan TV untuk sesi Hindustan hari Sabtu. Pergh masa tu scene hindustan memang hit betul. Gua boleh jadi sedih bila teringat si Kajol punya kisah percintaan. Tapi gua tengok hindustan tak lama. Adalah sampai darjah 5.

Masa tu gua dapat tau yang sebenarnya Kuch Kuch Hota Hai punya lagu tu bukan Shah Rukh Khan pun yang nyanyi. Kajol dengan Rani Mukherjee pun sama. Diorang pakat buat-buat mulut je rupanya. Ada orang lain yang nyanyi. Gila berderai hati gua bila gua dapat tahu kisah sebenar tersebut. Jadi pada waktu tu juga gua bertekad untuk tidak lagi menengok cerita hindustan serta ditipu oleh orang India.

Tuesday, May 06, 2014

Powerbank

power bank cheap 100000mAh

Gua scroll laju laman web Lelong.my mencari barang apa yang patut. Tengah-tengah scroll gua terjumpa satu barang yang tengah hit sekarang selain monopod iaitu powerbank. Dengan kapasiti 100,000mAh, harga powerbank tersebut sangat lah murah. Asal dah kompem dari China. Soalan gua satu je. Lu orang beli powerbank sampai 100,000mAh ni nak buat apa? Cas kereta?

Saturday, April 26, 2014

Ancaman TPPA dan Lawatan Obama ke UM

Ancaman TPPA lawatan obama ke malaysia bantah TPPA

Bukan je pesbuk pagi tadi gua ternampak poster ni. Bantah TPPA ke apa entah nak buat dekat Sogo. Gua pun tak tau apakebende TPPA ni. Tapi poster ni lawa. Kalau lu orang rasa macam setailo je pegi la, untung-untung jumpa jodoh kat sana.

Esok hari Ahad, Obama nak datang UM, jalan dekat UM semua dah habis turap. Macam cilake je Obama nak datang baru nak turap jalan. Kalau tak? Haram, jalan serupa anjing, bonggol je banyak. Lepas tu bila orang cakap macam tu, UM respon sebenarnya jalan nak turap bukan sebab Obama nak datang tapi memang dah lama plan nak turap. Kah kah kah. Iye iyeee je diorang ni semua, semua ni sebenarnya tak salah lagi adalah helah illuminati untuk menyesatkan golongan bumiputera supaya lebih mengagungkan Amerika dari Dr Mahathir.

Jalan keluar masuk UM semua tutup besok, pintu Damansara je yang buka. Dengar cerita habis CIA, FBI, Polis dan Azwan Ali datang besok untung keselamatan bader Obama. Jadi dengan rasa bergaya, gua nak protes penutupan pintu-pintu UM esok dengan menghabiskan masa di bilik dan tido. Padan muka Obama. Rasakan kemarahan gua.

Wednesday, April 23, 2014

Hal Berkaitan Air

catuan air syabas selangor water rationing schedule jadual catuan air

Sekarang ni kalau lu orang perasan, semua orang tengah berborak pasal air. Air dekat kawasan Kolumpo ni dah kena catu nak dekat sebulan lebih. Katanya 2 hari tak ada, 2 hari ada. Tapi hari ni dah masuk hari ke-4 kolej gua tak ada air. Macam cilake. Kolej Sepuluh yang menempatkan para 'foreigner' ada pulak air. Apa cerita UM? Air dalam baldi gua ni pun dah tinggal suku. Selamat tadi pagi air ada sekejap dapat juga gua ‘refill’ air untuk kegunaan kecemasan.

Air ni adalah satu kurniaan Tuhan yang sangat power. Sepandai-pandai manusia Albert Enstein pun tak reti lagi nak buat air. Ada teknologi sana-sini main Twitter Instagram Pesbuk tapi bila tak ada air semua jadi kucar-kacir.

