Tips Kurangkan Rabun | downgila

Sunday, November 13, 2011

Tips Kurangkan Rabun

tips kurangkan rabun petua

Gua dulu dulu masa kecik anak orang susah. Adik beradik ada 6, 5 orang sekolah. Jadi gua dah biasa jugak hidup sen sikit ni. Dulu masa sekolah rendah, duit belanja gua 60 sen je. Ada rezeki lebih 70 sen. Masa tu 60 sen dah boleh dapat makan banyak dah. Pergi kantin makan nasik lemak 50 sen sama air oren 10 sen sedut ikut bontot plastik, tak ada straw. Ada hari gua bayar, ada hari gua angkat nasik lemak budak budak rancangan makanan tambahan.

Gua bukan apa, nasik lemak tu banyak banyak pun tak habis juga, padahal kantin dah sediakan cukup cukup untuk semua. Ada la yang berlagak kaya tak nak makan. Taknak ambil nasik lemak yang dah disusun untuk diorang.  Budak budak rancangan makanan tu kadang kadang ada je duit belanja seringgit makan laksa dengan air 30 sen ada straw. Melampau betul. Baru sekolah rendah dah pandai tolak subsidi.

Tapi dulu masa sekolah rendah takda la hari hari gua makan nasik lemak, ada hari gua makan mee goreng, meehun goreng, karipap dan pulut panggang. Ada juga gua cuba cuba untuk makan makanan yang gua tak tahu pun apa nama. Kita kena berani mencuba. Cuma mee kari je yang gua tak makan sebab takut baju kena kari.

Ada hari jugak gua tak makan pun dekat kantin sebab mak gua dah bagi bekal. Masa rehat gua, gua duduk tepi lereng bukit tengok kawan kawan main galah panjang. Masa tu mesti ada 2 3 ekor kutu tak ada sen lepak sekali tengok orang main. Kadang kadang diorang bukan tak ada sen, saja tak nak makan simpan duit hujung minggu nak pergi cyber cafe main "Metal Slug". Jenis yang macam ni gua respek. Pandai menabung dan mengawal perbelanjaan.

Jadi kat mana rabunnya? Bangang.



Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...