Selipar | downgila

Wednesday, September 18, 2013

Selipar

Selipar fipper murah downgila

Tarikh spesifik pembelian selipar ini gua dah tak dapat ingat. Mungkin gua kena rujuk semula kalendar 2010. Yang pasti gua angkat akhir tahun 2010. Dekat dekat nak raya. Pendek kata selipar raya. Tapi gua tak pakai pun pergi sembahyang raya. Gua angkat masa tu masa dekat Uptown Danau, harga masa tu pun baru RM9.90. Sekarang gua rasa selipar brand ni dah nak dekat RM16.90. Gila babi.

Sekarang dah hujung tahun 2013. Dah tu dah dekat dekat nak bulan Oktober, bulan kegemaran kita semua. Sebab bulan Oktober ni bulan harijadi gua.

Masa hari gua beli dulu, ada 2-3 ekor kutu orang kolej gua follow sekali. Diorang memang tidak berpuas hati dengan pembelian selipar ini. Macam macam benda diorang cakap. Tak pernah dengar jenama le, baik beli yang elok sikit le, baik pakai sabut kelapa le, memunah le.. Tapi gua buat buat lali. Gua terus bayar RM10 dekat abang Kelantan tu.. Cakap-cakap sumbang tentang selipar gua ni berlarutan makan tahun juga. Dalam 4 tahun ni gua malas nak tanya diorang berapa kali beli selipar mahal?

Semasa cuti yang lalu, selipar ini dah sampai ke kemuncak kariernya sebagai selipar. Time tu gua tengah memandu untuk mengambil anak sedara gua di Tadika, gua dapat rasa komponen penting selipar ini iaitu area ibu jari kaki mengepit tu dah mereput. Gua tekan minyak, tekan brek, tekan minyak, tekan brek mengejut, layer getah tu dah berlubang. Gua boleh rasa pedal minyak tu dengan ibu jari kaki. Maknanya memang cari pasal kalau gua pakai lagi selipar ni buat berjalan kat Petaling Street.

Kalau nak cerita pasal berjasanya selipar ni, gua dah tak boleh. Banyak sangat. Tambah pula kehidupan gua selama 4 tahun ke belakang adalah sebagai seorang student yang cemerlang. Jadi hari hari ke hulu ke hilir pakai selipar. Walaupun pihak Universiti menghalang pelajar pelajar menggunakan ‘selipar jamban’ untuk ke kelas, gua tetap steady. Cuma nak masuk perpustakaan je kadang-kadang abang jaga tu buat menggelabah tetek suruh pakai kasut. Tapi gua tak pergi pun perpustakaan. Kah kah kah.

Gua dating dulu pun pakai selipar ni. Takde pakai kasut pejabat, kasut sport. Sampai ada sekali selipar gua lekat dekat hujung eskelater, jadi gua terpaksa tarik aje selipar tu dengan perasaan malu gila babi. Tu yang ada muncung selipar tu hilang sikit tu. Kena makan dengan eskeleter la tu.

Itu belum masuk kena patuk ayam (boleh dirujuk pada gambarajah iaitu selipar belah kiri), Dengan kawan kawan adik gua datang rumah dan secara kurang ajar main petik je abu rokok depan pintu rumah, bawak pergi memancing entah mana mana lubuk dan pergi rumah sedara mana mana, halaman pula becak, lepas tu kalau pijak becak selipar melekat. Nak mengangkat kaki bukan main payah. Kalau selipar mahal tu dah lama cabut selipar pakai kaki ayam jalan. Apa guna beli selipar kalau macam tu? Boleh membara juga hati kalau tiba tiba terpijak taik ayam suam..

12 comments:

  1. gila bapak lah berjasa selipar ni. menangis aku baca entry kau. sesungguhnya selipar ni boleh dianugerahkan Ahli Mangku Negara atas jasa kebaktiannya! :)

    *finally you're back!

    ReplyDelete
  2. Baik ko frame kan selipar ni.

    ReplyDelete
  3. Kau buat khazanah simpan ke anak cucu kau dan sambil rilek bila derhaka mintak kasut baru, kau keluarkan selipar kau ni. Mohon lakukan. Anyway, fipper skang tak berapa power macam cacing je buatan. pfftt~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku xpakai dah fipper. nohorom mahal. aku pakai ni yang ada tulis "Facebook" punya selipar jepun

      Delete
  4. dah dikategorikan sbg legend dah selipar ni bro

    ReplyDelete
  5. peh. banyak jasanya tu.

    ReplyDelete
  6. Haha..selipar memang banyak jasanyakan..tapi kadang2 orang mudah lupa dengan jasa dan bakti yang ditunjukkan oleh selipar..

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...