Kalau air takde, syarikat pembinaan akan terbengkalai projek projek pembinaannya. Bila projek terbengkalai, mereka akan rugi dari segi masa dan kos pembinaan. Mat-mat indon jadi seronok dan mula menghabiskan masa merayau rayau di bandar dan mencari wartel. Tender boleh kena tarik. Nak dapat tender lepas ni susah. Benta Jaya mungkin akan mengalami keputusan bekalan dan masalah penghantaran stok pasir, batu bata, kayu dan simen.

Ambulans PPUM akan kehilangan sengat. Ramai pesakit terpaksa menderita lebih lama dan mati lebih awal. TNB boleh lumpuh pergerakkan dalam membaik pulih bekalan elektrik dan menimbulkan cakap belakang masyarakat dan mendatangkan kemarahan kepada kaki bola, kaki Suria FM dan kaki duduk bawah kipas. Lebih parah lagi jika lori zirafah mereka turut tersadai.

Orang orang pejabat kerajaan kehilangan kemudahan Pajero untuk kegunaan pergi minum pagi di warung Pak Teh. Lori-lori menghadapi kegagalan di Puspakom. Pegawai pegawai Puspakom akan mendapat durian runtuh bagi mengatasi kegagalan lori lori. Lori-lori dapat beroperasi tanpa cukup syarat dan bertindak merbahaya di jalan raya. Ini seterusnya menimbulkan cakap-cakap belakang pemandu kereta nasional yang takut pintu belakang lori terjatuh ke atas kereta mereka yang lemah.

Kedai makan industri akan sentiasa dikunjungi gua yang keletihan dan mengidamkan bandung ais. Ada kemungkinan lori-lori sawit mengalami kerugian sawit yang keluar membuak-buak dari bahagian papan belakang lori yang bocor.

Mat-mat rempit cawangan Felda akan menjadikan itu sebagai alasan kekalahan mereka malam semalam semasa sesi ujian kepantasan jarak dekat dan sederhana. Ramai lagi yang turut memerlukan air secara langsung atau tidak langsung.

Oleh itu gua nak bagitau budak-budak Kolej Lima ni dah tau air tengah kena catu, tak payah la pergi jugak basuh baju bila air ada sekejap-sekejap bodoh. Pergi la basuh baju dekat rumah. Orang lain nak berak pun payah. Otak letak dalam dompet.

Ok lah. Gua berhenti seketika untuk memberi laluan ke basuh baju. Air tengah ada sekejap ni. Kang kalau air tak ada gua nak basuh baju kat mana?

Sunday, April 13, 2014

Ramalan Kaji Cuaca Petaling Jaya

ramalan kaji cuaca kawasan petaling jaya jadual catuan air

Ini adalah ramalan kaji cuaca untuk kawasan Petaling Jaya mulai hari ini sampai hujung bulan 4. Marilah sama-sama berdoa supaya hujan yang turun tu lama gila, lepas tu air masuk kedalam empangan supaya catuan air boleh la stop-stop dah.

Gua dah penat berak je cek-cek paip air takde. Ish ish ish.

Wednesday, April 09, 2014

Soalan Cepumas Petang Semalam.

Semalam lepas puas bergelimpangan dari lepas makan tengah hari sampai petang, gua keluar rumah untuk berjalan kaki. Kasut tak bawak balik nak jogging. Lagipun kalau gua jogging kat area Kg Berembang ni, mokcik-mokcik semua pandang slekkk je. Faking.

Dalam 10 minit berjalan, gua lalu depan rumah Hussein Alam Flora tu. Rumah beliau baru je siap. Satu lagi baru naik tiang. Tiba-tiba bini dia menegur gua dari jauh.

"Eh aok! Tengah jalan kaki ke tu?!", dengan suara melaung.

Gua hanya mampu angguk-angguk sambil senyum je. Bagus rakyat Malaysia ni. Dia nampak gua tengah jalan kaki tapi dia masih nak ambil berat, mana lah tau kot kot gua ada sorok motor dalam poket keee kan?

