Assignment Programming | downgila

Wednesday, October 24, 2012

Assignment Programming

noh hafizri ismail universiti malaya

3 minggu lepas, lecturer gua bagi satu tugasan Computer Programming menggunakan Visual Basic. Kena hantar hari ni. Tapi punya lah melayu, semalam baru menggelabah nak buat. Lepas tu pulak kena hantar dalam CD-R. Apa cerita? Assignment tu size 70KB kena burn satu satu dalam CD -R 700mb. Tak ke membazir? Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal ni. Tak patut pelajar berwawasan seperti kita orang membazir kan CD-R begitu sahaja.

Nak dijadikan cerita, gua, Bangi, Sarawak dengan Syazani semua sama sama cilake tak tahu kejadah apa nak buat, jadi semua hantar benda sama. Cuma tukar kaler background. Si Bangi pergi beli CD-R 4 keping. CD pulak semua dia pergi beli jenama sama. Beli CD nak SONY aje. Kan dah kena RM1.50. Gua baru bayar RM1. Mampos, gua malas bayar lagi 50 sen.

Lepas Bangi dah beli, pass pulak dekat gua. Tugas gua lebih sukar, untuk 'burn' CD. Lu orang reti ke burn CD? Burn CD ni gua rasa hanya insan insan terpilih sahaja yang reti, termasuk gua la. Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal ni. Takkan nanti satu hari Najib nak burn assignment dia gua juga yang kena burnkan?

Lepas siap burn, gua label satu satu nama beruk beruk 3 orang tu. Lepas siap label, gua meneruskan ranjau ke bilik lecturer. Amek kau, 4 orang hantar, isi dalam semua sama, CD sama, label sama, hantar sama sama. Gua rasa sebengap bengap manusia pun tahu yang memang kitorang tak buat tugasan ni. Kah kah kah.

Tapi yang paling menaik sekali adalah, gua terselit sekali resit pembelian CD tu dalam bekas CD.

Jahanam.


15 comments:

  1. Standard dahh tu tukar background slide...even presentation pn gitu..tp kalau dh esaimen..mmg tahap dewa..salut!!! hahaha..,.

    ReplyDelete
  2. erk..x kantol ker bro?..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa mmg trg2 dah kantoi. Tapi takpaaa

      Delete
  3. haa yang ko bantai pergi hantar sekali tu buat ape?
    hantar asing2 ah.
    baru tak kantoi sangat.
    kot~
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hntar asing2 pun dalam sama jugak

      Delete
  4. ok .
    lu pancing lain sikit la kan sebab letak nama kat bahagian atas cd .
    power .

    ReplyDelete
  5. cantik ah tulisan ko. aku jeles. kbai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peh org pertama puji tulisan aku cantik

      Delete
  6. memang terbaiklah ko. haha..

    ReplyDelete
  7. Sebijik cara aku dulu. Kitaorang hantar assigment taking off tukar susunan jer. Yang Lain semua pakat copy. Hahaha..
    Tapi ko betul bangang sebab tulisan kat CD tue pun sama. hahaha

    ReplyDelete
  8. takpe, lecturer 'memahami' keadaan student ;)

    ReplyDelete
  9. HAHAHA. Dah memang lumrah student, kerja nak copy je. HAHA =D
    tapi tang tulisan pada CD, hang bijak buat tulisan lainlain.HAHA~Takde lah nampak sangat sorang je buat.
    Wei, ko pakar burn cd ke? Meh tlg aku burnkan citer citer korea ni ha. Hahaha

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...