Tak Payah Spam Komen | downgila

Monday, February 18, 2013

Tak Payah Spam Komen


Blog ni sebenarnya boleh dikira sebagai alatan juga sebenarnya. Kadang kadang blog ko boleh guna untuk luahan perasaan. Masa masa macam ko bengkek sungguh dengan ketua kelas. Ko boleh luahkan dekat blog. Tapi sila privatekan la blog sebab aku tak rasa ada orang nak tahu pun mende alah tu.

Ada jugak yang promote kek la, baju la, ubat gigi dan macam macam. Tulis la aku tak kisah sangat jugak. Tapi kalau dah tulis blog pun pasal kisah cinta ko, tak payah la spam ruangan komen kat blog aku ni suruh "visit & follow back". Kamon, ada lagi jenis bukak blog letak komen pastu ko bukan baca pun blog aku.

Sebenarnya, aku pun ada juga kisah cinta. Biar pun tak jadi, biar pun kompliketed aku rilek je. Takde aku nak meroyan kehulu kehilir, terhiling hiling di bandar Lipis atau pun makan kemuncup sorang sorang. Aku steady. Aku duk downgila sorang sorang je dekat bilik.

Tulis blog tu biar la sungguh-sungguh. Sebelum tulis tarik feel dulu. Jangan paksa paksa. Tak ada menda nak tulis tak payah la tulis. Ayat kasi habis. Cerita kasi terang dan jelas. Ko tak payah buat semak promote link kat blog orang pun orang datang baca.

Ni lagi satu, amende yang ko duk tulis, 'ak' 'ak' ni? Aku tak paham sepatah haram!

13 comments:

  1. Hahaha sabar bang sabar. Nak tom yam volcano?

    ReplyDelete
  2. Ak benci kau! Benci benci benci!

    ReplyDelete
  3. Rilek gp, kau ada makwe yang paling tak menyusahkan. Gitar tu. Haha.

    P/S: Visit & follow back. Lulz.

    ReplyDelete
  4. Ak ak ak ak ak~ hahah. Nak cari trafik lettew. Aku pun benci spesis macam tu even dulu aku pernah buat masa mula berblog. Hahahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah biasa. aku masa cracksevens dulu cam siot spam terok.

      Delete
  5. ni pun luahan perasaan ni .
    huhu .

    ReplyDelete
  6. blog aku lak cmner wehh hahha

    ReplyDelete
  7. Segan-segan lak nak letak pasal cinta. Haha..

    follow me back..

    ReplyDelete
  8. biasalah tu. budak baru kenal blog.

    ReplyDelete
  9. Nak duit dengan trafik tu dow.

    Aku dulu cam pelik gak r nape ramai suruh follow backla, like FB pagela, lama-lama faham yang blogger ni macam-macam latar belakang. Ada budak sekolah yang jenis nak lawan sesama sendiri sapa lagi banyak follower, ada yang rasa lagi banyak visitor ke blog membuatkan lagi happy - so sekarang aku layankan.

    Kasi cam symbiosis sikit dalam dunia blogging ni haha.

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...