downgila: September 2013

Sunday, September 29, 2013

Saturday, September 28, 2013

Isteri Mat Yo



Satu je gua risau dengan isteri Mat Yo ni, kenapa gambar tak HD? Dah la tak HD, yang bengap sangat pergi rekod lepas tu upload kat internet kenapa? Ish ish ish. Ni kes ingat diri Azwan Ali la ni. Otak udang.

Wednesday, September 25, 2013

Nak VS Ada

Brooks Ghost 4 red running shoes flat foot support

Nak.

1) Kasut jogging baru sebab kasut jogging gua haram tapak dah nak tercabut. Beli tahun 2010. Dah berapa ratus KM dah gua lari dengan kasut ni - RM300+

2) Baju sehelai dua sebab nak pergi kelas asyik baju sama. Tapi yang ni gua boleh hold dulu sebab gua kisah pulak orang tengok pakai baju sama hari hari. Gua bukan pondan nak 'apply' mekap dan melawo kekelas. - RM40+

3) Kasut raya, kasut last buat berjalan beli masa tingkatan 4. Nak jugak merasa kasut baru. Tapi ni pun boleh hold dulu sebab gua jarang pakai kasut. - RM100+

4) Komputer baru sebab CQ-40 yang berkualiti ni nazak gila, panas sikit je mulalah sangkut-sangkut macam gampang. Keyboard semua dah terkopak nampak wayar dalam laptop, kipas semua nampak. Memang tunggu masa je ni. Tapi gua rasa yang ni pun kena hold sebab nampak gaya macam kena guna jugak laptop ni setahun lagi. - RM2000

5) Nak topup, kredit gua baru je habis. Nak reply mesej Ike dia nak format laptop malam ni pun tak boleh - RM10+

6) Makan - RM 50 seminggu

Jumlah - RM2450

Ada Dalam Dompet.

1) Sehelai duit merah
2) Sehelai duit biru.
3) 1 keping syiling 50 sen.
4) 1 keping syiling 10 sen lama.

Jumlah - RM11.60

Fak! Bila lah gua nak berhenti jadi miskin ni?

Monday, September 23, 2013

Merenung Makwe

Semalam masa gua melepak depan mekdi wangsa maju yang dekat depan Balai Bomba tu, gua terperasan seorang makwe yang boleh tahan comel sedang menjaga kaunter pandu-lalu mekdi. Orang lalu, dia pass makanan, ada orang cina, melayu, singh, makcik gemok, pakcik gemok beratur di dalam kereta masing-masing. Semua menjadi semakin pemalas nak berjalan dan hanya masuk pandu-lalu. Tugas makwe tu hanyalah pass segala kentang goreng, berger dan apa apa sahaja yang diorder. Patutlah manusia sekarang semakin gemok. Nak makan pun malas nak berjalan.

Masa tu jugak gua perasan, lebih separuh kereta yang lalu kat situ adalah Myvi. Ini mendatangkan persoalan di fikiran. Kenapa semua orang minat pakai Myvi? Perodua ada pasang Jin Baghdad ke amende dekat Myvi?

Wednesday, September 18, 2013

Selipar

Selipar fipper murah downgila

Tarikh spesifik pembelian selipar ini gua dah tak dapat ingat. Mungkin gua kena rujuk semula kalendar 2010. Yang pasti gua angkat akhir tahun 2010. Dekat dekat nak raya. Pendek kata selipar raya. Tapi gua tak pakai pun pergi sembahyang raya. Gua angkat masa tu masa dekat Uptown Danau, harga masa tu pun baru RM9.90. Sekarang gua rasa selipar brand ni dah nak dekat RM16.90. Gila babi.

Sekarang dah hujung tahun 2013. Dah tu dah dekat dekat nak bulan Oktober, bulan kegemaran kita semua. Sebab bulan Oktober ni bulan harijadi gua.

Masa hari gua beli dulu, ada 2-3 ekor kutu orang kolej gua follow sekali. Diorang memang tidak berpuas hati dengan pembelian selipar ini. Macam macam benda diorang cakap. Tak pernah dengar jenama le, baik beli yang elok sikit le, baik pakai sabut kelapa le, memunah le.. Tapi gua buat buat lali. Gua terus bayar RM10 dekat abang Kelantan tu.. Cakap-cakap sumbang tentang selipar gua ni berlarutan makan tahun juga. Dalam 4 tahun ni gua malas nak tanya diorang berapa kali beli selipar mahal?

Semasa cuti yang lalu, selipar ini dah sampai ke kemuncak kariernya sebagai selipar. Time tu gua tengah memandu untuk mengambil anak sedara gua di Tadika, gua dapat rasa komponen penting selipar ini iaitu area ibu jari kaki mengepit tu dah mereput. Gua tekan minyak, tekan brek, tekan minyak, tekan brek mengejut, layer getah tu dah berlubang. Gua boleh rasa pedal minyak tu dengan ibu jari kaki. Maknanya memang cari pasal kalau gua pakai lagi selipar ni buat berjalan kat Petaling Street.

