downgila: February 2013

Thursday, February 28, 2013

Kad Ucapan Semua Jenis Bodoh


Semalam hari jadi abah gua. Hari ni baru gua terkial kial nak cari kad nak hantar ke Kuala Lipis. Yang gua jadi barannye, semua kad kat situ semua jenis "Happy Birthday To My Special One", "I Love You", "I'm Sorry" dan kad bunga-bunga yang seangkatan dengannya. Apa cerita UM? Gua nak hantar kad dekat abah bukan makwe.

Bagi la satu dua jenis kad untuk mak bapak punya. Ini semua untuk makwe, entah pebende. Macam menyuruh student wish makwe lagi banyak je. Cari cari punya la lama, jumpa le satu yang sesuai. Tu la gua terus zass zass beli, bayar dan secara efisyen terus mengepos ke Kuala Lipis.

Pepatah lama orang Viking yang terkenal pada zaman dulu ada mengatakan,

'Bau makwe, bau kaki dan bau baju pomen yang menusuk bersepadu, punca hati tak tenteram'
Ringkas dan berisi juga pepatah ni. Gua dapat rasakan orang Viking yang cipta pepatah ni sangatlah maju dan terkedepan akal fikirannya. Boleh jadi pengetahuannya meliputi bidang ilmu kejuruteraan, ilmu biologi dan tak mustahil jika dia dikatakan menguasai ilmu Al-Kindi yang terkenal pada abad ke-9 dulu.

Benda benda vital macam ni kita patut berkongsi-kongsi, beragih-agih. Kelak kalau tidak pun dapat menyemai budaya ilmu teras pembinaan negara, sekurang-kurangnya mungkin mampu melahirkan pereka kad ucapan mapan yang sedia mengangkat budaya sayangkan ibu bapak lebih daripada budaya Los Angeles di sini.

Friday, February 22, 2013

Teater Tat Nenas

Tarikh: 24 Februari 2013, Ahad
Masa: 9 Malam
Tempat: Auditorium KPS Universiti Malaya

Hari Ahad minggu ni kelab teater kolej gua (HALUSINASI) akan mementaskan satu teater yang Bertajuk "TAT NENAS". Tat nenas ni asal dia Redza Minhat yang tulis masa mula mula into scene tulis skrip. Ada la menang berapa kali entah gua tak ingat dah.

Kali ni Sarawak memegang watak sebagai Pak Leh seorang pakcik tua yang tak sedor diri dan mempunyai tabiat tamakkan harta benda, yang makwe dua orang tu pun lakonan dia orang mantap gila babi. Sama juga dengan kutu yang berdiri kat belakang tu. Lakonan dia persis Jalaluddin Hassan. Entah betul ke tidak gua eja nama Jalaluddin Hasan.

Teka teki: Masa 1st year gua 'main' keyboard, 2nd year gua taknak ulas, tahun lepas gua main keyboard lagi. Tahun ni? Hah..nak tau apa gua main marilah beramai ramai buat lawa ke Auditorium KPS Univerisiti Malaya Ahad ni. Redza Minhat pun datang beb. Meh le datang sekali bergambor kah kah kah.

redza minhat tat nenas teater skrip poster naseha uyaina arshad izzudin zam ariffin zulkhalid afandi

Thursday, February 21, 2013

Kemunculan Raksasa Kpop Yang Masih Bersekolah

Ni bajet korea ke apa ni woi? Dah la pakai baju sekolah terjoget joget lu bajet lu korea? Badan dah la keding macam papan. ni kalau tak bajet korea ni mesti bajet fotogenik.



Senior Kurang Pandai

downgila repeat paper universiti malaya logo

Tadi gua masuk satu kelas ni, kelas ni patutnya kena amek masa 1st year dulu. Disebabkan gua seorang melayu yang pemalas dan kurang cemerlang, gua terpaksa mengulang subjek yang sama sebab fail itu hari. Tangguh tangguh dah 4th year ni baru gua nak amek subjek ni.

