downgila: October 2012

Tuesday, October 30, 2012

Masuk III

Tadi sepupu aku ada upload gambar lama. Bila perati 2 3 kali ianya adalah gambar mak aku masa dia kawen dulu dulu. Peh mak comel gila rupanya. Masa tu mula la mata mencari cari kat mana la aku. Mak ada pegang sorang budak. Aku yakin itu adalah aku sebab budak tu comel betul.

Tapi bila pikir pikir balik masa mak kawen, aku mana ada lahir lagi. Kah kah kah. Bergeliga sungguh otak ni. Patutnya aku stop je belajar, jadi menteri. Kah kah kah

Sunday, October 28, 2012

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Porno Petaling St.

Itu hari lepas habis Nike Run KL, gua dengan Fantaghiro balik ikut jalan jauh sebab Dataran Merdeka tu tutup. Ikut jalan yang lalu depan Puduraya tu lepas tu Petaling Street sebelah kiri. Sempat juga gua toleh toleh melihat sekitar Petaling Street yang penuh dengan orang lalu lalang. Masing masing sibuk mencari barang masing masing. Ada yang cari kasut murah, ada yang cari jersey murah, ada jugak mat saleh yang mencari cenderamata untuk kawan kawan di London. Tak ada pun yang carik CD porno.

Tapi gua tengok Petaling Street sekarang dah tak indie langsung. Jalan kat tengah tu kosong, jangan kata kereta, lori Balai Polis Bergerak tu pun boleh lalu tanpa gangguan. Apa cerita gengster Petaling Street?

Dulu masa gua form 2 (2004) Petaling Street tu gila babi sendat nak mampos. Lu memang tak boleh nak berjalan langsung. Paling cun bila lu masuk je, terus ada cina tunjuk list cerita porno depan muka lu. Masa tu  jugak Petaling Street penuh dengan gengster cina. Bukan macam cina yang lu jumpa kat UM ni, pakai spek, baca buku, main pingpong. Gengster dia gila tak pakai baju, tattoo penuh kat tangan.

Peraturan kat Petaling Street masa tu ada banyak. Yang paling penting, kalau lu orang saja saja nak usha barang, tak payah la nak buat buat tawar menawar lepas tu tak beli. Memang carik nahas. Silap haribulan lu orang jadi add-on Bak Kut Teh cina cina tu.

downgila petaling street CD porno blue

Nak dijadikan cerita, kawan gua sorang ni,  Gengster Labis (bukan nama sebenar) masa tu mengada nganda nak menengok cerita porno. Nak tengok yang beli dekat Petaling Street, macam la tak boleh download sendiri. Masa mula mula masuk itu Petaling Street, terus ada cina offer si Gengster Labis ni cerita porno.

Cerita porno ni pulak ada gred gred dia. Ada yang gred A, Gred B, Gred C..paling tak guna ada lah gred bawah lagi dari Gred C. Gred apa gua tak tahu. Harga pun ikut gred la. Gred A paling mahal. Ada lah dalam RM35. Si Gengster Labis ni pulak satu. Nak porno gred A, tapi nak murah. Punya la power dia tawar menawar. CIna tu offer RM30, dia nak murah lagi. turun lagi, tak nak jugak. nak lagi murah.

Last last si Gengster Labis dapat beli sekeping CD porno Gred A dengan harga RM5, gila babi murah. Gua terus jadi jeles. Dengan muka sombong dan gembira Gengster Labis terus memasukkan CD tersebut didalam tray CD.

Gengster Labis tekan 'Play'

"Eh..gelap je...", ujar kawan kawan sekeliling masih lagi teruja dengan CD gred A.

"Memang la gelap..awal lagi. Sabor..", jelas Gengster Labis.

"Hah tu dah keluar heroin dia, hero pun dah ada..Peh Gred A gred A.", masing masing teruja.

Tiba tiba,

"TAHI!! SIALAN! JAHANAM!*&*(!!!!!)(@#", semua rage di dalam cyber kafe.

******

2 Minit selepas itu penuh dengan sumpah seranah, segala macam carutan keluar.

"Tulah kau. Kau nego lah lagi dengan cina tu.!", jelas sorang kawan. Marah gayanya.

"Mana aku taw nego banyak banyak dia boleh bagi cerita blue keling. Patut lah dari awal dah gelap.....Haihh"

Gila babi porno keling. Dah la dalam bilik gelap, hero pulak gelap, heroin pun sama gelap. Apa yang lu nak tengok pun entah?