Monday, March 31, 2014

Aktiviti Hujung Minggu Di Putrajaya



Semalam hari Ahad gua dengan kutu-kutu ni pergi ke Putrajaya untuk aktiviti Futsal free. Dekat Presint 18. Nak dijadikan cerita semalam panas gila babi. Dah la masa main, si Chomet telah disepak dibahagian lelaki beliau. Lepas tu jadi lah terguling-guling atas gelanggang panas. Kesian gila gua tengok. Yang sepak tu boleh blah macam tuuuu je. Cilake.

Disebabkan pasukan ini adalah lubuk, kami hanya sampai ke peringkat separuh akhir. Paling lubuk adalah Shahri. Main duk melilau je, kiri-kanan kiri-kanan kepala pusing. Gol tak jugak. Bengap. Shahri juga nampak jelas gentar dan longgar kaki apabila berhadapan dengan penjaga gol pasukan lawan yang badannya adalah sangat besar dengan linkungan diameter 45cm. Separuh gol tu badan penjaga gol tu saje.

Lepas dah berpeluh-peluh di gelanggang, perut mula lapar dan kita orang bergerak ke tempat paling hepening di Putrajaya iaitu Alamanda. Alamanda semalam ramai betul manusia. Masa dulu-dulu Alamanda ni kosong sampai boleh berlari-lari je depan Rotiboy tu.

Selepas makan, kami ke Sekolah Alam Shah untuk saje-saje dan solat Asar. Bangi dengan Che Nat@Syaf dah balik dah masa ni. Tinggal kita orang berlima je. Bila dah sampai sekolah mula lah nak bergambor je keje.

Ridhwan Tahir Ichiban Shahri Bahari Azrul Chomet Sekolah Alam Shah
Ridhwan Tahir Ichiban Shahri Bahari Azrul Chomet Sekolah Alam Shah

Kah kah masa jalan dalam kelas mana entah gua terjumpa motivasi ceria ni atas meja. Kah kah kah. Ada ke nama Lego? Bagi la nama Syahbudin ke, Ibrahim Binokular ke. Ni Lego.


Yang paling gua kesian budak ni. Jahat sial siapa pergi conteng-conteng janggut dengan tambi dekat muka dia tu. Ish ish ish. Tapi macam setailo juga kan? Kah kah kah. Yang penting bukan gua yang conteng!



Notakaki: Ayat dengan tulisan condong menunjukkan penipuan.

Friday, March 28, 2014

Baju Downgila

Disebabkan gua rasa gua nak brandkan 'downgila' ni, gua macam nak mula dengan buat tshirt dulu. Ni bukan main-main ni. Kah kah kah. Amacam? Ada bran?

Harga:RM26
Material: Gildan Premium Adult Ring Spun
Emel order ke crackse7en@gmail.com
Whatsapp: 019-5524374

DOWNGILA TSHIRT

Tuesday, March 25, 2014

Aktiviti Licik Gua Di Pagi Hari

MAMAK SARAPAN UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA

Kelas gua semester ni tak banyak pun. Tapi semua mula pukul 8 pagi. Jadi gua mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci jam sebelum tidur. Setiap kali ke tidur, gua akan mengunci jam henset Nokia 1280 (henset paling solid untuk kerja berat setakat ini) pada pukul 6.30 pagi.

Keesokan harinya, setelah bersiap lebih kurang dengan dressing tertentu, gua akan singgah di kafe Fakulti Bisnes untuk bersarapan dan mengusha satu makwe kerja kedai makan tu. Makwe tu memang sedap mata memandang. Dari masa tender dia dekat fakulti gua dulu dah ramai yang usha-usha makwe ni. Tapi baru-baru ni gua dengar cerita dia dah bertunang dengan satu mamat ni yang kerja mini market belakang sana. Kah kah kah. Apa sangat le tali pertunangan. Tak semua tali pertunangan boleh lawan dengan tali sawat pemasaan Proton Saga.

