Rezeki Tuhan | downgila

Friday, October 12, 2012

Rezeki Tuhan

Kolej Kediaman Kelima Dayasari

Ini adalah dinner gua malam ni. apa yang anda dapat lihat adalah ikan kembung dan tauhu. Kuah tu sebenarnya adalah kuah kicap. Tapi gua ragu ragu juga betul ke ni ikan kembung, haram jadah kecik gila. Tadi masa dekat DM gua sempat dengar dengar  makcik DM bergossip sesama sendiri. Katanya ikan ni sebenarnya ikan bilis size gergasi dan berasal dari Bulgaria jadi sizenya bagi seekor ikan bilis boleh tahan besar.

Tauhu tu pulak sebenarnya hiasan saje. Sebab tauhu sebelum ni sebijik macam tu tapi bila gua gigit, dia mempunyai tekstur yang keras dan rasa yang masam. Mungkin ada terletak jus limau mana la gua tau. Mungkin juga tauhu tersebut sudah basi.

Tapi sekarang ni gua kebulur. Perut dah mula 'rocking'. Duit dalam poket pulak ada RM20 sebab Ana Muslimah baru format laptop dengan gua tadi. Kalau tak, haram tak ade duit. Gua cas harga stended RM20. Hutang Sarawak RM5 semalam gua masih belum bayar.

Jadi tanpa membuang masa mari makan. Masih bersyukur ada jugak makanan. Sekian. Yang baik datang dari Allah SWT, yg buruk datang dari sisa sisa muka Bangi.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...