Kalau nak cerita pasal berjasanya selipar ni, gua dah tak boleh. Banyak sangat. Tambah pula kehidupan gua selama 4 tahun ke belakang adalah sebagai seorang student yang cemerlang. Jadi hari hari ke hulu ke hilir pakai selipar. Walaupun pihak Universiti menghalang pelajar pelajar menggunakan ‘selipar jamban’ untuk ke kelas, gua tetap steady. Cuma nak masuk perpustakaan je kadang-kadang abang jaga tu buat menggelabah tetek suruh pakai kasut. Tapi gua tak pergi pun perpustakaan. Kah kah kah.

Gua dating dulu pun pakai selipar ni. Takde pakai kasut pejabat, kasut sport. Sampai ada sekali selipar gua lekat dekat hujung eskelater, jadi gua terpaksa tarik aje selipar tu dengan perasaan malu gila babi. Tu yang ada muncung selipar tu hilang sikit tu. Kena makan dengan eskeleter la tu.

Itu belum masuk kena patuk ayam (boleh dirujuk pada gambarajah iaitu selipar belah kiri), Dengan kawan kawan adik gua datang rumah dan secara kurang ajar main petik je abu rokok depan pintu rumah, bawak pergi memancing entah mana mana lubuk dan pergi rumah sedara mana mana, halaman pula becak, lepas tu kalau pijak becak selipar melekat. Nak mengangkat kaki bukan main payah. Kalau selipar mahal tu dah lama cabut selipar pakai kaki ayam jalan. Apa guna beli selipar kalau macam tu? Boleh membara juga hati kalau tiba tiba terpijak taik ayam suam..

Saturday, September 14, 2013

On Time

azwan shaharuddin Firdaus zulkapli noh hafizri downgila Universiti malaya kejuruteraan awam

Yang kanan sekali tu yang paling cemerlang dalam gambar ni. Dapat grad on-time. Kutu-kutu yang lain kena bersabar sikit. Pepatah melayu ada mengatakan, tuah ayam nampak di kaki, muka si Bangi jugak nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Gambar dari Saznizam

Takdelah Penat Sangat Mak

Gua masa cuti sekali sekala akan kena ‘summon’ dengan bapak untuk kerja-kerja runcit mengangkat barang. Bapak gua kontraktor kecil-kecilan. Ini bermaksud bapak gua tidak akan membazirkan duit dengan mengupah Pakistan tak ada permit untuk mengangkat barang barang yang sudah tidak digunakan lagi untuk dibuang selepas projek siap. Jadi gua la kena buat buat Pakistan dan mengangkat barang barang tersebut. Tapi buangnya banyak ke rumah jugak. Sebab tu gua tengok rumah ni makin lama haram dah macam tapak kontrak dah.

Barang-barang pulak bukan main beras sekilo ke bawang sekilo ke. Main jenis kayu besar besar, penuh paku, kadang kadang atap genting dan macam macam lagi. Sebab ni jugaklah gua tak ada buat mengada-ngada nak pergi gym angkat besi macam abang-abang metroseksual Kolej Kediaman Kelima.

Yang terbaru bapak gua dapat kerja untuk tukar atap yang konkrit sekeping sekeping tu kepada atap zink. Atap zink zaman sekarang lebih praktikal untuk bangunan kecil sebab lagi ringan. Kalau beli yang ada kualiti sikit, keras pun keras. Lagi jimat.

****

Masa tu baru pukul 8.30, bapak gua tanpa ada salam dan ketuk pintu terus melakukan terjahan secara gerila ke dalam bilik.

“Abang, bangun! Jom tolong angkat atap!”

Selain warden sekolah gua yang bernama Lan Gay, bapak gua juga mempunyai bakat dalam mengejut kita orang adik beradik dengan hanya satu ayat. Dia punya feel tali pinggang askar ke betis masa kecik-kecik tu fresh lagi. Gua terjaga masa tu jugak mendengarkan suara bapak gua yang lebih ke marah. Bakat macam ni jarang dimiliki oleh orang banyak.

Tanpa menggosok gigi atau membasuh muka, gua capai sarung tangan dan terus masuk kedalam lori dan bergerak menuju ke tapak projek untuk mengangkat atap atap yang sudah tidak digunakan lagi. Angkat angkat sampai pukul 6 petang jugak baru siap. Itu pun tak habis lagi. Ada bertimbun timbun lagi atap untuk diangkat. Bahu gua dah mula sengal-sengal.

****

Bertitik tolak dari kerja yang palat, gua memegang satu cita cita untuk keluar dari kemelut hidup mengangkat barang barang berat.

