Efektif | downgila

Saturday, October 06, 2012

Efektif

Semalam gua tido bapak awal. Pukul 10. Gila babi awal sampai anak dara pun masih belum penat terjoget joget kat kelab malam di sekitar ibu kota. Orang dekat kampung punya lah nak spend 'Friday Night' dekat KL, gua yang dekat 'Key Ell' ni buat rilek aje tido awal. Elak maksiat orang kate.

Pagi ni pun gua bangun awal gila. Tatkala semua orang masih berdengkur, gua sarung kasut jogging dan start berjogging. Dalam pukul 6.15, gua sudah pun sampai ke Las Vegas. Mat saleh baru start start nak packing balik rumah penat berjoget.

Dalam 6.30 gua sampai UM balik. Gua panjat bukit belakang Akademi Pengajian Islam, duduk atas tu dan tunggu matahari naik. Masa tu gua rasa sangat efektif. Selamat ada bawak kamera. Dapat la gua tangkap gambor sikit buat bahan bukti.

bukit API akademi pengajian islam universiti malaya kolej kediaman kelima dayasari FESKUM 5th avenue

Esok gua rasa macam nak panjat lagi. Best pulak rasanya. Mana mana makwe yang nak teman sila isi borang dulu dekat opis kolej 5 UM.


No comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...