Wednesday, October 24, 2012

Assignment Programming

noh hafizri ismail universiti malaya

3 minggu lepas, lecturer gua bagi satu tugasan Computer Programming menggunakan Visual Basic. Kena hantar hari ni. Tapi punya lah melayu, semalam baru menggelabah nak buat. Lepas tu pulak kena hantar dalam CD-R. Apa cerita? Assignment tu size 70KB kena burn satu satu dalam CD -R 700mb. Tak ke membazir? Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal ni. Tak patut pelajar berwawasan seperti kita orang membazir kan CD-R begitu sahaja.

Nak dijadikan cerita, gua, Bangi, Sarawak dengan Syazani semua sama sama cilake tak tahu kejadah apa nak buat, jadi semua hantar benda sama. Cuma tukar kaler background. Si Bangi pergi beli CD-R 4 keping. CD pulak semua dia pergi beli jenama sama. Beli CD nak SONY aje. Kan dah kena RM1.50. Gua baru bayar RM1. Mampos, gua malas bayar lagi 50 sen.

Lepas Bangi dah beli, pass pulak dekat gua. Tugas gua lebih sukar, untuk 'burn' CD. Lu orang reti ke burn CD? Burn CD ni gua rasa hanya insan insan terpilih sahaja yang reti, termasuk gua la. Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal ni. Takkan nanti satu hari Najib nak burn assignment dia gua juga yang kena burnkan?

Lepas siap burn, gua label satu satu nama beruk beruk 3 orang tu. Lepas siap label, gua meneruskan ranjau ke bilik lecturer. Amek kau, 4 orang hantar, isi dalam semua sama, CD sama, label sama, hantar sama sama. Gua rasa sebengap bengap manusia pun tahu yang memang kitorang tak buat tugasan ni. Kah kah kah.

Tapi yang paling menaik sekali adalah, gua terselit sekali resit pembelian CD tu dalam bekas CD.

Jahanam.

Masalah Twitter

natasha evans twitter BBNU budak sekolah

Sekarang gua macam ada rasa lagi menaik tulis kat blog berbanding dekat Twitter. Twitter sekarang penuh dengan Beruk Baru Nak Up (BBNU) yang tak habis habis cerita pasal kekasih hati, masalah cinta atau pun tension PMR dah dekat. Contohnya macam ni


macam ni
Dan ini
Dan ada jugak yang macam ni
Dengan wujudnya beruk beruk macam ni, gua dah malas sangat nak masuk campur hal hal Twitter. Buat apa susah susah ada website sendiri tapi tulis banyak banyak dekat website itu Jack Dorsey yang punya?

Lepas tu boleh pulak ada jugak lagi pakcik menteri mana entah cadangkan untuk budak budak boleh bawak henpon pergi sekolah?

Tuesday, October 23, 2012

VINUSHKA

I exchange thought with the clouds.
I hold my breath.
Ahh, it’s just a blindness shell.
Is that where the bottom is? The shadow burns me.
Ahh, I just want to keep forgetting.
Slip your desires into the ant’s nest.
Come now, all you have to do now is be reborn again.

Let tomorrow sleep and peacefulness will turn to you.
Free yourself and go with your razor sharp emotions.
Even the twisted flow is the proof that you’re alive.
I invite the tearfully-indulging tomorrow.

The inculcated Dogra Magra.
The pain of the mark ,and the one and only personality.
And those colorful eyes all decorated. I don’t want them anymore.
Is hypocrisy going to come and take it away?
The lonely red stage at night.
I dedicate the following to the aspiring leading actor.
That’s where the truth is.

The small corner of mhy un-cheatable heart says “ I still want to be here”.
Who can’t we forgive?
I let them hear my cold voice.
And I swear.

I will walk with karma. I scream with this body of flesh that separates heaven and hell.
I carve the punishment. What will be the proof of my existence if it disappears with the wind?

“I’ve stared at the strong shining moon long enough to be bored on the Vajra.
Can’t even turn myself into a werewolf.
But just enough to become crazy by the darkness.
I want to suck the neck.
The emptiness of the remains.
I won’t let you sleep.
At the age where you just want attention… adieu, you just like become so crazy.”

Everyone want to reach out their hand and grab happiness.
But they just end up becoming the monster that lies deep in darkness.
The end has already come to life.
It will take form at zero and will crawl back into the uterus and rot.
Every time this happens, your faces crumble.

