Cheese Nan Scene Report | downgila

Monday, November 21, 2011

Cheese Nan Scene Report

Dekat tengah tu adalah cheese dia yang padu dan meleleh.

Cheese Nan scene report

Attendance : GP, Mok, Bangi
Venue : Steven's Corner, Setapak.
Time : 10:20 PM - 11.50 PM

Nampaknya 'scene' cheese nan semakin berkembang sejak kebelakangan ini. Setakat dalam dua tiga bulan kebelakangan ini, ada la dalam 10 orang kutu dalam komuniti scene cheese nan Kolumpo. Gua rasa scene ni boleh berkembang dan menjadi lebih power. Tapi tak best juga kalau ramai poser.

Buat masa ini stuff kami cuma lah dari Steven's Corner dan RSMY dekat dekat SOGO.

Untuk laporan kali ini, kami telah menuju ke Steven's Corner di Setapak untuk mendapatkan stuff kami. Perjalanan ke Steven's mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya. Kali ini kami bergerak menggunakan kereta Bangi.

Selain disebabkan oleh Bangi sangat noob tidak pernah lagi makan di Steven's kerana baru berjinak jinak didalam scene cheese nan, kami memilih Steven's adalah kerana stuff nya yang solid dengan kadar harga yang berpatutan. Dan yang lebih power, stuff mereka juga boleh tahan lebih kurang 3 hari kalau simpan dalam peti.

Aktiviti 'scene' cheese nan Kolumpo awal-awal ni tak banyak lagi. Selain kumpul stuff, biasanya kami cuma buat gig cheese nan kecik. Yang datangnya dalam 5-6 orang. Tapi kira puas hati la. Bagi gua yang penting dia punya kualiti tu, bukan kuantiti. Lagi satu yang penting, kami semua respect each other dan tak buat chaos.

Okey sekian saja laporan kali ini. Cheese Nan in my blood!

LAMPIRAN 

DARI ATAS : Bangi tengah terkesima merasa cheese, Mok gua tak tahu nak cakap apa yang dia tengah buat, Gua tengah tarik cheese....



Nazmi Faiz Mansor, the SPM boy tak amik SPM semata mata nak berjuang main bola for negara. Now that's cool.

16 comments:

  1. Semua cheese nan win ! aku nak hunt semua cheese nan !

    ReplyDelete
  2. @Lyana M. jgn risau. barra punya still dalam observation, nnt gua pergi

    ReplyDelete
  3. lu post laju boleh? jauh

    ReplyDelete
  4. ok! lu sengaja buat gua bertambah lapar di kala hujan lebat ni.!

    ReplyDelete
  5. giler sedap tengok. damn ah ko. aku tengah diet nih

    ReplyDelete
  6. @LynN LoLa~~ Serius sedap. cheese dia melelehlelehehehehe bai

    ReplyDelete
  7. testing testis.. (gua sgja nak test komen kt cni)
    BTW, cheese nan ek, spt abg zam, gua pun nak jgak.. keh3.. post laju plisz.. wakakakakakakak..
    xD

    ReplyDelete
  8. fuiyoo apa ni ? dapat naik pangkat ka ni ?

    ReplyDelete
  9. @Hazwan Kamarudin Haha. lebih kurang la. Top commentor

    ReplyDelete
  10. cheese nan = low cost pizza~ (^_^)v

    ReplyDelete
  11. rasa geram plak bila tengook cheese tu.

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...