Gua memperuntukkan masa lebih kurang setengah jam untuk sesi Horlick suam, nasi lemak dan buat-buat intelek selak nota. Tapi kalau dapat table luar, melarat juga. Tapi sebenarnya mesti melarat punya. Kadang kadang dah pukul 9.30 tak gerak gerak lagi ke kelas. Horlick dalam cawan dah lama kering. Gua buat buat hirup juga.

Masuk pukul 10.00, hati masih berat ditambah lagi dengan kelibat makwe tu yang lincah meja ke meja. Sampai ada satu peringkat dah 10.30 baru nak blah. Cilakak.

Ini dah bukan salah ke kelas lambat. Kalau Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Extend Dunia (KEPADA), Mohammad Nur Kholis Abrar tahu kegiatan gua ni, tersingkir le gua dari pencalonan Pelajar Extend Terbaik Dunia kategori bawah 24 tahun yang akan berlangsung di Frankfurt musim panas akan datang.

Tuesday, March 18, 2014

Masuk

Masa-masa final year ni la gua nak terjebak dengan mende alah ni. Haih la


Future Music Festival Asia

Gua tak ada nak cakap apa pun pasal yang mati overdose dadah tu semua. Overdose dadah ni berlambak je dekat bawah jambatan Masjid Jamek sana. Bukan dekat konsert ni je yang mati. Tapi apa yang gua tertarik adalah jenis 'muzik' yang diorang bawak. Armin Van Buuren, Deadmau5 dan berbagai lagi pemuzik bukan bumiputera.

Kalau kerajaan terus-menerus memberi kebenaran untuk pembuat bising ni semua menjalankan konsert diorang, macam mana dengan nasib pemuzik bumiputera seperti Bangpes dan Wings? Diorang nak perform dekat mana?

Pada gua lagu-lagu dekat FMFA ni tak layak dikategorikan sebagai muzik pun. Apa yang gua dengar adalah "dum dum dum dum dum eokk eokk eokk keikk keeikk keikk dumm dumm dummm dummchis dummchiss dummchiss". Apa kes sial? Apa yang 'future' nye? Gua tak nampak satu alat muzik pun dekat atas stage tu. Nak cakap pasal muzik, kutu-kutu FMFA ni mesti tak pernah dengar Sigur Rós kan? Apasal teruk sangat 'taste' lu orang ni? Banyak sangat makan cekelat udang?


Friday, March 14, 2014

3.58 Pagi

malaysia smog hazardous kuala lumpur jerebu

Sejak kebelakangan ini, gua lebih senang menulis di waktu pagi. Waktu pagi yang mana orang-orangnya sedang tidur. Kalau yang baik-baik boleh jadi sedang sembahyang. Tapi rata-ratanya sedang tidur. Yang kerja kerajaan tidur. Yang kerja swasta tidur. Yang laki-laki metroseksual tidur. Yang perempuan moderen megah menuntut kebebasan dan hak-hak serta keadilan kaum wanita pun letih lalu tidur. Dan yang jahanam pun barangkali sedang bersiap-siap untuk tidur sekarang ini.

Kalau ada yang belum tidur pun, mungkin mereka sedang mengikut kehendak peraturan pekerjaan masing-masing. Jarang-jarang ada orang yang berkeinginan untuk bekerja di kala semua orang sedang nyenyak tidur. Dan tiba-tiba muncul gua. Yang tak dapat tidur daripada tadi sebab lemas jerebu teruk. Daripada bilik gua ni, menara TM hilang secara magik. Gua pun kena la tutup tingkap rapat. Bilik jadi panas, tidur pun berpeluh sepeti lembu.

Gua harap yang baik-baik bangun sembahyang tu doa-doa lah moga hujan turun besok pagi.

