Kad Ucapan Semua Jenis Bodoh | downgila

Thursday, February 28, 2013

Kad Ucapan Semua Jenis Bodoh


Semalam hari jadi abah gua. Hari ni baru gua terkial kial nak cari kad nak hantar ke Kuala Lipis. Yang gua jadi barannye, semua kad kat situ semua jenis "Happy Birthday To My Special One", "I Love You", "I'm Sorry" dan kad bunga-bunga yang seangkatan dengannya. Apa cerita UM? Gua nak hantar kad dekat abah bukan makwe.

Bagi la satu dua jenis kad untuk mak bapak punya. Ini semua untuk makwe, entah pebende. Macam menyuruh student wish makwe lagi banyak je. Cari cari punya la lama, jumpa le satu yang sesuai. Tu la gua terus zass zass beli, bayar dan secara efisyen terus mengepos ke Kuala Lipis.

Pepatah lama orang Viking yang terkenal pada zaman dulu ada mengatakan,

'Bau makwe, bau kaki dan bau baju pomen yang menusuk bersepadu, punca hati tak tenteram'
Ringkas dan berisi juga pepatah ni. Gua dapat rasakan orang Viking yang cipta pepatah ni sangatlah maju dan terkedepan akal fikirannya. Boleh jadi pengetahuannya meliputi bidang ilmu kejuruteraan, ilmu biologi dan tak mustahil jika dia dikatakan menguasai ilmu Al-Kindi yang terkenal pada abad ke-9 dulu.

Benda benda vital macam ni kita patut berkongsi-kongsi, beragih-agih. Kelak kalau tidak pun dapat menyemai budaya ilmu teras pembinaan negara, sekurang-kurangnya mungkin mampu melahirkan pereka kad ucapan mapan yang sedia mengangkat budaya sayangkan ibu bapak lebih daripada budaya Los Angeles di sini.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...