Takdenye Pagi Macam Tu | downgila

Wednesday, October 10, 2012

Takdenye Pagi Macam Tu

downgila mask british sas pollution

Pagi itu sungguh nyaman. Mungkin nyaman dari sisa sisa hujan malam tadi. Gua bengkok kesedapan di atas tilam masa kini. Walaupun tidak seenak tilam kapas zaman kanak kanak, tapi nyaman telah membantunya. Tiba tiba panggilan telefon muncul menyebabkan gua terjaga.

" Hello, boleh saya bercakap dengan En. Azwan "Awesome" Mat Datar? "

" Ya, bercakap. Ada apa cik ni talipon saya tak tentu pasal. Ini boleh mengundang kemarahan saya "

" Oh bertenang En. Azwan. Saya dari Syarikat Kejuruteraan Kaca Dan Aluminium berpusat di Mid Valley,kami juga mengumpul lukisan Pendekar Laut "

" Oh begitu..maafkan saya, teruskan... "

" Begini encik, pagi tadi lukisan encik telah berjaya dijual. Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah membeli dengan nilai RM 230,000. Encik boleh datang pada bila bila masa untuk mengambil wang "

" RM 230,000? Sikit nya, tapi takpa, saya datang segera." Hati gua berbunga bunga. Sengih gua konsisten. Gua merempit ke Mid Valley bagai nak gila..



7 comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...