No on e wants to talk about the truth that hurts the ear.
The suppressed minds.

Compensate the sins and let life be gone.

The emptiness of the antithesis.
Becomes the choking and crying land.
Bury the bones in the common land immersed in thesis.
Be burdened by depression.
The gritty tsunami takes me away and I sile with bitter tears.
Couldn’t understand the value of things.
The hanging of the necks at the 13 stairs.
Seeing people becoming friendly while clapping hands.
That mixes in with sissy thoughts and hurts others.
Seeing you like this, it’s just too sad.

Splash of blood.
Squashing basic instincts.
Talk about death.

No one wants to talk about the truth that hurts the ear.
The suppressed minds.

Compensate the sins and let life be gone.

Is it a sin for me to live because I am evil?

Monday, October 22, 2012

Pendapat Terhadap Harga Rokok Naik

harga rokok naik harga rokok terbaru naik 20 sen

Merujuk kepada perkara harga rokok naik ni, walaupun gua tak isap rokok, gua sebenarnya ada la beberapa pendapat kan. Ye lah gua ni bukan  wakil rakyat, ketua kelas bukan, bukan abang tabligh, gua juga bukan lah mat belia. So tempat gua bagi pendapat hanyalah dekat blog. Keyboard warrior orang kabor.

Baik, berbalik kepada topik asal, rasa-rasanya lah, member gua ramai jugak yang hisap rokok. Tapi tak pernah la lagi gua jumpa orang yang berhenti rokok sebab harga rokok naik. Ada ke lu orang jumpa? Kalau ada meh la sikit kasi kenal dengan gua.

"La Afif Fadhuli, berenti isap rokok doh aok yek? nape nye berenti?"

"Nak buat camne, harge rokok naik 20 sen demeh..."

KAH KAH KAH memang takkan berlaku lah adik manis.

The new cigarette prices, effective Monday, Oct 22, 2012, are as follows:-
DUNHILL range RM10.20
KENT range RM10.20
PETER STUYVESANT range RM8.70
PALL MALL range RM8.70
PALL MALL Plain RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60
Pendapatnye tuan dan puan sekalian, kenaikan harga rokok ni sebenarnya saje je propaganda kerajaan nak duit lebih. Kah kah. Sebab dia orang tau, rokok naik sampai RM20 pun orang akan tetap beli. Bende alah tu ketagih kot. Kalau nak kasi orang stop patut ikhtiar la cara lain. Adakan pertandingan shuffle peringkat mukim ke apa apa lain.

Lu orang bayangkan, satu kotak naik 20 sen. Sejuta kotak dah berapa? Apa? Lu orang tekan kalkultor juga ke? Apa? Tak boleh congak? Lu memang malang dan bengap. Sejuta darab 20 sen jawapan sejuta 20 sen lah. Banyak tu. Kalau kasi gua sikit yang tengah tak ada duit ni boleh jugak gua guna buat beli sabun mandi, sabun gua pun dah habis ni mandi pakai shampoo.

Notakaki : Sedak ah akak rosmoh. Beg baru ler aok lepah ni ye dok?

Saturday, October 20, 2012

Bro McDonald

barney stinson old mcdonald had a farm

♪ Bro McDonald had a farm, E-I-E-I-Brohhhh ♪
♪ And on that farm he had some chicks ♪
♪ E-I-E-I-Brohhhh ♪
♪ With a hot chick here and a dumb chick there... ♪

Makwe melayu sila jangan jadi pengkid dan minat lelaki negro. Ramai lagi jejaka melayu kat Malaysia ni.

Friday, October 19, 2012

Mengunci Bilik

pintu downgila kolej kediaman kelima

Selain daripada suka memakai spender ketat, rumet gua sem ni seorang mat uzbekistan juga suka bertindak secara bijak dan efisyen mirip penyerang bola sepak sekolah. Dia ni jenis tak boleh biar pintu tak berkunci. Ada dalam bilik pun pintu nak kunci apa cerita? Sarawak semua datang bilik gua kena ketuk dulu. Tak 1Malaysia langsung. Gua tak minat kunci bilik ni. Gua hanya akan kunci bilik semasa gua baru lepas balik mandi dan pada masa masa tertentu yang laki sahaja paham.

Tapi tadi masa gua balik kelas gua telah dapat menyaksikan kebijakan rumet gua dalam scene mengunci pintu. Jenis dia kunci adalah dengan membiarkan sendal kunci terkeluar macam dalam gambar tu. Agaknya dengan cara ini, pencuri yang ingin memasuki bilik akan ragu ragu dan terus kensel plan nak mencuri.

