Jangan La Kejut Gua Kalau Tengah Hujan | downgila

Wednesday, November 02, 2011

Jangan La Kejut Gua Kalau Tengah Hujan


Daripada dulu sampai sekarang 80% orang yang datang ke bilik gua mesti bukan nak carik gua. Rasa tensyen tu sebenarnya dah lama menebal dalam diri. Tapi gua malas layankan sangat perasaan ni. Paling celaka bila time time hujan lepas tu orang tu ketuk pintu kuat kuat. Rasa nak terajang pun ada.

Masa gua dekat PASUM dulu, gua duduk sebilik dengan budak Pengajian Islam. Budak budak pengajian Islam ni masa tu selalu layan scene main basikal petang petang. Dia sebenarnya basikal ke apa apa pun bila buat ramai ramai jadik seronok. Gua biasanya petang petang kalau penat sangat memang gua tidor

Ada satu hari ni, gua tengah konsentret gila tidor pakai seluar Dockers tak pakai baju. Masa tu hujan lebat.  Tidur time hujan tu memang sedap la orang kabor. Tengah sedap sedap layan tidur.

TOK TOK TOK!! Bunyik pintu bilik gua diketuk kuat.

Gua malas bukak. Makin lama makin kuat pulak dia ketuk. Gua jadik baran pulak. Dalam fikiran gua kalau orang kejut time time hujan ni ada dua benda je. Sama ada rumet gua lupa bawak kunci dan tak boleh masuk bilik ataupun ada orang nak pinjam payung. Tapi disebabkan masa tu gua tak ada payung, gua setting lain. Mesti rumet gua tertinggal kunci bilik.

Bila gua sedarr dan ingin membukak pintu, orang yang ketuk pintu tu mula bersuara.

"Fahmi Fahmi!!", jerit bader tersebut. Nama rumet gua Fahmi. Jadi jelaslah yang diluar tersebut bukan rumet gua.

Gua bingkas bangun. Pada masa yang sama jugak gua sempat capai 2 pucuk pistol. Satu isi kocek belakang, satu isi dalam seluar atas buku lali. Walaupun dah banyak kali main senjata, gua masih ada lagi perasaan berdebar. Mungkin sebab tak cukup bekalan akhirat.

Gua dengan keadaan berhati hati membuka kunci bilik perlahan lahan. Keadaan pada masa itu adalah sangat genting. Kelihatan seorang bader yang tidak berapa tinggi berdiri di hadapan pintu.

"Hah Apahal?", tanya gua dongak dongak kepala. Tangan gua yang memegang pistol sorok belakang.

"Bertenang saudara bertenang..Fahmi ada tak?", tanya bader tersebut macam takut sebab nampak muka gua yang ganas tapi masih mengekalkan kejambuan gua.

"Tak ada, dia tak balik lagi." gua jawab. Masa tu tangan gua bila bila masa je boleh bertindak capai pistol.

"Ohh kalau dia balik nanti bagitau dia aku pinjam basikal dia ek"

"Ok." jawab gua seraya menutup pintu bilik. Gua sambung tidor gua yang terganggu. Pistol gua letak bawah bantal.

*****

Kalau hujan hujan lepas tu pintu bilik gua berkunci tolonglah jangan ketuk2. Gua mesti la tengah tidur takpun membuat aktiviti aktiviti yang lelaki muda muda selalu buat. Kacau betol.

15 comments:

  1. Hak3. yang aku tau yg pistol tu ko tipu

    ReplyDelete
  2. pistol lu ada peluru tak?

    ReplyDelete
  3. kalau hujan hujan dalam selimut tak lain tak bukan bekerja lettew
    sama lah kita

    ReplyDelete
  4. hahah. lawak hang ni.dtg mana ja pistol pulak

    ReplyDelete
  5. takkan dia tak tergugat langsung tengok kau tak pakai baju? sikit pon tak de ke? ishishishhhhhh

    ReplyDelete
  6. cait, membuat aktiviti aktiviti yang lelaki muda muda selalu buat pulak. bnyk barg peransang le tewww.

    ReplyDelete
  7. @govin78 Haha, betul la. lu tak percaya gua nak buat camne

    ReplyDelete
  8. @Ahmad Uzair Ada. tp masa tu tinggal 2. lupa nak tekan "R" nak reload

    ReplyDelete
  9. @ekabukanmakcikkau. Tu kau kena tanya dia la. apasal tanya aku tp aku nampak muka dia merah2 jugak

    ReplyDelete
  10. @ayep Haah. gua bayangkan muka rosmah

    ReplyDelete
  11. a'ah.. xtvt ape tu ajewan? ahahahahahah.. hek ele.. bajet la nak ready2 pistol.. last2 tak jgak lu tembak mamat tuh.. heheh.. next tyme, shoot first, ask later.. okeyh!
    xD

    ReplyDelete
  12. @Pieja Aiesha aktivviti apa? baca buku dan buat soalan tutorial boleh?

    ReplyDelete
  13. @Miziey dah kalau shoot nak ask apa lg. hahaha

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...