Kuch Kuch Hota Hai | downgila

Saturday, May 17, 2014

Kuch Kuch Hota Hai

Gua bangun tidur pagi je hari gelap. Gua terus pasang lagu Hujan "pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang". Bodoh jugak lirik Hujan ni. Apa kaitan hari gelap dengan abang lu? Nama abang lu Mohd Hujan ke? Lepas tu gua terus bersiap-siap bangun dan menggeliat. Selepas menggeliat, gua mengambil langkah drastik untuk baring dan ke tidur semula. Pukul 9.30 baru bangun balik.

Hari mula hujan lebat. Gua mula bukak laptop dan memandang assignment yang gua perlu buat. Babi satu apa gua tak paham. Tenung punya tenung sedar-sedar dah pukul 3 petang. Gua bersiap-siap untuk mandi. Tengah-tengah jalan ke bilik air, kedengaran lagu Kuch Kuch Hota Hai dipasangkan. Gua rasa ni mesti TV3 yang pasang ni. Palapes pulak jenis semua Mat Bunga. Memang minat sangat cerita-cerita gini.

kuch kuch hota hai poster download

Gua teruskan perjalanan ke bilik air. Sedang gua memberus gigi, gua teringat, dulu zaman kecik-kecik, asal hari Sabtu je, gua dan keluarga mesti tersadai depan TV untuk sesi Hindustan hari Sabtu. Pergh masa tu scene hindustan memang hit betul. Gua boleh jadi sedih bila teringat si Kajol punya kisah percintaan. Tapi gua tengok hindustan tak lama. Adalah sampai darjah 5.

Masa tu gua dapat tau yang sebenarnya Kuch Kuch Hota Hai punya lagu tu bukan Shah Rukh Khan pun yang nyanyi. Kajol dengan Rani Mukherjee pun sama. Diorang pakat buat-buat mulut je rupanya. Ada orang lain yang nyanyi. Gila berderai hati gua bila gua dapat tahu kisah sebenar tersebut. Jadi pada waktu tu juga gua bertekad untuk tidak lagi menengok cerita hindustan serta ditipu oleh orang India.

6 comments:

  1. pehh .
    nko pun pernah mengalami scene hindustan ni ehh .
    powa !

    ReplyDelete
  2. Tu belum lagi kau kena tipu dengan Sivaji The Boss! SRK tipu kau lite-lite je. Sivaji tipu kau macam gampa*g!

    ReplyDelete
  3. Skang punya hindustan tak best.

    ReplyDelete
  4. haha..gua tengok pun tahu. Pergerakan mulut tak sama masa diorang nyanyi. Mak gua pun mengiyakannya dengan serius.

    ReplyDelete
  5. hahaha . gua fanatik gilos Kuch kuch hota hai ni . sampai masa skolah rndah dlu ikat rmbut style anjali , rmbut depan ikat tocang . wakakakaa :D

    ReplyDelete
  6. punye fanatik sanggup tahan kencing. mulut ternganga mata bercahaya.. aku siap hafal step menari tunjuk kat mak aku..tup tup kena marah dgn mak sebab xsembahyang. ishishish.. ini sume iluminati ni!

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...