Macam biasa gua masuk lambat. Bukak bukak pintu, dewan kuliah dah penuh dengan budak budak 1st year. Semua terus jadi beri perhatian kepada gua. Gua dah rasa segan king. Lecturer yang mengajar pulak kenal gua.

"Eh Azwan. Salah kelas ke?"

Gua jadi segan. Segan gila. Junior junior 1st year mula berbisik sesama sendiri. Macam la gua tak tahu mesti tu semua mengata gua la tu. Jenis dengki gua hensem. Tapi gua nak cerita sekarang pasa perasaan segan gua masa tu.

Lu tahu tak segan dia macam mana? Tak payah cerita la. Segan anjing. Panasonic 42 inci segan dia.Tapi satu je gua percaya. Gua percaya kehenseman tak boleh menghalang bodoh.

Monday, February 18, 2013

Tak Payah Spam Komen


Blog ni sebenarnya boleh dikira sebagai alatan juga sebenarnya. Kadang kadang blog ko boleh guna untuk luahan perasaan. Masa masa macam ko bengkek sungguh dengan ketua kelas. Ko boleh luahkan dekat blog. Tapi sila privatekan la blog sebab aku tak rasa ada orang nak tahu pun mende alah tu.

Ada jugak yang promote kek la, baju la, ubat gigi dan macam macam. Tulis la aku tak kisah sangat jugak. Tapi kalau dah tulis blog pun pasal kisah cinta ko, tak payah la spam ruangan komen kat blog aku ni suruh "visit & follow back". Kamon, ada lagi jenis bukak blog letak komen pastu ko bukan baca pun blog aku.

Sebenarnya, aku pun ada juga kisah cinta. Biar pun tak jadi, biar pun kompliketed aku rilek je. Takde aku nak meroyan kehulu kehilir, terhiling hiling di bandar Lipis atau pun makan kemuncup sorang sorang. Aku steady. Aku duk downgila sorang sorang je dekat bilik.

Tulis blog tu biar la sungguh-sungguh. Sebelum tulis tarik feel dulu. Jangan paksa paksa. Tak ada menda nak tulis tak payah la tulis. Ayat kasi habis. Cerita kasi terang dan jelas. Ko tak payah buat semak promote link kat blog orang pun orang datang baca.

Ni lagi satu, amende yang ko duk tulis, 'ak' 'ak' ni? Aku tak paham sepatah haram!

Saturday, February 16, 2013

Font : Nexa Free Download

nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book
nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book
nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book
nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book
nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book
nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book
nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book
nexa free download full version torrent fontfabric nexa thin nexa book

Nexa punya font ni adalah sangat awesome untuk digunakan. Gua dah ada idea untuk buat apa dengan font ni. Untuk free version ada 2 weights. LIGHT dgn BOLD. Untuk weight lain sila beli full version. Duit mintak kat abah masing masing. Gua takde sen dah ni.

Download GO SINI

Friday, February 15, 2013

Cilaka

"Cilaka itu adalah lepas kau berak baru kau sedar blok kau tak ada air." -GP, 2013

Apa kau nak buat sekarang?

Thursday, February 14, 2013

Sarapan Pagi

Sejuk betul pagi ni. Gua dengan konsisten sedang bersaarapan. Cakoi cicah sama itu sup cendawan. Mana gua dapat cakoi? Gua beli petang semalam dekat Cakoi Akak Cantik Pantai Dalam. Mana gua dapat Sup cendawan? Gua beli sup cendawan segera depat Carrefour Pantai Dalam dua hari lepas.

Pengajaran dari cerita ini adalah cakoi dan sup cendawan adalah sangat menaik bila dimakan bersama semasa hari hujan renyai renyai dekat luar.

Nak sikit? Tak dapat la bader.....Slurpp slurpp....Ahhhhh...

