Senior Kurang Pandai | downgila

Thursday, February 21, 2013

Senior Kurang Pandai

downgila repeat paper universiti malaya logo

Tadi gua masuk satu kelas ni, kelas ni patutnya kena amek masa 1st year dulu. Disebabkan gua seorang melayu yang pemalas dan kurang cemerlang, gua terpaksa mengulang subjek yang sama sebab fail itu hari. Tangguh tangguh dah 4th year ni baru gua nak amek subjek ni.

Macam biasa gua masuk lambat. Bukak bukak pintu, dewan kuliah dah penuh dengan budak budak 1st year. Semua terus jadi beri perhatian kepada gua. Gua dah rasa segan king. Lecturer yang mengajar pulak kenal gua.

"Eh Azwan. Salah kelas ke?"

Gua jadi segan. Segan gila. Junior junior 1st year mula berbisik sesama sendiri. Macam la gua tak tahu mesti tu semua mengata gua la tu. Jenis dengki gua hensem. Tapi gua nak cerita sekarang pasa perasaan segan gua masa tu.

Lu tahu tak segan dia macam mana? Tak payah cerita la. Segan anjing. Panasonic 42 inci segan dia.Tapi satu je gua percaya. Gua percaya kehenseman tak boleh menghalang bodoh.

7 comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...