Nike We Run KL 10K 2012 | downgila

Sunday, October 14, 2012

Nike We Run KL 10K 2012

we run kl 10k 2012 poster

Tahun ni sebenarnya gua dah terlepas registration, macam tahi gua tak tahu pape. Sedar sedar dah tutup. Jadi kutu yang lain macam aspau, salak, cina tak dapat join (race tahun lepas go SINI). Tapi, sehari sebelum race tetiba ada member gua offer untuk lari ganti dia sebab dia ada pergi mana entah. Kenduri kawen gamaknya.

Dengan apa training pun takde, ditambah dengan hari hujan, gua watlek aje pergi. Baju pulak size L. Gedabak besar. Cuaca semalam tak berapa baik, hujan renyai renyai.

Start saje lari, Pantera berkumandang di mp3 gua. Gua jadi rebel. Lebuhraya AKLEH yang digunakan agak lancar. Semua jalan tutup sebab larian ni. Jam sampai kemana gua tak tahu lah. Dari jauh kelihatan cahaya terang benderang Masjid yang berdekatan. Hati gua melonjak lonjak. Kaki gua terasa makin laju. Tetiba ada je orang jalan kaki lenggang lengok dekat depan. Bakar line betul..Time nak cepat jadi lambat, time nak lambat, cepat je jadinya. Cilakak.. sedap betul suara Phil Anselmo ni..

Untuk larian kali ni, gua tak berapa fokus dekat makwe berlari sebab ramai makwe sudah ada kesedaran dah ikat baju di keliling pinggang sekaligus menspoilkan 'view'. Start dekat KLCC habis dekat Padang Merbok.

Masa gua lebih kurang sama saje dengan tahun lepas. Selain kasut yang kotor nak mampos kena selut dengan kedalaman 3 meter masa nak ambik baju 'FINISHER' dan kaki terpele'ot, xde apa lagi yang menarik sebab race habis malam. Maghrib maghrib gua tak ada feel nak berjoget joget pulak.

So gua harap Nike dapat ambil perhatian mende ni. Dia tak tanya pulak entah berapa ramai yang tuang maghrib dekat padang tu.

LAMPIRAN

we run kl 10k 2012
we run kl 10k 2012
nike we run KL 10k 2012


Credit to Syahir Fantaghiro untuk gambar

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...