Mencarut | downgila

Monday, June 09, 2014

Mencarut

Ya, carut ni bukan perkara indah. Bukan semua orang boleh kena carut. Ada orang sampai berdarah hidung lepas kena carut dengan bos. Ada orang sanggup mengenepikan maruah sendiri bila dicarut kerana dicarut lebih tak bermaruah daripada maki hamun, naik tangan dekat stesen bas.

Ada ke patut cerita mencarut. Gua sebenarnya tidaklah begitu menitikberatkan perkara carut carut dalam rutin harian. Bagi gua benda ni biasa. Mencarut biasa. Dicarut biasa. Gua tak kisah punya kalau dicarut. Gua mampu buat muka lali. Ye laa apa sangatlah perkataan perkataan carut tu. Main bapak ke, mak ke, kepala babi ke, fuck sana sini ke, serupa haiwan ke. Gua tetap orait. Cakap je semua yang kesat kesat. Gua lali, steady dan kalis carut.

Bagi gua itu semua tak professional, tak intelek, tak Fadzillah Kamsah. Tapi gua rasa bukan gua je yang lali. Bukan gua je yang steady bila dicarut.Ada juga orang lain yang steady macam gua. Kerajaan pun steady macam gua. Dr Mahathir pun steady macam gua. Kapitalis steady, Mat mat racist steady, geng geng nazi steady, kutu kutu politik steady, bos bos major label steady, hardcore bodoh sombong steady, hardcore berlagak otai steady, kaki kaki rasuah steady, NTV7 steady, McDonalds steady, Coca cola steady, Abang abang sexist steady, laki pukul bini steady, mak bapak dera anak steady, atuk atuk rogol cucu steady, doktor testing haiwan steady, orang kaya kedekut steady, LPF steady, ISA steady, Razak Mohaideen steady, mat mat rempit steady dan terdapat ramai lagi yang steady.

Emm..bila tengok kalender, bulan Ramadhan dah dekat. Sekarang ni entah bulan apa. Ada baiknya gua start kurangkan lah bab-bab mencarut ni. Anak-anak sedara tengok tak elok nanti demeh ngikut.

8 comments:

  1. Aku tak kisah nak kena carut dengan bos. Tapi kalau dah sampai malukan depan orang lain, tu aku rasa nak pijak2 balik bos tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos bos jugak ye dok. kang makan penumbuk baru tau hahahaha

      Delete
  2. niat murni nko tu bagus .
    elok lah ramadhan dipenuhi dengan aktiviti² berpekdah .
    insyaAllah .

    ReplyDelete
  3. Rajin2 sapu sampah ye..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kadang - kadang, aku mencarut. Tapi lepas itu aku menyesal lah. Hmm. Cemana nak buat, benda dah jadi.

    ReplyDelete
  6. aku selalu carut bila geram sangat . ayat2 kau yg steady2 tu makin mainstream bila nk habis perenggan . kihkihkih .

    miss youuu azwan mat

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...