Saturday, March 08, 2014

Hantu Moden


Tadi lepas solat subuh gua tidor la balik. Dalam 6 saat pejam mata gua lena dan terus masuk ke alam mimpi. Gua mimpi ke sekolah lama di Alam Shah Cheras. Kita orang buat 'reunion' la kononya. Main itu main ini. Yang tak bestnya gua asyik kena kacau dengan hantu. Ada satu kali tu, gua tengah duduk sikat rambut ada hantu gigit ibu jari kaki gua. Pergh real gila mimpi tu. Rasa dia punya sakit.

Yang bestnya entah dari mana ada sorang wak ni muncul bagitau yang sebenarnya, semua kawan-kawan gua adalah hantu. Diorang mati eksiden jatuh gaung masa dalam perjalanan ke sekolah tu lah. Malam tu gua terus bukak laptop nak pasang la surah Yasin ke apa yang patut. Tengok-tengok semua surah-surah Al-Qur'an dalam laptop gua dah kena delete, lepas tu hantu-hantu tu pandai pulak pergi 'empty recycle bin'. 

Wednesday, February 26, 2014

Menjaga Pandangan

Gua paham la muslimah-muslimah sekalian ingin menundukkan pandangan menjaga kesucian diri dan berbagai-bagai lagi. Tapi kalau jalan tu adalah jalan raya tempat lalu lalang motosikal dan kereta besar, naikkan lah sikit pandangan lalu melihat kiri dan kanan terlebih dahulu. Tak banyak pun mintak naiknye. Sikit aje. Boleh? Kang aku terlanggar kang tak memasal je.

Haih la.

Sunday, February 23, 2014

Orang KL

Kuala Lipis Bandar Lama

Semalam gua ke bandor Lipis beli tiket balik. Lepas selesai membeli tiket gua ke kedai jam nak betulkan tali jam. Sampai depan kedai jam gua parking motor betul-betul depan kedai nombor 4D. Lepas dah ejas-ejas parking gua terus bergegas ke kedai jam. Panas betul petang semalam. Padahal dah pukul 4.30.

Sampai dalam kedai, gua tanya itu ahso ada ke tidak tali jam untuk jam gua ni. Carik punya carik jumpa la satu. Gua tanya la berapa harga.

"Dua puluh ringgit ini tali. Baik punya jenama".

Gua tengok tali entah brand Starsun ke mende bodoh je. Gua tak jadi nak beli. Tapi nak jaga hati punya pasal, gua buat-buat la cek dompet. Dengan bergaya gua capai dompet di poket belakang. Ahh setan. Tak ada.

Gua jadi gelabah. Dekat tangan pun tak ada, poket depan tak ada, poket kiri kanan semua tak ada. Gua terus keluar dari kedai dan bergerak ke motor. Sampai dekat motor, tudia dompet gua dalam raga motor. Lega gila masa tu. Serentak dengan tu, kedengaran satu suara dari belakang.

"Kalau kau lambat lagi seminit, hilang dah beg duit tu aku kebas."

Gua terus berpaling kebelakang. Ada sorang bader india rambut panjang beruban tengah gelak-gelak. Loghat bader ni sebijik macam orang melayu. Tak ada bunyik india langsung.

"Haha takdelah. Aku gurau je!"

Babi mamat ni hal-hal hilang dompet ni bukan boleh buat bergurau. Dia ingat comel lah gelak sambil menggaru tu? Tapi gua gelak juga heh heh heh buat buat ikhlas.

"Jangan riso, kite orang KL, tak curik beg duit orang ni", jelas bader tu lagi.

"Orang KL?", tanya gua.

"Kuala Lipis. KL la jugak tu. Tapi kita tak sama dengan KL yang sana..", KL yang sana tu gua rasa sudah semestinya Kuala Lumpur.

"Yeke? Apa beza?", gua mintak penjelasan.

"KL sana orang punya lah jahat. Beg duit dekat tangan pun diorang ragut. KL kat sini orang baik-baik. Beg duit depan mata pun orang tak ambik. Tak gitu?"

