MONYET UM CELAKA ANJING | downgila

Friday, November 25, 2011

MONYET UM CELAKA ANJING




Dulu masa short sem, gua duduk aras bawah sekali. Dan masalah terbesar masa tu adalah nyamuk. GO SINI. Tapi sekarang gua duduk blok yang sama, cuma tingkat atas sekali. Dan masalah gua sekarang lagi besar. Dan masalah gua kali ni bukan sahaja besar malah boleh melarikan makanan, baju, dan ubat gigi. Masalah gua kali ini adalah lebih besar dari nyamuk tapi kecil sedikit daripada manusia. 

Pada satu pagi yang hening, gua dan lelaki taiping masih lagi lena dibuai mimpi. Dalam pukul 9 macam tu, gua dan lelaki Taiping serentak terjaga apabila ada haiwan masuk dalam bilik gua. Bila gua terjaga, gua nampak haiwan tersebut sedang memegang balang biskut kacang lelaki Taiping. Biskut kacang ni sedap beb. 

Bila gua dan lelaki taiping stare haiwan tersebut, beliau cepat cepat lari keluar dari tingkap dengan membawa biskut kacang tersebut. Gua mencapai botol dan ketuk ketuk dinding sambil membuat muka bengis dan membuat bunyik "hoirghhh hoirghhh hoirghh". haiwan tersebut kelihatan takut dan meninggalkan balang berisi kuih kacang tersebut. 

Lelaki taiping terpaksa keluar dan mengambil biskut kacang beliau. Buat sementara, biskut kacang lelaki taiping selamat...TAPI tidak lama.....tidak lama....haiwan haiwan tersebut sebenarnya hanya menghantar adik adik mereka untuk riki riki tempat dan "mark" mana mana yang mereka suka.

3 Hari selepas itu.....

Gua sedang berada di kelas. BB gua berbunyi, lelaki taiping dengan nada yang frust lagi sakit hati gila babi telah menghantar mesej

"Rumet! apasal kau keluar tak tutup tingkap tadi?? Habis dah biskut kacang aku haiwan ni kebas hah..haihhhhhhh"

lelaki taiping selepas mengetahui biskut kacang beliau hilang

"Ahhh celaka anjing punya haiwan......", getus hati gua.

Yang lagi menarik, 2 hari selepas kejadian tersebut, bila gua dah redi redi air panas, baru gua sedar yang TEH, MINYAK IKAN KOD, MEE SEGERA PAMA turut hilang, Babi entah bila masa menatang ni menyelinap masuk dalam bilik gua pun gua tak tahu. Habis gua punya segala makanan hilang. Celaka celaka celaka! Takpa la rezeki dia

Tapi gua tak tahu pulak monyet area area KL ni layan minyak ikan kod

12 comments:

  1. haha. weyh dasaattt!! tak selamat! tak buat repot ke? ada gangguan haiwan. lain kali tutup tingkap ye :)

    ReplyDelete
  2. monyet dah maju sial. siap telan minyak ikan kod lg.

    ReplyDelete
  3. Monyet yg desperate. Lu dah curi habitat dia bro, so dai balas balik dengan mencuri 'stok' lu. Keh3.
    Halalkan jer lah minyak ikan kod tu Ajewan. Woohoo!!

    ReplyDelete
  4. tu monyet yang masuk dari pintu tu. ahaha. nanti adelah die pulangkan balik.

    ReplyDelete
  5. Patutlah monyet gua ttba bagi minyak ikan kod sama gua.gua tnya dari mana dpt?monyet gua xnak jwb.

    ReplyDelete
  6. Sula je bontot monyet ni dgn garpu...

    ReplyDelete
  7. monyet dah maju beb! after this,carefully la dengan environment tu haa

    ReplyDelete
  8. monyet punya angkara,
    babi dan anjing dpat nama

    ReplyDelete
  9. @LynN LoLa~~ Haha kalau aku report kolej bukan leh buat ape2. monyet ni power

    ReplyDelete
  10. @NISA GAY ada kat lu ke gua punya minyak ikan kod. bagi balik weh

    ReplyDelete
  11. @Anonymous yang dari depan tu habis sem ni pun belum sure dia bagi. hahahah. dia dn baqiaq skang

    ReplyDelete
  12. monyet pun reti makan mnyk ikan?

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...