Gua masuk bilik dengan marah.

"PANG!!!" gua tarik pintu bilik macam dalam McGyver. Sampai dalam bilik gua cek gitar, ok gitar ada. Gua cek Macbook Air CQ-40 yang sangat berkualiti dan tak pernah rosak masih ada atas meja. Last sekali gua cek bantal gua. Ok ada lagi.

Syukur Almhamdulillah.

Oh lupa, sebelum gua tendang itu pintu, gua tangkap gambar dulu. Hik hik hik.

Notauzbek: Gua tengah berseluar bola dan menunggu si rumet uzbek gua balik. Gua ingat nak bertumbuk sikit dengan dia ni. Doakan malaysia menang.

Wednesday, October 17, 2012

Pancut Dalam Telinga VI

downgila pancut dalam telinga

Kasi dua dua habis load dulu. Nak play yg pertama 5 saat dulu pun boleh, play serentak pun boleh. Ikut demeh la. Sesuai dengar di masa sejuk dan malas.

Volume video pertama kasi SEPARUH. Volume video no 2 kasi FULL.





Monday, October 15, 2012

Tiada Lagi Monyet

dir en grey salute the monkey downgila

Sejak sem ni start, taknye ada sekor pun monyet masuk bilik aku mencuri biskut kering, megi, jajan, ubat gigi, biskut raya, milo, minuman koko 1Malaysia dan macam macam lagi. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Apa UM dah buat dekat monyet monyet ni sebab sekor pun tak ada?

Sebagai seorang remaja yang masih muda, belum berkahwin, berwawasan tinggi dan sayangkan alam sekitar, aku kadang kadang ada juga perasaan rindu untuk kembali berlawan dengan monyet.

Pandai pandai demeh la...

Sunday, October 14, 2012

Nike We Run KL 10K 2012

we run kl 10k 2012 poster

Tahun ni sebenarnya gua dah terlepas registration, macam tahi gua tak tahu pape. Sedar sedar dah tutup. Jadi kutu yang lain macam aspau, salak, cina tak dapat join (race tahun lepas go SINI). Tapi, sehari sebelum race tetiba ada member gua offer untuk lari ganti dia sebab dia ada pergi mana entah. Kenduri kawen gamaknya.

Dengan apa training pun takde, ditambah dengan hari hujan, gua watlek aje pergi. Baju pulak size L. Gedabak besar. Cuaca semalam tak berapa baik, hujan renyai renyai.

Start saje lari, Pantera berkumandang di mp3 gua. Gua jadi rebel. Lebuhraya AKLEH yang digunakan agak lancar. Semua jalan tutup sebab larian ni. Jam sampai kemana gua tak tahu lah. Dari jauh kelihatan cahaya terang benderang Masjid yang berdekatan. Hati gua melonjak lonjak. Kaki gua terasa makin laju. Tetiba ada je orang jalan kaki lenggang lengok dekat depan. Bakar line betul..Time nak cepat jadi lambat, time nak lambat, cepat je jadinya. Cilakak.. sedap betul suara Phil Anselmo ni..

Untuk larian kali ni, gua tak berapa fokus dekat makwe berlari sebab ramai makwe sudah ada kesedaran dah ikat baju di keliling pinggang sekaligus menspoilkan 'view'. Start dekat KLCC habis dekat Padang Merbok.

Masa gua lebih kurang sama saje dengan tahun lepas. Selain kasut yang kotor nak mampos kena selut dengan kedalaman 3 meter masa nak ambik baju 'FINISHER' dan kaki terpele'ot, xde apa lagi yang menarik sebab race habis malam. Maghrib maghrib gua tak ada feel nak berjoget joget pulak.

So gua harap Nike dapat ambil perhatian mende ni. Dia tak tanya pulak entah berapa ramai yang tuang maghrib dekat padang tu.

LAMPIRAN

we run kl 10k 2012
we run kl 10k 2012
nike we run KL 10k 2012

Friday, October 12, 2012

Rezeki Tuhan

Kolej Kediaman Kelima Dayasari

Ini adalah dinner gua malam ni. apa yang anda dapat lihat adalah ikan kembung dan tauhu. Kuah tu sebenarnya adalah kuah kicap. Tapi gua ragu ragu juga betul ke ni ikan kembung, haram jadah kecik gila. Tadi masa dekat DM gua sempat dengar dengar  makcik DM bergossip sesama sendiri. Katanya ikan ni sebenarnya ikan bilis size gergasi dan berasal dari Bulgaria jadi sizenya bagi seekor ikan bilis boleh tahan besar.