"Heh heh heh. Gitu... gitu...Terima kasih", jelas gua dan terus start motor balik.

***

"Ok Selamat!", sayup-sayup suara bader tu gua dengar selepas gua mengambil selekoh ke kanan depan kedai buku lama Hiap Foh Chong tu.

Monday, February 17, 2014

Tidur Selepas Asar Menyebabkan Kepala Anda Menjadi Seperti Bugima

headache woman painful sakit kepala punca migrain

Jam menunjukkan pukul 7.10, gua baru bangun dari tidor ni. Bukan sengaja gua tidor, mungkin sebab gua penat sangat harini. Ulang alik sana sini. Dengan cuaca sekarang panas nokhoriaq. Bangun-bangun kepala pening nak mampos berpusing-pusing serupa mata sharingan.

Yang jelas menjadi tanda tanya dari dulu adalah, kenapa bila tidor lepas Asar je kepala pening macam ni. Gua tidor masa dalam kelas Prof. Rehan tak ada pulak pening-pening. Ni sekarang ni gua nak berdiri straight pun tak boleh. Bila dah pening perasaan pun asyik nak marah. Rase macam nak penampor je muka budak-budak k-pop yang pakai seluar ketat warna kuning, warna hijau lepas tu lipat sampai senteng ni.

Saturday, February 15, 2014

Pengalaman Gua Bekerja Yang Lalu

the gardens robinsons store malaysia

Masa gua Tahun 3 dulu, gua pernah sekali kerja dekat Robinson's The Gardens, alaaa...tempat-tempat pakcik dan makcik kaya terlebih duit nak beli baju le. Baju biasa-biasa pun sampai RM150. Apa cerita. Masa tu gua memang nak carik kerja sebab kelas gua banyak kosong. Gua dapat position 'Promoter' a.k.a tukang lipat baju.

Masuk masuk kerja pukul 3, gua dah rasa tak seronok. Supervisor gua merangkap sorang bader pendek ni transferkan gua dekat cawangan baju dalam plastik. Gua akur. Baju dalam plastik ni leceh macam gampang. Contoh le....ada sorang pakcik datang nak test baju, nak try terus 3 size. S, M, L. Lepas tu gua kena carik dan kasi kepada pakcik tu.

Bila dia test, tak jadi nak beli sebab 'cutting' tak cantik. Bila dah tak jadi beli, gua la yang kena lipat balik baju, dengan pin sana sini, klip sana sini masuk balik dalam plastik. Apa cerita brader? Gua bukannya suri rumah. Baju gua pun gua tak lipat. Lepas tu ada sorang cina tua ni tak habis-habis sound gua suruh pakai seluar slack licin, tak boleh pakai khakis katanya. Babi cakap sekali cukup lah. Gua bukannya bengap sangat tak paham.

Petang tu gua cakap dekat supervisor gua. "Saya mahu keluar kejap aa tokey. Mau pergi bank". Gua keluar petang pergi pekena teh dengan karipap size jumbo dekat mamak depan Garden's tu bersama Lyana Marzuki dan si Kubi, lepas tu tak balik-balik dah. Maknanya kerja paling sekejap gua pernah kerja. Kira macam datang tolong-tolong je.

Thursday, February 13, 2014

AutoCAD 2013 Certified Professional

autocad certified professional Autocad 2013 certificate

Setelah berapa minggu berulang-alik kelas dari pagi sampai petang, gua berjaya lepas peperiksaan ni siang tadi. Boom boom! bunyik mercun! Hari raya disambut dengan gembira.

Sunday, February 09, 2014

Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli

Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli poster redza minhat

Kelab teater kolej gua kembali lagi untuk tahun ini dengan wajah-wajah baru dan lakonan yang lebih mantap. Gua tak tipu. Eman Manan pun kalah. Tahun lepas kita orang dapat nombor 3. Harapan tahun ni adalah merebut tempat pertama. Dengan barisan pelakon yang lakonannya persis Matt Damon, gua rasa tak mustahil. Skrip ni adalah skrip asal Adiwijaya. Power

Untuk mendapatkan pedoman tentang acara ini, sila rujuk poster yang dah gua buat tu. Jangan tanya Pejabat Penerangan. Buat sakit hati je nanti.