Wednesday, February 13, 2013

Ini Adalah Ekselen

Lu tahu lagu tu ekselen bila lu tak paham apa dia cakap tapi still lu layan gila lagu tu. Tak payah ulang "untuk dia hey" sampai 4 juta kali. Tak payah rap negeri sembilan pekat nak mampos dan tak payah menangis kat youtube mintak maaf kat peminat untuk jadi ekselen.

Yang lu perlu hanyalah 'true music' dan sebijik headphone.

"We don't stop playing because we get old,we get old because we stop playing"



Lirik
ASAL

Brosandi
Hendumst í hringi
Höldumst í hendur
Allur heimurinn óskýr
Nema þú stendur

Rennblautur
Allur rennvotur
Engin gúmmístígvél
Hlaupandi í okkur ?
Vill springa út úr skel

Vindur í
Og útilykt ? af hárinu þínu
Ég lamdi eins fast og ég get
Með nefinu mínu
Hoppa í poll
Í engum stígvélum
Allur rennvotur(rennblautur)
Í engum stígvélum

Og ég fæ blóðnasir
En ég stend alltaf upp
(Hopelandish)

Og ég fæ blóðnasir
En ég stend alltaf upp
(Hopelandish)
TERJEMAHAN

Smiling
Spinning in circles
Holding hands
The world is a blur
Except when you're standing

Dripping wet
Completly soaked
No rubberboots
Running inside of us
Wants to burst out of the shell

Wind in
And the smell of your hair
I hit as hard as i can
With my nose
Jumping into a puddle
Wearing no boots
Completely soaked (dripping wet)
Wearing no boots

And i get a nosebleed
But i'll always stand up again
(hopelandic)

And i get a nosebleed
But i'll always stand up again
(hopelandic)

Ekselen...ekselen..gua tak tahu tetiba gua sedih dengar lagu ni. Ekselen...cukup ekselen

Tuesday, February 12, 2013

Karaoke

Semalam gua pergi karaoke dekat Curve. Curve semalam haram kosong gila. Takkan la selama ni yang lepak curve tu semua orang cina? Mana pergi adik adik seluar pendek koyak rabak? Pelajar sekolah sinsing lengan dan adik adik Key Ell yang berambut kuning? Takkan diorang pun raya sama? Gua rasa budak budak gini semua melayu. Kah kah kah.

Notakarok: Semalam juga gua masa nyanyi lagu Faint, akhirnya dah sedar yang gua memang ada saudara mara dengan Chester Linkin Park

Saturday, February 09, 2013

Aktif

lazy kid downgila

Berita baik gua balik awal UM adalah internet macam gampang laju. Sampai gua jadi tak tau nak buat apa. Berita buruk pulak adalah rumet gua still ada dalam bilik tak reti reti nak berambus balik negara sendiri.

Jadi mari gua kongsikan aktiviti rumet gua setiap hari.

8 pagi - masih tidor

9 pagi - masih tidor.

11 pagi - Bukak mata dan mula bukak laptop. Sambil baring dengan megah beliau online pesbuk, dan sebagainya. Gua perasan banyak ke pesbuk.

12 tgh hari - Online & Baring

1 petang- Online & Baring

3 petang - Online & Baring

5 petang - Online & Baring

7 petang - Online & Baring

8 malam - Mula bangun dari katil dan bergerak ke meja untuk makan biskut. Sambil....sambil online pesbuk

8.30 malam - Kembali online & baring

10 malam - Online & Baring

11 malam - Online & Baring

2 pagii - Online & Baring

4 pagi- Online dan baring

6 pagi - Tidor.

Ulang.

Tuesday, February 05, 2013

Pengalaman Saya Jailbreak iOS 6 Secara Solo

Kalau lu orang tak tahu semalam tepat jam 12 malam pihak evad3rs telah melancarkan iOS 6.x jailbreak. Jadi gua sebagai pengguna Apple tegar telah menyahut cabaran menjailbreak-kan iPhone gua.