Tauhu tu pulak sebenarnya hiasan saje. Sebab tauhu sebelum ni sebijik macam tu tapi bila gua gigit, dia mempunyai tekstur yang keras dan rasa yang masam. Mungkin ada terletak jus limau mana la gua tau. Mungkin juga tauhu tersebut sudah basi.

Tapi sekarang ni gua kebulur. Perut dah mula 'rocking'. Duit dalam poket pulak ada RM20 sebab Ana Muslimah baru format laptop dengan gua tadi. Kalau tak, haram tak ade duit. Gua cas harga stended RM20. Hutang Sarawak RM5 semalam gua masih belum bayar.

Jadi tanpa membuang masa mari makan. Masih bersyukur ada jugak makanan. Sekian. Yang baik datang dari Allah SWT, yg buruk datang dari sisa sisa muka Bangi.

Thursday, October 11, 2012

Masuk II

noh hafizri bangi kuala lipis downgila

Gambar yang penuh 'art' diatas adalah cadangan untuk kulit album gua nanti.

Kalau tak ada aral melintang, gua ingat tahun depan gua dah boleh release demo untuk band gua bersama kutu kutu 5th. Lagu pulak bertajuk Salak Penggoda, Bibir Ceri Melati, dan Tengah Malam di Kuala Lipis dalam demo ni.

Notakaki: Mamat ni pulak entah sape sape gua jumpa dekat google. tp dia sgt hensem bukan?

Wednesday, October 10, 2012

Takdenye Pagi Macam Tu

downgila mask british sas pollution

Pagi itu sungguh nyaman. Mungkin nyaman dari sisa sisa hujan malam tadi. Gua bengkok kesedapan di atas tilam masa kini. Walaupun tidak seenak tilam kapas zaman kanak kanak, tapi nyaman telah membantunya. Tiba tiba panggilan telefon muncul menyebabkan gua terjaga.

" Hello, boleh saya bercakap dengan En. Azwan "Awesome" Mat Datar? "

" Ya, bercakap. Ada apa cik ni talipon saya tak tentu pasal. Ini boleh mengundang kemarahan saya "

" Oh bertenang En. Azwan. Saya dari Syarikat Kejuruteraan Kaca Dan Aluminium berpusat di Mid Valley,kami juga mengumpul lukisan Pendekar Laut "

" Oh begitu..maafkan saya, teruskan... "

" Begini encik, pagi tadi lukisan encik telah berjaya dijual. Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah membeli dengan nilai RM 230,000. Encik boleh datang pada bila bila masa untuk mengambil wang "

" RM 230,000? Sikit nya, tapi takpa, saya datang segera." Hati gua berbunga bunga. Sengih gua konsisten. Gua merempit ke Mid Valley bagai nak gila..

Sunday, October 07, 2012

Tengah Hari Ahad



Untuk bunyik yang lebih jelas switch ke paparan HD (High Definition). Yang ada spek 3D pkai spek anda.

Sedikit ulasan juri professional En. Fikri Sarjenda.

"Persembahan yang sangat bodoh ya. Lirik berterabur, kord gitar lari cam gampang, percussion pakai tong apa entah, mat harmoni atas katil syok sendiri. Yang.."

PANGG!!!

Belum sempat juri professional sambung, Cina bangun dan terus menampar juri tersebut. Gua pulak jadi menyirap lalu membalas.

'Faking laa...Janji kitorang hepi'

Sarawak angguk kepala tiga kali.

Credit Salak tolong pegang kamera

Saturday, October 06, 2012

Efektif

Semalam gua tido bapak awal. Pukul 10. Gila babi awal sampai anak dara pun masih belum penat terjoget joget kat kelab malam di sekitar ibu kota. Orang dekat kampung punya lah nak spend 'Friday Night' dekat KL, gua yang dekat 'Key Ell' ni buat rilek aje tido awal. Elak maksiat orang kate.

Pagi ni pun gua bangun awal gila. Tatkala semua orang masih berdengkur, gua sarung kasut jogging dan start berjogging. Dalam pukul 6.15, gua sudah pun sampai ke Las Vegas. Mat saleh baru start start nak packing balik rumah penat berjoget.