Acara ini diadakan di Universiti Malaya, 18 Februari 2014 (Selasa malam) di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya. Yang lain-lain baca sendiri. Gua malas nak cerita panjang. Kalau lu orang ada sen, meh la datang, bawak segala kaum kerabat. Kalau tak ada sen, pun datang jugak sebab masuk percuma. Kalau yang dah ada nak plan keluar dengan makwe malam tu pospon la dulu meh datang UM tengok show free.

Datang beramai-ramai. Jangan lupa basuh baju nombor satu anda. Nampak steady sikit bila orang tangkap gambar masuk Pesbuk. Bila kena tag, tak ada laa segan sangat ye dok? Ini kang dressing macam musang lepas tu tengok gambor sendiri, malu. Keh keh keh.

Notakaki: Untuk tempahan poster, bisnes kad, event flyers, dan macam-macam lagi sila kontek gua di crackse7en@gmail.com

Friday, February 07, 2014

Kelas AutoCAD

Start semalam, gua dah hilang di fantasia bulan madu dah dalam kelas AutoCAD ni. Sebelum ni ok je. Start demonstrator ni berborak pasal plotting la viewport bagai gua dah jem. Gua tengok si Fatin dengan Ain macam hebat gila je. Si Dila gojes lagi la siap betulkan demonstrator tu lagi. Gua je yang terkebil-kebil seperti bodoh.

Akhir sekali gua fokus ke baca Budak Getah. Gila babi keadaan tengah tegang sekarang. Sabo rilek je lawan balik si Burgess walaupun badan dia besar serupa Afif Fadhuli. Pung pang pung pang pukul 5, kelas habis lalu gua balik dengan hati yang riang. Ramai jugak budak PASUM yang baru balik kelas pandang gua slek masa gua tarik Madah Berhelah punya solo atas motor semalam.

Friday, January 31, 2014

Kedai Semua Tutup Awal Ini Hari

Gua baru balik dari One Utama ni. Sebelum tu gua dari Sentul nak kasi klien final design banner, bisnes kad dengan flyers dia. Sekali gua ada silap lagi dekat bisnes kad tu. Terguna alamat lama. Macam fak. Nak edit dekat situ, kompiter dia zaman Ali Baba punya kompiter. Kalau Microsoft Opis pun tak ada, jangan harap lah Adobe Illustrator dia nak install.

Lepas tu gua bergerak ke One Utama saja berjalan-jalan bersama makwe. Sekali nak cari bag gitar. Pergi kedai Yamaha dekat tingkat 3, ada satu bag RM58, jurujual dia pulak seorang makwe yang macam pengkid tapi muka ada iras-iras Sam Bunkface. Tapi takpa, gua hold dulu. Seterusnya, gua bergerak pula ke Guitar Collection di aras yang sama. Masuk je, bader tu tunjukkan bag gitar yang ada kat situ. Harga RM53, tapi gua jenis tak berkenan sebab jurujual dia bader rambut panjang lepas tu jenis sedut-sedut hingus sebab selsema. Last-last gua beli yang RM58 punya bag. Sempat lagi gua kenyit mata dekat nakwe tu sebelum keluar kedai. Keh keh keh.

victoria's secret one utama

Masa tu baru pukul 4.30, tapi kelihatan semua kedai dah tutup, ada jugak yang bukak tapi itu pun kedai-kedai tingkatan enam atas seperti Coach dan Victoria's Secret. Takkan la gua nak berjalan-jalan dalam Victoria Secret, tak ke melanggar fitrah manusia tu? Itu belum campur kena pandang serong oleh masyarakat setempat lagi.