“Penat kan?” Mak gua bertanya sambil menggelek tepung untuk dibuat karipap. Gua hanya mengangguk kelesuan sambil mengintai lauk di sebalik tudung saji.

"Aaaa macam tu le kerja orang yang takde kelulusan...” sambung beliau.

Gua ingat sem baru ni nak belajor sungguh sungguh le, pastu nanti tak ada dah gua nak angkat angkat lagi. Semua gua pass ke Joko ke, Katok ke, Sispandi ke mana mana Indonesia yang nak. Kalau lu nak jugak boleh la emel resume ke alamat emel gua.

Tuesday, September 10, 2013

Kalau Cuti

tiz zaqyah dan remy ishak razak bertudung

Kalau sekarang ni cuti, gua dekat rumah biasa baru je lagi bangun. Gua akan bangun sekitar waktu ini dan kadang kadang boleh terlajak sampai terlepas cerita Jodoh Itu Milik Kita lakonan Tiz Zaqyah. Bangun saja gua akan mencari surat khabar dan membaca bahagian dunia. Bahagian lain sikit pun gua tak ambik port sejak Amerika buat macam bagus nak serang Syria.

Gua tak nak hilang tumpuan dengan kes kes suami potong kemaluan sendiri, lori terbabas akibat mengantuk, nenek dikurung dalam van dan mahathir bergurau dengan badawi. Tapi sejak akhir-akhir ni bapak gua jarang beli paper. Mungkin duit pencen dia dah berkurangan. Seterusnya gua mencari sarapan apa apa yang patut. Pada masa ini, nasi goreng di dalam tudung saji mengalami masalah minyak menurun dan gua akan kaut bahagian atas-atas bagi memastikan tidak mengambil kolestrol berlebihan.

Selesai bersarapan gua akan membancuh secawan teh panas sambil menonton highlight perlawanan perlawanan bola yang sudah untuk melihat gol gol dengan lebih mendalam. Lepas dah habis aje teh gua akan pekena tengok movie dekat channel movie tu sampai lebam. Kalau tak ada cerita gua tengok Super Spontan. Tapi Super Spontan 2013 yang baru ni macam gampang tak best langsung. Lagi-lagi Nabil. Point dia tak habis habis telinga capang. Buat lawak macam budak sekolah menengah jeeee.

Saturday, September 07, 2013

Minyak Naik

minyak naik 20 sen

Baru baru ni harga minyak naik lagi sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Gua malas nak komplen sangat, bila komplen mat kerajaan akan backup cakap "Eleh mengada-ngada, naik sikit nak komplen, kerja la keras sikit, tengok negara lain lagi mahal minyak". Tapi sebab ni blog gua, gua komplen juga.

Negara yang mahal minyak tu negara yang tak ada minyak. Sebab itu le mahal. Lu tengok negara arab. Minyak diorang buat siram pokok bunga je petang petang besama keluarga. Subsidi sesaje. Tak payah jauh jauh, lu tengok Brunei je sudah. Gua bukan la tergila-gila sangat nak subsidi, tapi itu hari sebelum pilihanraya je minyak turun, lepas je pilihanraya naik. Haram. Negara kita banyak jugak minyak. Tak silap ada satu syarikat yang agak 'king' dalam pengeluaran minyak iaitu Petronas. Bukan runcit runcit punya perniagaan. Lu tengok Hamilton menang F1 itu hari naik nak amek medal. Baju dia pun tulis "PETRONAS". Kiranya kita sebagai rakyat malaysia memang berhak dapat subsidi minyak. Tak payah le nak bandingkan harga dengan negara yang tak ada minyak. Blerghhh.

Lepas tu dalam berita menteri menteri semua kabor harga minyak naik tak akan menyusahkan orang yang susah la apa la. GO SINI.

Katanya,

"The only people with big cars are prominent figures. Kampung people don’t have cars".
Bengap betul menteri zaman sekarang. Minyak naik, harga barang pun naik la. Korang rasa sakit ke tak, try la dulu pergi menoreh getah seminggu dua. Punya la perit nak mendapatkan duit. Lu menteri kaya raya mana tau susah orang orang kampung. Tengok la nanti baru menoreh sikit dah muntah, letih sikit menangis-nangis. Pening le, banyak nyamuk le, busuk le, panas le bagai. Menteri memang la tak rasa beban bila harga minyak naik sebab korang berjalan kehulu kehilir naik kereta mahal-mahal, ada driver pakai uniform, tinted hitam legam tapi JPJ tak berani nak tahan, no plat berjuta juta, tapi tak ada keluar satu sen pun duit minyak. Barang dapur, sabun mandi, susu anak pun orang gaji korang yang pergi beli boleh la cakap bebal.

Oh ya. Lupa nak bagitau. Gua dah sampai Kolumpo.