Dalam 6.30 gua sampai UM balik. Gua panjat bukit belakang Akademi Pengajian Islam, duduk atas tu dan tunggu matahari naik. Masa tu gua rasa sangat efektif. Selamat ada bawak kamera. Dapat la gua tangkap gambor sikit buat bahan bukti.

bukit API akademi pengajian islam universiti malaya kolej kediaman kelima dayasari FESKUM 5th avenue

Esok gua rasa macam nak panjat lagi. Best pulak rasanya. Mana mana makwe yang nak teman sila isi borang dulu dekat opis kolej 5 UM.

Thursday, October 04, 2012

Celaru

downgila gamep01nt depressed girl

Hari ni fikiran gua celaru sikit. Ada la kes sikit yang menyebabkan gua jadik tak tentu hala dan down. Tapi Bangi menjalankan tugas sebagai seorang member dengan baik. Dia mengajak gua mengumpat seorang junior yang bergigi offside.

Gua dah pesan kat Bangi ni banyak kali

"Lu tak payah nak offside kan gigi dia sangat, kang lahir anak lu keluar keluar POM! gigi offside double layer baru lu taw."

Bangi jenis bingai tak nak dengar. Dia tetap membahan itu offside. Tapi mende kelakar gua jadik gelak juga. Hilang la sikit sikit down.


*****

Pukul 10 tadi internet UM macam anjing slow. Gua mengambil keputusan untuk pekena baring. Walaupun gua sudah penat seharian tak tidur dan telah  pekena baring, gua tak jugak boleh tidor. Kepala masih celaru. Kepala otak fikir macam macam. Susah nak lelap, nak pekena Pantera, line tak clear rumet ada tengah main pesbuk.

Dalam pukul 12 gitu gua masih tak lelap, internet dah ok, gua online sekejap. Lepas tu pekena baring balik. Last last gua tewas jugak dengan kuasa tidor. Tapi punya la celaru kepala, dia punya tidor tu tak brapa 'in'. Akhirnya, gua terjaga pukul 2.30 pagi macam tu.

Gua raba raba sebelah.....

Kosong, tak ada orang pun.

"Mana pulak bini gua ni?", getus hati gua.

Celaka........... Gua mana ada bini.

Monday, October 01, 2012

Takde Duit

no money poverty downgila miskin takde duit baru

Mengikut senarai ranking benda benda tahi dalam perjalanan hidup gua yang dikeluarkan oleh gua sendiri pada bulan Jun lalu, 'takde duit' menduduki antara tangga tertinggi. Bancian menunjukkan selepas gua membeli kamera yang paling murah dekat PC fair tu, harga RM300, gua semakin kerap dan adakala konsisten menerima 'takde duit'.

Sesetengah rakyat Malaysia mengklasifikasikan 'takde duit' ialah duit dah takde dalam beg duit, tapi dalam bank adalah sikit dalam 50 ringgit. Ada segelintir mendefinisikan 'takde duit' ni maknanya duit dalam bank takde langsung, tapi ada lagi sikit duit dalam beg duit. Alaa member pun tak bayar lagi hutang.Dia kata minggu depan dia bayar.

Ada pula yang kata 'takde duit' ni contohnya macam duit dalam bank takde, duit dalam beg duit ada 5 ringgit. Tapi hari hari senang je mintak duit kat bapak. Kalau bapak takde duit kecik. Peh dapat RM50. Dan yang paling gua tak tau nak cakap apa, ada juga golongan brader brader kaya yang selalu minum  kopi di Starbucks dan menghabiskan duit makan askem di Tutti Frutti, yang bengap dan mengklasifikasikan 'takde duit' sebagai duit dalam bank banyak, dalam beg duit ada. Kerja gaji besar. Tapi mengeluh lagi takde duit. Apa cerita?

Bagi gua, 'takde duit' ialah takde duit langsung. Haram tahi takde langsung sampai rasa nak penampor kalau adik balik sekolah beli majalah bukan bukan pakai duit belanja sekolah. Semalam gua nak minta singgit dekat roomate nak buat pergi minum dekat kedai cakoi Akak Cantik bukan main liat. Maksudnya seposen pun takde. Lepas tu tak kerja. Kalau kerja pun kerja runcit-runcit. Nak mintak dengan bapak, gua rasa segan jugak. Dengan member member siap ada hutang lagi. Baju FESKUM pun gua belum bayar. Itu baru definisi 'takde duit' yang tepat bagi gua..