Last-last pukul 5 hampir semua kedai dah tutup. Pelik jugak gua bila Hari Raya Aidilfitri kedai tak ada la tutup tapi bila Raya Cina semua kedai tutup. Nampak sangat bisnes kat Malaysia semua Cina yang punya. Melayu buat apa? Apa lagi, besar kemungkinan duduk rumah bergosip pasal Hafiz menang Juara Lagu, mengumpat jiran sebelah sambil baca Beautiful Nara la sebab itu je benda yang paling penting dalam dunia. Ikut demeh la.

Sunday, January 26, 2014

Menghadap Kompiter

Pagi pukul 9 kelas AutoCAD gua bermula. Kelas tu pulak sejuk serupa London. Gua sampai selsema 3 hari sebab kelas sejuk sangat. Kelas AutoCAD menghadap kompiter. Balik bilik pukul 5, gua sambung design flyers dengan banner untuk client kedai Singer barang elektrik. Tapi Singer sekarang ada jual motor juga. Gua baru tau. Design flyers & banner sampai pukul 11. Baru gua ada masa untuk mandi. Macam mana laaa kepala gua tak pening macam cilake?

Tuesday, January 21, 2014

Kembali Bernyawa

clap hands downgila

Setelah sekian lama, akhirnya gua ada masa nak menulis balik. 2 minggu lepas gua sibuk dengan peperiksaan. Biasalah masa Tahun Satu main banyak pointer macam gampang sekarang baru nak kompliketed repair pointer. Minggu lepas pulak gua balik Lipis sampai Ahad, tak ada internet la jawabnya. Ni baru dapat internet hah.

Haritu blog gua dah tamat tarikh luput. Gua pun ingat malas dah nak sambung. Tapi dengan secara magisnya, datang seorang hero yang sangat hensem lagi segak menyelamatkan keadaan. Lu orang boleh samakan bader ni dengan A. Galak. Beliau telah menaja blog ni untuk setahun akan datang. Bader yang gua maksudkan adalah bro Titan.

Nak ceritanya gua follow blog bader ni lama jugak dah. Start dengan cerita Ain Maisarah tu. Tapi bader ni ada buat bisnes guna blog. Affliate ke apa entah gua tak mahir bahagian tu. Yang gua jadi ke fokus bila dia cerita pasal benda lain selain affliate lah. Kah kah kah. Dengan segala hormatnya marilah sama sama kita mengucapkan terima kasih dan murah rezeki kepada bader Titan. Pap Pap Pap (tepuk tangan)

Masuk tahun 2014 ni jugak maknanya blog gua dah nak capai usia 5 tahun. Bila blog gua dah darjah 1 nanti, gua ingat nak hantar masuk sekolah tahfiz.

Friday, January 03, 2014

Batinku Terseksa

delicious malaysian food kota bharu

Petang ni hujan renyai renyai. Gua bersiap siap dengan mata menyorot ganas minta tidur lagi. Ingatnya nak berjogging. Jogging masa hujan renyai-renyai ni sedap, tapi baru je sampai pagar kolej, hujan semakin lebat. Gua patah balik naik bilik.

Depan bilik gua ni rumah si Sulaiman. Dulu Sulaiman ni rumet gua masa minggu orientasi. Lepas habis kita orang membawa haluan masing-masing. Sekarang Sulaiman dah jadi abang-abang penyelia. Sulaiman jugak baru lepas berkahwin. Yang terseksanya gua la. Hari-hari bini dia masak sampai ke bilik gua bau. Pagi bau mee goreng. Petang bau pisang goreng. Ni maghrib-maghrib bau pulak entah masakan apa yang bini dia goreng gua tak tau tapi sedap. Untung betul ada bini ni. Tau tak last gua makan nasik tengah hari semalam woi? Sedih betul hidup ni.

"Kalau gua boleh lahir balik, gua ingat nak jadi kerang le.", kata hati gua sambil makan roti tak ada kaya sebab kaya dah naik kulat.