Jadi mari bersama sama gua ceritakan pengalaman gua menjailbreak-kan henpon ini.

Mula mula lu orang kena la ada iPhone. Tak ada iPhone tak 'smarvo' la sebab iPhone dan segala produk Apple adalah produk paling best gila babi dalam dunia ni. Henpon orang lain semua tak best. Semua cikai. Apple je yang betul. Apple je yang original. Sebab Apple power gila.

Macam gua, gua gunakan iPhone gua yang lama tu. Masa dulu dulu iPhone gua ni jugak adalah Blackberry. Henpon jenis fleksibel boleh bertukar tukar ikut kemahuan gua.

Lepas tu gua GO website INI dan download OS yang dah di jail break. Lepas tu gua backup data gua guna iTunes. Masa ini juga lu orang jangan lupa untuk tutup lock passcode tu. Sebab kadang kadang boleh menjadikan proses tergendala.

Zass zass zass!! tarik gear gear zass lagi dua kali siap la jailbreak. Gua ada sertakan screenshot iPhone gua sebelum dan selepas jailbreak. Apa yang ga nampak, iPhone gua selepas jailbreak:

-Kaler bertukar ke warna biru. Haram jadah magik gila.
-Lampu yang dulu dah pecah sekarang memancar garang.
-Keypad tidak lagi menggelembung seperti perut Syed Ahmad Nazrullah.

downgila how to jailbreak iOS 6 evasi0n tutorial jailbreak iOS6
Sebelum (pandangan atas)

downgila how to jailbreak iOS 6 evasi0n tutorial jailbreak iOS6
Selepas (pandangan atas). Menjadi biru secara magik.

downgila how to jailbreak iOS 6 evasi0n tutorial jailbreak iOS6
Sebelum (lampu iLED pecah)

downgila how to jailbreak iOS 6 evasi0n tutorial jailbreak iOS6
Selepas (lampu iLED kembali pulih dan semakin cerah)

Sekian saja pengalaman gua menjailbreak iPhone kali ini. Ada masa kita jailbreak lagi!

Monday, February 04, 2013

Cerita Semasa Cuti : Rambo



Malam tu buat kali pertama gua tengok cerita Rambo 4 yang betul. Bukan yang Faradyable punya alih bahasa. Bangga juga gua dapat tengok Rambo ni. Pelepoww..!! Pelepoww..!!

Pukul 2 pagi baru settle..

Esok gua bangun pagi bersiap nak pergi jogging. Betul. Gua dah habis ejas. Lama gua berdiri depan cermin.

Cilakak..! Sikit pun tak dapat tune dressing Rambo..

Gua dapat trace kelebihan Rambo yang terbaru..

- Tidak memancing ikan tapi memanah ikan
- Cekap menangkap ular berbisa
- Boleh menempa besi keletung keletang alexander
- Power juga buat kipas enjin bot
- Boleh speaking Burma
- Baru reti nak balik kampung..(rumah Rahman Rambo tak silap gua..)

Sunday, February 03, 2013

Hai

hands up in class

8.30 PM

Hah gua baru sampai Kolumpo ni dan selesai membeli barang dapur. Lambat sangat sebenarnya bas pukul 1. Tapi, apa boleh buat adik gua yang pegi beli tiket. Katanya bas pukul 9,10,11 semua dah habis. Tinggal pukul 8 dengan pukul 1. Gila takkan gua nak balik bas pukul 8. Masa tu gua kompom2 la masih tido, cuti kot. Siapa bangun awal cuti cuti ni biasanya anak anak mithali dan pelajar 3 pointer je, gua? Tngah seronok layan cerita Razak Mohaideen dalam mimpi.

Lebih 2 minggu gua tak update blog sebab rumah gua tak ada capaian internet, 2 minggu. Siapa rindu gua angkat tangan!

****

Peh….takde orang. Cilaka