Celaru | downgila

Thursday, October 04, 2012

Celaru

downgila gamep01nt depressed girl

Hari ni fikiran gua celaru sikit. Ada la kes sikit yang menyebabkan gua jadik tak tentu hala dan down. Tapi Bangi menjalankan tugas sebagai seorang member dengan baik. Dia mengajak gua mengumpat seorang junior yang bergigi offside.

Gua dah pesan kat Bangi ni banyak kali

"Lu tak payah nak offside kan gigi dia sangat, kang lahir anak lu keluar keluar POM! gigi offside double layer baru lu taw."

Bangi jenis bingai tak nak dengar. Dia tetap membahan itu offside. Tapi mende kelakar gua jadik gelak juga. Hilang la sikit sikit down.


*****

Pukul 10 tadi internet UM macam anjing slow. Gua mengambil keputusan untuk pekena baring. Walaupun gua sudah penat seharian tak tidur dan telah  pekena baring, gua tak jugak boleh tidor. Kepala masih celaru. Kepala otak fikir macam macam. Susah nak lelap, nak pekena Pantera, line tak clear rumet ada tengah main pesbuk.

Dalam pukul 12 gitu gua masih tak lelap, internet dah ok, gua online sekejap. Lepas tu pekena baring balik. Last last gua tewas jugak dengan kuasa tidor. Tapi punya la celaru kepala, dia punya tidor tu tak brapa 'in'. Akhirnya, gua terjaga pukul 2.30 pagi macam tu.

Gua raba raba sebelah.....

Kosong, tak ada orang pun.

"Mana pulak bini gua ni?", getus hati gua.

Celaka........... Gua mana ada bini.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...