Nike We Run KL 10K 2011 | downgila

Wednesday, November 30, 2011

Nike We Run KL 10K 2011

Nike We Run KL 10k 2012 20111



Event yang disediakan oleh Nike untuk manusia manusia yang suka lari lari lepas tu dapat urut free. Gua register dengan member member mula mula. ada la dalam 12 orang kutu kolej gua register menda alah ni. Gua sebagai abang yang hari hari jogging sebab tak power main futsal takkan tak nak join? Mana nak letak maruah gua?

Gua sahut cabaran, bayar RM20, dapat Baju nike selai, botol, dgn ada lah menda alah lain. Baju tu saja dah nak dekat RM 50 last gua check dekat butik Nike. Gua memang selalu jalan jalan dekat butik butik nike, adidas ni semua. Baru nampak kaya. Padahal duit dalam poket ada RM 12.

Hari event, haram jadah daripada ramai ramai kutu yang semangat nak join last last tinggal 4 orang. Gua, salak, aspau dengan cina. Pukul 5 pagi cina kejut gua, siap siap semua orang gerak dalam pukul 6. Naik kereta cina. Entah apasal semangat gua nak lari tinggi betul. Boleh bangun pukul 5. Kalau subuh nak bangun on time memang harapan

Yang tak berapa best kitorang berempat start dekat belakang, Ramai la makwe makwe yang pakai legging join saje saje nak tunjuk betis dengan peha diorang cerah. Celaka. buat tambah dosa. Bukan nak lari. Pasang Ipong dekat tepi macam laju sangat nak lari. Last last jalan. Dah jalan, nak jalan tengah jalan. Mula lah block gua yang laju ni. Tapi best jugak bila makwe legging ni jalan. Tak payah gua lari laju nak usha dekat dekat legging diorang warna apa.

Pendekkan cerita gua dapat habiskan 10k tapi gua kalah dengan Salak. Laju mamat ni. Dulu dulu gua rasa dia ni lembab je. Ajak jogging baru sikit dah mengah. Macam burung tiong. Sekarang dah laju. Gua rasa ni lah hasil training dia nak jadi kurus. Sekarang dah kurus dan laju. Power power. Siapa dapat habiskan, dapat satu pendrive sebijik macam kasut ni.


Gua lari non stop sepanjang 10k tu, banyak la potong orang orang yang berlari lari anak dan berjalan. Gua tak bawak mp3 terdengar la perbualan antara diorang.

"Kita boleh buat ni baby, come on. lari laju sikit"

"ahh malas ah lari. kite jalan je. haha"

"You can do it, you can do it", seorang makwe melayu badan agak besar cakap dekat diri sendiri,
walaupun pakai macam cilake seksi, tapi dia steady. Gua suka, gua suka!

"Fuhh fuuhh fuhhh..bernafas....bernafas"

"Abang bila nak cukup duit masuk meminang?"

Gua dengar yang last tu secara automatik terpandang siapa yang cakap sekaligus menjadikan gua lambat beberapa minit. Kalau tak mesti gua dapat no 1

LAMPIRAN

Salak, gua, Aspau. Cina yang tangkap pic

******

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...